بسم الله الرحمن الرحيم
Tak bayar hutang boleh tuntut di akhirat
Salam sejahtera,
Saya lebih cenderung dengan fahaman bahawa jelas hutang perlu dibayar, melainkanlah andai kita berhutang secara bergadai. InsyaAllah tiada dikira hutang andai tidak mampu menuntut semula barang gadaian dengan membayar sejumlah yang telah dijanjikan. Ini berdasarkan keadaan Rasulullah sendiri yang mana baju besi baginda yang digadai tidak sempat baginda tuntut semula sehingga akhir hayat.
Jika kita perhatikan ayat-ayat Quran, sesuatu panduan itu biasanya diberikan pilihan. Contoh hukum qisas. Bunuh, dituntut penggantian dengan nyawa si pembunuh. Itu telah tetap. Bagaimanapun ayat selalunya tidak terhenti setakat itu, tapi ada sambungan; maka boleh dilepaskan sipembunuh andai para waris sanggup memaafkan. Tidak pula ayat berkenaan menceritakan tahap kesucian jika waris enggan memaafkan si pembunuh.
Ada banyak lagi ayat-ayat seumpama yang menetap suatu hukum namun ada pilihan yang lebih baik atau disaran Allah. Contoh dalam soal kahwin hingga 4 isteri. Memang jelas dihalalkan umat Islam untuk berkahwin terhad seramai 4 orang pada satu masa. Bagaimanapun ayat berkaitan meletakkan syarat andai mampu berlaku adil. Pun jika tidak mampu, maka kahwin dengan seorang itu lebih baik.
Samalah dengan soal berhutang. Telah jelas hukum wajib bagi hutang perlu dibayar dan ianya suatu yang dibawa hingga akhirat. Adapun Islam turut sarankan adalah sesuatu yang mulia andai seseorang yang beri hutang boleh lupuskan hutang seseorang, terutama yang meninggal dunia tanpa meninggal harta bertimbun. Pun begitu, menjadi hak si pemberi hutang sama ada kekal menuntut mahupun sebaliknya. Namun tiada dosa anda dia tidak hendak halalkan hutang yang diberi. Mungkin dia turut ada keperluan akan hutang berkenaan. Untuk meletakkan pemberi hutang yang tidak menghalal hutangnya sebagai tidak suci, saya tidak fikir ianya adil. Juga apakah nas sahihnya?
Adapun seseorang muslim itu memasuki syurga adalah atas Rahmat Allah, bukan status kesucian atau kadar dosanya. Soal masuk syurga bukan hak manusia tentukan. Waima kepada guru tasauf, apa yang menjamin dia layak ke syurga? Jadi apa kelayakan untuk kata yang tidak halalkan hutang tidak suci serta tidak layak ke syurga?
Sekadar itu yang pernah sampai kepada saya yang dipelajari. Kefahaman di atas terbatal andai memang ada dalil sahih yang boleh dikemukakan untuk menafikan.
Waullahu'alam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
xalam.. nak tanye .. kalo hutang saman o cukai tanah.. kene banyar gak ker/ kalu hutang bil telefon kene tuntut samapi dalam kubur x?
Berhutang mengikut hukum ni ada akadnya dan persetujuannya.Bil talifon confirm kena bayar la sbb kita dah gunakan perkhidmatannya. dan sebelum tu kita dah bersetuju dgn term of conditionnya. sbb hutang tetap hutang laa.. x kira la pada perseorangan atau syarikat.. ia tetap bernama hutang. Cukai tanah adalah hak kerajaan.. kerajaan tu adalah kita.. jgn igt kerajaan tu adalah UMNNGOK. So kena la jugak bayar walau xder akad. saman tu walaupun berkenaan dgn kerajaan jugak tp mana plak dikira hutang.. bukan kita yg nak kena saman pun..setuju x setuju nak x nak pun dia dok tenyeh gak. Wallahualam.
oic.. tq.. aku kurang arif sket lagipun aku suke tangguh2 htg ni nk2 dngan syarikat..hehe kadang2 dorang pun giler gak.. perkdmatn xpe lah guna sngat.. tapi mcm2 cas tmbahan dikenakan..huhu
Post a Comment