Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 29, 2009

JAWATANKUASA DISIPLIN PAS TIDAK SAH ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Jawatankuasa Disiplin PAS Jawatankuasa Haram

Saya tetap tegas tentang isu Lembaga Disiplin dengan menyatakan bahawa Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuasa haram kerana pembentukannya bertntangan dengan perlembagaan parti. Semalam Tuan Ibrahim telah menyatakan bahawa Hassan Ali dan Khalid Samad belum diputuskan bersalah.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," Harakahdaily dipetik.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau.

Persoalan yang masih belum terjawab ialah apakah status Jawatankuasa Disiplin PAS ini apabila ianya diketahui dibentuk tidak mengikut Perlembagaan parti. Saya telah membuat pendedahan ini berkali-kali tetapi semua Jawatankuasa PAS Pusat seperti terkunci mulut, meredhakan salahlaku berlaku di dalam parti di peringkat tertinggi parti.

Tuan Ibrahim sepatutnya SEDAR DIRI, bahawa beliau tidak ada kuasa lansung untuk bertindak "menghakimi" apa-apa kes masalah disiplin parti malaha beliau sepatutnya malu memegang jawatan yang tidak disahkan oleh Perlembagaan.

Saya pernah menyatakan di SINI bukan sahaja Tuan Ibrahim bersifat bias, malah beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan untuk berlaku adil sebagai seorang Pengerusi J/K Disiplin. Oleh kerana pembentukan J/K Disiplin itu terkeluar dari Perlembagaan PAS, maka semua tindakannya, arahan dan keputusannya adalah tidak sah dan tidak wajar dipatuhi.

Saya sudah bersedia untuk diambil tindakan sebab saya tahu tindakan apapun dari J/K Disiplin parti tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang.

Perbetulkan dahulu hal itu.

Misalnya di dalam isu Jawatankuasa Disiplin. GB telah kemukakan fakta-fakta asas bahawa Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuaa yang tidak sah, kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan. Faktanya jelas. Dari Perlembagaan. Walaupun ada yang mendakwa GB tak gunakan perlembagaan pindaan terkini, tetapi apabila diminta untuk membawakan mana-mana resolusi muktamar untuk menunjukkan fasal-fasal penting yang dipinda mengenai Jawatankuasa Disiplin, ia tidak dapat dikemukakan, maka dituduhnya GB memfitnah.

GB telah mengulanginya berkali-kali untuk meletakkan kebenaran ke tempatnya yang hakiki, tetapi tiada dari kalangan pimpinan yang tampil memberikan keterangan, yang bererti bahawa apa yang didedahkan itu benar. GB mengutarakannya supaya PAS kembali ke pangkal jalan. PAS perlu bergerak mengikut asas Perlembagaan. PAS perlu diperkasakan dengan menyedarkan pemimpin-pemimpin parti yang telah terlajak perahunya di dalam menggunakan kuasanya.

Apabila hujjah GB tidak berjawab atau terjawab, maka diwujudkan istilah "fitnah yang benar" yang kononnya tak boleh disebarkan, kerana ia memudharatkan parti. Yang mengimplikasikan bahawa "kebenaran itu mesti disembunyikan demi maruah parti. Konsekuennya, naiknya maruah parti lantaran kebenaran tidak didedahkan. Bermaruahkah apabila fitnah yang benar itu disembunyikan? Sedangkan kudis yang bernanah akan terus bernanah, membesar dan membusuk lantaran ianya disembunyikan. - Greenbox


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: