Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, October 12, 2009

BURUNG APA YA PAK ?

Bismillahirahmannirahim..

Nukilan M.A.S


Jam 3.30 pagi ketika minum bersama rakan di restoran mamak berhampiran rumah, saya terpandang pasangan remaja Melayu ‘bermesra’. Si lelaki tanpa segan silu memeluk erat sambil membelai rambut teman wanitanya.

“Sebelum ini siap berkucup lagi di sini,” celah rakan.

Mungkin dia sedar saya sedang memerhatikan kelakuan pasangan terbabit. Tanpa berlengah saya berjalan menghampiri mereka.

“Adik, kalau nak bermesra, boleh tak jangan buat show di sini, jealous saya tengok,” tegur saya dengan usikan.

Mujurlah mereka tidak marah, mungkin kerana terkejut berikutan teguran ‘lembut’ itu. Selama ini perbuatan mereka hanya sekadar dilihat pelanggan lain, tiada bersuara. Umur si lelaki, 20, perempuan, 19 tahun, keduanya berkerja di Petaling Jaya, Selangor tetapi mendakwa berasal dari Negeri Sembilan.

Hari ini saya terbaca laporan akhbar Kosmo berhubung ‘pencemaran’ berlaku di Hutan Lipur Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan. Kawasan rekreasi indah bertahun dicemari perbuatan tidak senonoh remaja, berkucup tanpa mengendahkan kehadiran pengunjung lain. Tetapi, berita itu tidak begitu mengejutkan kerana sebelum ini banyak laporan saya terima berhubung pasangan remaja Melayu berbogel sambil melakukan hubungan seks di kawasan rekreasi berbeza. Air dingin sungai, udara segar dan lokasi sedikit tersorok meransang nafsu mereka, barangkali. Tambahan pula, dilaporkan penguatkuasa Jabatan Agama tidak begitu berminat ‘mengintai’ aksi sebegitu, mungkin takut kaki seluar basah. Bukan bertujuan menuding jari, mereka kelihatan lebih cenderung melaksanakan operasi di hotel murah dan di rumah bujang.

Itu di Malaysia, restoran dan hutan rekreasi menjadi ‘mangsa’ pencemaran perbuatan bertentangan moral membabitkan remaja, di Indonesia lain ceritanya.

Dilaporkan akhbar sama, pengarah filem dan penulis skrip, Joko Anwar berbogel di kedai serbaneka 24 jam di Bintaro, Jakarta, Indonesia. Joko terkenal melalui filem arahannya, Janji Joni dan Arisan! dan dilapor melakukan aksi berani sekaligus melanggar norma itu kerana menunaikan janji kepada pengikut Twitternya kini mencecah 3,000 orang. Perlakuan itu pastinya dirancang berikutan gambar dirakam secara jelas dari luar premis sebagai bukti.

Pak Joko, Pak Joko, apa fasal orang dewasa seperti kami dungu banget? Capek dong melihat ‘burung’ ngak bisa terbang kamu!


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

3 comments:

faizal said...

Tanda akhir zaman.

perkemas diri kita dan keluarga.

didik lah keluarga masing-masing.. semoga usaha kecil kita diberkati Allah.

hamba said...

salam..

pemandangan seperti ini bisa dilihat dimana-mana saja... air terjun, pantai, celah pokok, taman dll.. hairan.. mana malu mereka...??

inilah terjadi bila yang 'salah jadi lumrah'..

ratna wulandari said...

aku jadi takuwt..akan datang bala yg besar akibat ulah manusia sendiri.
sementara aku belum memiliki bekal akhirat yg cukup..

Affraid..^_^