Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, September 1, 2009

BN = BARANG NAIK

Bismillahirahmannirahim..

Harga petrol naik esok
31 ogos 09
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi. - Malaysiakini

BS: Bagus...bagus.. bagus... hahahaha... kenapa x naikkan RM8juta/liter terus.. kan lagi cepat korang kaya... negaraku yg best... hahahaha....


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

7 comments:

cahaya malam said...

salam..

tahniah buat rakyat malaysia!
minyak didahulukan,
rakyat kelemasan,
tahniah,
1,2,3,4,5,6,7,7...

Malaysia!

moga sejahtera hendaknya saudara bujang susah..

;)

wassalam.

Airland said...

Assalamualaikum.. 1st time sggh n komen..

Yeker?? sori aku terputus hubungan ngan TV.. xtau pekembangan semasa..

btw.. Tahniah.. 1 lg hadiah sempena MERDEKA ke-52 dari Najib utk rakyat..

definasi tersirat 1malaysia: duit rakyat semalaysia disatukan utk BN..

BUJANG SUSAH said...

Waalaikumussalam... Airland... tau xper..

Cahaya malam.. penyokong2 dia suka.. xper laa..

cintalaila said...

Tahniah untuk semua..inilah hadiah paling berharga buat semua rakyat sempena Hari Kemerdekaan ke 52...Tahniah Tahniah Tahniah...nampaknya raya tahun ni kurangkan jalan, duduk je mengadap komputer...ish ish ish

~0~ said...

1 Malaysia. Attatuya. dan Merdayka 52...Punye sempena..Kerajaan bagi duit raya sebab nak bagi diorang cepat kaya. Cam gampang...

intan.maisarah said...

.. hadiah merdeka..

naikan minyak.. yippi!!!

Idalara said...

sakit bg yg bawa kndraan sndiri..tp idalara terasa juga bila tmbhg bas sekolah dn bas express bakal naik pulak..
merdeka tp kita terjajah dinegeri sendiri..