Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 13, 2009

PERIKSA BIL JIKA KE GIANT

Bismillahirahmannirahim..

Periksa Bil Jika Ke Giant Kota Damansara

Nukilan M.A.S

Jam 12.30 tadi saya dan 2 anak ke Giant di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Pantas kami membeli beras, ayam, 2 barang permainan , bateri dan shaving foam. Jam 12.51 saya membuat pembayaran di kaunter, RM327.26.

“Senapang, Battle Max-Sceptor ini harganya RM149, bukan RM199,” saya memberitahu juruwang kaunter 24, Farah Yesmin.

“Oh! Saya dah punced, pergi ke Customer Service,” arahnya.

Saya terus berdiri di hadapannya.

“Cubalah check dulu harga sebenar, mungkin saya tersalah tengok,” ujar saya.

Penyelia perempuan berdiri di kaunter berhampiran kemudian memanggil pekerja lelaki berasal dari Jawa, Indonesia tampil kekaunter menggunakan walkie-talkie. Melihat kejadian itu, pengawal keselamatan Giant menghampiri dan memegang tangan saya.

"Don't dare touching me," saya mengingatkan dia sambil menolak tangannya.

Perbuatan bodohnya itu mungkin menggambarkan kepada pelanggan lain saya melakukan kesalahan sedangkan saya hanya menuntut hak sebagai pelanggan.

Setibanya pekerja Indonesia di kaunter, penyelia bertanya kepadanya.

“Berapa harga barang permainan ini?,” tanya juruwang.

“RM199,” katanya yakin.

“Cuba check dulu,” pinta saya.

Pekerja Indonesia itu kemudian berjalan ke arah rak barang permainan, saya mengikutnya rapat dari belakang.

“Mana tulis RM199?,” tanya saya kepada pekerja bermuka masam itu.

“RM149. RM199 harga lama,” ujarnya selamba.

“Tadi kamu kata RM199, kalau saya tak suruh check, saya kena tipu macam tu sajalah?,” saya menegurnya.

Dia langsung tidak menoleh, jauh sekali memohon maaf. Kami bersama berjalan menuju ke kaunter semula. Saya kemudian meminta penyelia memanggil pengurus bertugas.

“Bagi diskaun sahaja dengan dia,” kedengaran suara dari walkie-talkie.

“Hello! Saya bukan nak minta diskaun, saya nak jumpa manager. Tak boleh ke?,” saya bersuara.

Kurang 5 minit, muncul penolong pengurus, Zahir Ishak.

Saya jelaskan kepada Zahir perkara berlaku.

“Awak panggil budak Indon kurang ajar tu balik, datang sini, minta maaf. Jangan suka suka menipu saya. Saya ada duit, bukan nak minta diskaun. Lagipun barang itu saya dah bayar. Usah tunjuk muka haram jadah dengan customer. Kalau silap minta maaf, mudah,” pinta saya.

Zahir kemudian bergegas mencari pekerja Indonesia saya maksudkan. Kurang 10 minit, pekerja itu muncul bersama Zahir dari celah rak dan berjalan kearah saya.

“Kamu jangan kurang ajar dengan customer. Di Indonesia, kamu boleh buat macam itu, bukan di negara saya. Suka hati kamu sahaja bubuh harga, bila tersilap tidak pandai minta maaf, lepas itu tunjuk muka sombong. Kamu fikir saya tidak kenal angka?,” kata saya.

“Saya minta maaf,” ujar pekerja berusia 23 tahun itu.

Zahir kemudian membawa barang permainan saya beli ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Dia kembali semula bertemu saya dan menghulurkan resit berserta wang tunai RM50.

“Terima kasih Zahir,” ucap saya.

Moto Giant, ‘Harga Rendah Tiada Tandingan’. Khusus kepada pihak pengurusan Giant Kota Damansara, jangan rendahkan kualiti perkhidmatan dengan menggajikan pekerja tidak komited sekaligus merugikan pelanggan. Lebih penting, belajarlah memohon maaf dan usah memperkotak katikkan pelanggan jika melakukan kesilapan bodoh. Seperkara lagi, jangan bertindak lembab bak semut berjalan sedangkan mendakwa 'Giant'.

Pesanan saya, jika membeli belah di premis sama, sila periksa bil secara teliti, jika tidak pelanggan mungkin tertipu begitu sahaja.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

9 comments:

zlan said...

tu la kadang²kita bela bayar jer terus keluarkan tanpa tgk resit dulu sebelum keluar...

.:sanDORA:. said...

haku dah 2 kali kena kat TESCO cam tu.. sekali lebih dekat RM50, sekali lagi dekat RM80.. yang beshnyer haku dah balik umah.. soknyer siap angkut sume barang yang dibeli balik p TESCO.. mintak duit balik.. cumenyer xder jumpa pekerja yang sumbunk.. dua2 kali aku dilayan baik.... memang kena cek bill tiap kali shopping.. xkira kat pasaraya mana.. tu lebih selamat....

School Of Tots said...

Sebagai langkah hati2, bawak calculator. Kira terus jumlah bil. Sebab kadang tu bila dah Q kat counter kita macam kena pukau je terus bayar. Jadi bila dah tau secara kasar total bil kita maka bolehlah bandingkan. Kalau beza banyak tu, ada le yg tak kena.

Solehah said...

serius juga eh kes ni..saya ni jenis tak berapa nak ingat harga..main ambik bayar ja..isk2..
pasal jurujual yg tak bersopan tu, ada cadangan bleh?dorg ni patut diahntar berkursus ka caman nak deal dgn pelangga..rata2 jurujual kat mana2 pun cmtu..nape eh??

mamasherry said...

tak berapa suka gi giant sebab takde tanda harga kat barang-barang dia. tanda harga kat rak. kadang-kadang barang letak kat sini harga kat sinun. mengkompiuskan. tu yang kadang ingatkan harga ni rupanya harga nun.

ashrafsarah said...

syabas saudara!
sy sgt2 menyokong tindakan yg saudara buat ini.kita sebagai customer kna pertahankan hak kta!! dan kpd pekerja2 yg sombong sgt 2 sila cari kerja yg sesuai dgn peribadi awak atau baik letak jawatan saja!!ini membuat customer lari saja ke tempat lain..
kisah ini patut jadi tauladan kpd semua rakyat malaysia..

ummi humaira said...

salam dik bujang ...
pagi tadi akak pun br baca info ni dr blog dia (M A S)..
boleh dikatakan kebanyakan orang di sini tertipu dgn helah pasaraya gergasi tu .. akak pun pernah kena, beli alat tulis anak .. tengok harga yg dipamerkan di barang lain .. bila balik umah check list dah berbeza .. tapi tak ler sampai RM5 .. malas nk kesana lagi .
dah malas kesana lagi .walau pun dekat sangat dgn rumah .

BezBuddy said...

sy sokong gler r ngn tindakan awk tu....
mesti pekerja indon tu dh kene pecat...hehe
sy pon kdg2 bengang ngn sesetengh pekedai yg muka masam gler....pdhl kite nk bg duit kt dorg...adehh
manusia zmn skg....huhu

Finaz said...

Kes macam ni kat Giant Shah Alam dan Giant Putra Height memang selalu terjadi. Sampai saya dan suami terfikir ini adalah taktik Giant untuk menipu pelanggan yg tidak kisah dan tidak periksa resit. Bayangkan seorang ditipu 10sen seribu dah berapa. TU baru 10sen. Dalam kes saya perbezaan biasanya RM3 ke RM5. Memang kena selalu check. Sekarang kitaorg dah tak beli dah kat Giant Putra Height walaupun dekat dgn rumah. Baik beli kat kedai lain. Sebabnya rasa bodoh pulak diri sendiri bila masih nak membeli dikedai yang tak BELAJAR nak RESPECT customer..