Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 2, 2009

SPIDERMAN TAWAN PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Bismillahirahmannirahim..


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Setelah dua kali gagal, lelaki warga Perancis yang terkenal dengan gelaran 'Spiderman' kerana kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan, akhirnya hari ini berjaya menawan puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas.

Alain Robert, 47, pernah memanjat bangunan yang mempunyai ketinggian 88 tingkat atau 452 meter termasuk antena pada 1997 dan 2007, namun kedua-dua percubaannya itu terhalang apabila ditahan pihak berkuasa di tingkat 60.Sebaik menuruni salah satu puncak menara berkenaan, Menara Dua hari ini, Alain ditahan pihak keselamatan di tingkat 88 sebelum diserahkan kepada polis kira-kira pukul 8.20 pagi.

Difahamkan, dia yang hanya berbekalkan sebotol air minuman dan bedak penyerap peluh mula memanjat pada pukul 5.45 pagi dan mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke puncak Menara Dua.Para petugas daripada beberapa agensi berita asing yang mengetahui rancangan Alain untuk menakluk Menara Berkembar Petronas, berada di lokasi sejak pukul 5.30 pagi untuk membuat liputan.Menurut jurugambar Sipa Press yang berpusat di Paris, Halim Berbar, Alain berada di ibu negara sejak seminggu lalu untuk membuat persiapan. Dia menginap di salah sebuah hotel terkemuka ibu negara.

"Amat menakjubkan, Alain begitu... tenang memanjat tingkat demi tingkat tanpa sebarang masalah dan dalam tempoh singkat.

"Saya merakamkan aksi-aksi Alain ketika di atas puncak Menara Dua itu. Dia mengibarkan bendera Malaysia dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menunjukkan tanda keamanan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Halim, Alain sepatutnya turun dengan cara yang sama, tetapi terpaksa melupakan hasratnya ekoran keadaan cuaca tidak mengizinkan.Jurukamera Reuters, Yong Chee Weng, 57, yang sempat menghubungi Alain memberitahu, Alain berasa hebat dan cukup lega kerana akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas.Alain kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan dijangka didakwa esok.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis menahan Alain di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.Katanya, tindakan membahayakan nyawanya sendiri.

"Dia sepatutnya meminta kebenaran terlebih dahulu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, Alain boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

0 comments: