Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, August 31, 2009

ISLAM PELOPORI PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Bismillahirahmannirahim..

Oleh: Ustaz Aris Hazlan

Ketika Rib'i bin 'Amir (ربعى بن عامر) diutus mengadap Rustom, panglima kepada Raja Farisi, sebelum berlaku peperangan Al Qadisiyyah, berlaku dialog yang sangat penting. Penting kerana Rib'i, seorang Muslim berbangsa Arab Badwi berjaya mengajar Rustom pengertian KEMERDEKAAN.

Kata Rustom, "Untuk apa kalian datang ke negara kami?"

Jawab Rib'i, "Kami datang untuk mengeluarkan (membebaskan) hamba (manusia) dari menyembah sesama hamba, kepada menyembah kepada Tuhan hamba (Allah)."
(جئناكم لنخرج العباد من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد)

Tambahnya lagi, "(Juga untuk membebaskan manusia) dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Dari kezaliman pelbagai agama, kepada keadilan Islam..."

Inilah konsep kemerdekaan dalam Islam. Iaitu memerdekakan manusia dari belenggu hawa nafsu dan ideologi syaitan. Justeru, andai kata seseorang itu masih menuruti kehendak nafsu dan syaitan maka mereka sebenarnya masih dijajah (walaupun omputih dah balik nogoghi).

Sebagai warga pendidik, saya rasa anda mampu untuk huraikan ayat Rib'i tu...

Dalam sejarah Malaysia, jangan lupa ramai di kalangan tokoh pejuang kemerdekaan adalah dari golongan ulama'. Raja Haji, kerabat diraja Selangor keturunan Bugis yang dilabel oleh Inggeris sebagai penderhaka adalah ulama'. 5 Daeng bersaudara juga ulama' Islam.

Di Terengganu, perjuangan menuntut kemerdekaan dipelopori oleh gerakan Jihad yang dilancarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung. Bimbang pengaruh beliau, maka Inggeris bertindak membuang negeri ke Makkah. Ia adalah usaha penjajah untuk mengaburi mata orang Melayu. Maka orang Melayupun berkata, "Bagusnya Inggeris, hantar tok guru pergi Makkah." Padahal Inggeris buat begitu untuk menyekat jihad dan pengaruh perjuangan Abd Rahman Limbung.
Di Kelantan, Tok Janggut yang.. dikenali sebagai panglima Melayu adalah seorang ulama'. Perjuangannya atas nama jihad. Beliau akhirnya mati syahid dan mayatnya digantung kaki ke atas selama beberapa hari di pekan Pasir Putih.

Mat Kilau di Pahang juga dikenali oleh penduduk Pulau Tawar sebagai seorang alim. Amalan zikir dan wiridnya menjai amalan bagai sesetengah penduduk hingga ke hari ini.

Di zaman pra-kemerdekaan, muncul tokoh-tokoh Islam yang lebih ramai dalam pentas perjuangan menuntut kemerdekaan. Ma'had Ehya' As Syarif di Gunung Semanggul mencatat sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 3000 ulama' dari seluruh Tanah Melayu untuk perjuangan menuntut kemerdekaan. 3000 sekarang mungkin tidak ramai berbanding jumlah rakyat 26 juta orang. Tetapi ketika itu jumlah rakyat Tanah Melayu baru mencapai angka 3 juta orang. Justeru kejayaan menghimpunkan 3000 ulama' adalah satu perkara besar pada kaca mata penjajah.

Justeru, ramai ulama' yang ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara. Inggeris sangat bimbang semangat anti penjajah dari 'gunung' ini. Beberapa persidangan Islam dilangsungkan di sana termasuklah Persidangan Ekonomi-Agama SeMalaya yang menghasilkan penubuhan PEPERMAS (Pusat Perekonomian Melayu Se Malaya) dan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se Malaya). Hizbul Muslimin juga ditubuhkan di Gunung Semanggul.

Atas asas inilah penulis berpendapat, perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan ini sebenarnya didominasi oleh golongan ulama' kerana mereka faham konsep kemerdekaan yang diutarakan oleh Rib'i bin 'Amir. Namun nama-nama mereka digelapkan oleh catatan sejarah yang ditulis oleh sejarawan Barat guna menafikan peranan besar mereka.

Gambar bawah: Tuan Guru Haji Mat Hassan (Tok Janggut) berjihad menentang penjajah hingga ke titisan darah terakhir. Beliau dibunuh syahid di Pasir Putih. Mayatnya diarak sekeliling Kota Bharu dan kemudian digantung kaki ke atas selama beberapa hari untuk tontonan orang ramai.





by j-QAF SK SULAIMAN

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

1 comments:

brigedakhdor said...

sememangnyer para ulamak tanahair adalah pejuang sebenar bagi membebaskan diri dijajah fizikal dan mental dr dijajah..merekalah yg sanggup berjihad demi bangsa dan tanahair serta agama..al fatihah kpd para pejuang negara..umno tak iktiraf ulamak tp balaci inggeris shj yg dijaja sebagai pejuang..mudah-mudahan kesinambungan perjuangan mereka dpt diteruskan olh ulamak2 pas khususnya..tabik spring pada para syuhada tanahairku..ni ler 1fs time tgk tok janggut digantung mmg tragis..tp pemimpin umno mengabdikan patung2 penjajah nie..ini satu pengkhianatan ..maari kita jadikan tokoh2 ini sbgai satu semngat untuk terus berjuang ..takbir!!!