Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, March 5, 2010

KISAH KERBAU PENDEK

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam to all,

Di dalam gambar adalah Mohd Fitri Bin Ibrahim @ Kerbau Pendek. Kerbau Pendek ini merupakan Setiausaha Akbar kepada YB Mansor Othman, TKM1 P.Pinang. Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah dia Kerbau Pendek. Ramai juga tertanya2 kenapa tiba2 kisah Kerbau Pendek pula yang dipaparkan?

Sebenarnya Kerbau Pendek ini pernah berkhidmat sebagai salah seorang Pegawai Khas @ PA kepada YB Fairus Khairuddin bekas TKM1. Kerbau Pendek adalah antara salah seorang daripada Geng 6 Jahanam yang menjatuhkan YB Fairus. Mastermind dalam Geng 6 Jahanam ini ialah Hazerie, Cikgu Zul dan Non Pomen (balaci merangkap orang kepercayaan DSAI). Manakala penasihat utama Geng 6 Jahanam ialah YB Abdul Malik Abdul Kassim @ Malik Itik.

Kerbau Pendek sangat disayangi oleh Cikgu Zul dan Hazerie. Ini kerana semasa Geng 6 Jahanam ini mahu menjatuhkan YB Fairus, Kerbau Pendek yang juga bekas PA Fairus adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan surat2 penting, fail dan dokumen-dokumen untuk diberikan kepada Geng 6 Jahanam bagi memudahkan tugas mereka menjatuhkan Fairus. Setiap berbualan dan maklumat penting yang diperbualkan antara Fairus dan pegawai2 beliau akan dikutip oleh Kerbau Pendek dan disalurkan kepada Geng 6 Jahanam. Inilah modus operandi yang digunakan oleh Geng 6 Jahanam bagi menghancurkan Fairus.

Kerbau Pendek sebenarnya sangat dibenci oleh majoriti staf Ketua Menteri, TKM1 & 2 termasuklah di kalangan pegawai2 kerajaan. Malah di kalangan pemimpin AMK Negeri P.Pinang sendiri pun meluat dengan Kerbau Pendek. Ini diakui sendiri oleh Sdr. Amir (Ketua AMKPP), Sdr. Rizal Hamid (Ketua Penerangan), Sdr. Din Binjai dan Sdr. Azrizal (Ketua AMK Bayan Baru). Tetapi bagi Geng 6 Jahanam, Kebau Pendek adalah anak emas mereka. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh Kerbau Pendek dalam bersekongkol dengan Geng 6 Jahanam telah berjaya menjatuhkan Fairus Khairuddin. Jasa-jasa Kerbau Pendek membawa keluar dokumen rahsia daripada pejabat TKM1, maklumat2 sulit dan membocorkan beberapa perkara penting lain semestinya tidak akan dilupakan oleh Geng 6 Jahanam.

Kerbau Pendek seorang yang sangat licik dan bijak mencari kesempatan. Kerbau Pendek juga sangat pandai dalam bermuka-muka. Atas kebijaksanaan itu jugalah yang membolehkan Kerbau Pendek menjadi Setiausaha Akhbar kepada YB Mansor sekarang. Daripada sumber yang boleh dipercayai, Kerbau Pendek ini pernah memohon untuk menjadi Setiausaha Akhbar Ketua Menteri semasa YB Fairus hampir pasti meletakkan jawatan sebagai TKM1. Lim Guan Eng sendiri yang menolak permohonan Kerbau Pendek sambil menjelaskan kepada beberapa orang pegawai kanan beliau bahawa orang seperti Kerbau Pendek ini adalah sangat berbahaya. Kerbau Pendek didakwa oleh LGE sebagai seorang yang tidak berperinsip, talam dua muka, “no loyalty” dan lidah bercabang.

Setelah permohonan Kerbau Pendek tidak dilayan LGE, Kerbau Pendek yang semamangnya bijak mencari peluang telah berbuat baik dengan Non Pomen, Rezal Huzairi, Cikgu Zul dan Hazerie. Semasa pilihanraya kecil DUN Penanti, Kerbau Pendek telah bersama Non Pomen, Cikgu Zul dan Rezal Huzairi telah membantu berkempen untuk Mansor Othman sehingga Mansor Othman bergelar YB dan TKM1 P.Pinang. Kerbau Pendek tanpa segan silu telah bertemu dengan YB Mansor, merayu dan memohon untuk menjadi Setiausaha Akhbar TKM1. Pada permulaannya YB Mansor tidak mahu menerima Kerbau Pendek, tetapi setelah Non Pomen campur tangan akhirnya YB Mansor akur dan menerima Kerbau Pendek sebagai Setiausaha Akhbar beliau. Niat YB Mansor memang baik tetapi YB Mansor tidak tahu bahawa Kerbau Pendek ini suatu hari nanti akan menjadi duri dalam daging kepada beliau.

Kini sedikit demi sedikit, kewujudan Kerbau Pendek ini sudah mula menggugat kedudukan YB Mansor dan mencemar nama baik beliau. Antaranya:

1) Kerbau Pendek telah memalukan YB Mansor dengan mengguna nama YB Mansor untuk beberapa kali makan secara percuma di kedai makan Hammer Bay kononnya YB Mansor mengarahkan Kerbau Pendek membantu menyelesaikan masalah peniaga resotoran ikan bakar di situ.

2) Kerbau Pendek meminta pihak Hotel Berjaya untuk makan percuma sebgai habuan setelah pihak kerajaan negeri mengadakan program JKKK di hotel tersebut beberapa tahun lepas.

3) Kerbau Pendek juga dilaporkan pernah meminta habuan daripada beberapa orang kontraktor yang berurusan dengan Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 dan turut melakukan perkara yang sama terhadap Tabung Haji semasa penganjuran program JKKK di kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas.

4) Kerbau Pendek juga dari semasa ke semasa member maklumat kepada Malik Itik yang diketahui umum mahu menjatuhkan YB Mansor.

5) Kerbau Pendek adalah orang yang bertanggungjawab mereka fitnah dan memporak-perandakan pejabat YB Mansor dengan mengadakan cerita kononnya terdapat kakitangan pejabat YB Mansor adalah orang kuat UMNO.

6) Kerbau Pendek bersekongkol bersama Cikgu Zul dan Hazerie dengan menghebahkan cerita2 rekaan kurang baik tentang YB Mansor kepada Malik Itik dan pemimpin PKR yang lain bagi tujuan menjejaskan reputasi dan nama baik YB Mansor.

7) Terbaru, En. John iaitu pembantu khas YB Mansor turut difitnah oleh Kerbau Pendek kononnya En. John berada bersama-sama DS Zahrain semasa sidang akhbar DS Zahrain mengumumkan perletakan jawatan beliau. Seterusnya YB Mansor dipersalahkan dan menerima tekanan daripada orang-orang parti.

YB Mansor perlu cepat bertindak. Kebelakangan ini terlalu banyak isu-isu kepincangan PKR yang timbul terutamanya yang membabitkan PKR negeri Pulau Pinang. Sebagai Pengerusi PKR negeri Pulau Pinang, YB Mansor terpaksa berhadapan dengan segala cabaran ini dengan cara bijaksana dan mencari pendekatan terbaik untuk mengatasinya. Dengan menyimpan kakitangan seperti Kerbau Pendek yang juga duri dalam daging, YB Mansor bukan hanya terpaksa berhadapan dengan masalah parti tetapi juga masalah dari dalaman angkara Kerbau Pendek dan rakan2nya dalam Geng 6 Jahanam. Kalaulah Fairus boleh dijatuhkan, tidak mustahil YB Mansor pun menerima nasib yang sama jika gagal bertindak menyekat kemaraan dan terperangkap dengan tipu daya Kerbau Pendek, Geng 6 Jahanam dan Malik Itik. jebatpenang


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

Pak Oncu said...

Kerbau Pendek yg bermaksud BABI,,,,, gua rasa Kerbau Pendek ni yg jadi agen UMNO/UBN,,,,,, !!!!