Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, November 24, 2009

RINGANNYA HUKUMAN PENZINA DI NEGARA ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Berseluar dalam
Oleh ZAITIE SATIBI
am@hmetro.com. my 15/11

ROMPIN: Rutin seorang pencuci pinggan yang setiap malam menginap di bilik teman wanitanya di kuarters kakitangan sebuah resort di Pulau Tioman, di sini, berakhir dengan detik memalukan apabila hanya berseluar dalam ketika dicekup penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditemui menggeletar dalam selimut di atas katil pasangannya berusia 21 tahun dalam serbuan kira-kira jam 3.55 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Ab Malek, berkata serbuan dilakukan di kuarters itu hasil aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral segelintir penghuni bujang yang kerap membawa masuk teman masing-masing untuk memadu kasih.

Menurutnya, pintu bilik dibuka seorang wanita yang mendakwa hanya tinggal berdua dengan rakan serumah, namun hasil pemeriksaan, seorang lelaki ditemui di atas katilnya yang ditutup dengan kelambu.

“Ketika diminta bangun untuk diperiksa, lelaki terbabit memberitahu dia hanya memakai seluar dalam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ahmad Raffli berkata, kedua-duanya gagal membuktikan hubungan sebagai suami isteri ketika diperiksa lalu dibawa ke Balai Polis Pulau Tioman untuk diambil keterangan.

“Suspek wanita itu mendakwa dia membawa teman lelakinya yang juga kakitangan resort sama masuk kerana pasangannya tidak sihat sebelum mereka tidur bersama.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang kami terima, suspek wanita membawa teman lelakinya masuk untuk tidur bersama setiap malam,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Rompin pada 30 November ini mengikut Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Jika bersalah, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Siti Nor Aisyah Bt.Rahman said...

kalau kena cekup mmg kena byr @ pnjara ke? bkn trus kwen @ cll fmly eh?

Cik Cookie said...

kalau kena cekup kompem ahh baut lagi

Nadia94 said...

nauzubillah...harap2 mnx la simpang sume nie..amin....