Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 2, 2009

HAMID OMAR MENINGGAL DUNIA

Bismillahirahmannirahim..

Tun Abdul Hamid Omar, bekas ketua hakim negara yang kontroversi, meninggal dunia hari ini akibat kegagalan ginjal. Allahyarham berusia 80 tahun.Hamid dianggap kontroversi kerana peranannya dalam prosiding memecat Tun Salleh Abas pada 1988.
Beliau, waktu itu sebagai pemangku ketua hakim, mengetuai panel yang mendengar proses memecat Salleh.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10 pagi ini di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sementara itu, anak sulungnya, Azizuddin, 51, memberitahu Bernama berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu 8 pagi semalam setelah mengalami demam dan selesema yang kronik.Katanya doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada pinggang yang menyebabkan kegagalan ginjal bapanya. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bukit Tunku di ibunegara dan akan disembahyangkan di Masjid Damansara selepas Asar hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham meningglkan seorang balu Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan empat orang anak iaitu Azizuddin, Ainuddin, Hanizah dan Hanizan.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

1 comments:

cookie devine said...

perginya xkembali.Cik Cookie xsemapt ngn zaman Pak Hamid nih.mksdnya mengenali lbh dekat.Hnaya study case tika study zman2 dulu2.