Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 26, 2009

TIBA-TIBA UTUSAN MALAYSIA PERCAYA BLOG


Masih ingatkah kita lagi dengan hujah orang kuat Regim Bn yang sering meminta rakyat menolak apa yang didedahkan oleh media baru. Media baru sering dianggap musuh oleh regim Bn. Utusan sebagai media regim Bn sendiri banyak kali menyiarkan tulisan atau berita yang mengajak rakyat menolak secara total apa yang disiarkan oleh blog-blog dalam internet.

Tetapi semalam tiba - tiba Utusan telah menyiarkan berita muka depan yang 'mempromosi' blog yang kononya menyiarkan berita salah guna kuasa pemimpin DAP Selangor. SPRM pula secara berani menunjukkan sikap 'seronok menjadi kuda' regim Bn apabila secara terang - terang menyatakan sikap mengambil berat terhadap pendedahan blog tersebut.

che'GuBard dengan ini menyatakan sikap jelas SPRM seharusnya berani melakukan siasatan secara telus dalam perbagai hal yang melibatkan korupsi dan salahguna kuasa termasuk dalam perkara ini.

Cuma malangnya kini ialah apabila SPRm dilihat cuma berminat untuk menyiasat perkara yang melibatkan Pakatan Rakyat sahaja. Dalam isu salahguna kuasa peruntukan ini secara jelas ADUN Bn kerajaan Selangor terdahulu sememangnya sudah terbukti menyalahgunakan kuasa dalam agihan peruntukan.

Contohnya dalam isu peruntukan ADUN Selangor dari tahun 2008 . Apabila ADUN Pakatan Rakyat mengambil tempat selepas 8 Mac 2008, kita mendapati hampir kesemua ADUN telah menghabiskan peruntukan tahunan dalam masa dua bulan lebih sahaja yangs eharusnya dibelanjakan selama setahun. Malah ada antara ADUN Bn dahulu telah mengeluarkan peruntukan selepas kalah pilihanraya 8 Mac 2009 sementara menunggu Menteri Besar mengangkat sumpah. Ada pula bekas adun ini yang telah berbelanja lebih dari jumlah peruntukan tanpa ada permohonan buget tambahan dalam dewan.

Dalam hal ini SPRM jelas diam dan kecut.

Dalam blog cheGuBard ini telah banyak kali menyiarkan perbagai pendedahan salahguna kuasa dan korupsi malangya semuanya didiamkan.

Dalam agihan peruntukan DUN dan Parlimen pun di Rembau jelas berlaku salah guna kuasa. Bukan satu yang 'rahsia' dan 'sulit' peruntukan pembangunan parlimen di Rembau diagihkan kepada sesiapa sahaja kontraktor Umno yang masukkan cadangan apa pun projek dengan syarat mereka setuju memulangkan sebahagian dari pembayaran untuk Umno atau kegunaan pejabat parlimen.
by cheguBard

6 comments:

Arena Digital Studio said...

recomended...ojo melok ngono2 kuwi jang ..rata2 mbujuk (ngapusi) wae...
melok'o...google adsense wae..gratis.

BUJANG SUSAH said...

ok bos... makasih.. i luv u.. wakakaka.. tp aku ora reti arep ngawe google adsense.. kene aku diajar...

ZOOL@TOD said...

Apa nak hairan, orang kafir pun tiba-tiba boleh baca ayat suci Al-Quran (siap pelat-pelat lagi) semata-mata nak berpolitik.

Hmmmm... tak tahulah.

Makin hampir kiamat,
Makin sesat manusia,
Makin kosong lisannya,
Makin nista tintanya,
Makin kabur jendelanya,
Makin angkuh, makin sombong
dan makin bingung

Ya Allah, lindungilah kami semua dari kesesatan dunia, dari celaan dan maksiat dunia.

BUJANG SUSAH said...

Yer encik zool... saya faham maksud cikgu zool tu.. tetapi buat ingatan kita bersama, kafir dah lama baca Al-quran.. Mereka maju kerana al-quran.. kita jer yg lupa.. sejak dari zaman rasulullah lagi kafir yahudi nasrani dah baca siap mengkaji al-quran.. org2 barat mengakui al-quran itu benar. kita ni jer org melayu islam, al-quran berguna bila ada pertandingan musabaqah. ada kerajaan kita yg mengaku negara islam ni berusaha ke arah melaksanakan islam yang syumul yang mengikut acuan Al-quran? anda jawab sendiri.. ada kita selama ini nak suruh org kafir kat malaysia ni faham serta terima islam, kerana islam itu sempurna dari semua sudut? xder bukan? lagi puak2 kat sebelah sana tu siap boleh menakut2kan mereka, lebih kureng mcmni la ayatnya "nanti kalau PAS perentah ini malaysia, lu punya anu kena potong ooo". Alquran diturunkan untuk umat muhammad. xkira la cina ke india ke atau agama apa sekalipun. yg pastinya bila mereka tahu bahawa islam itu benar, al-quranlah akan jadi rujukan mereka sebagai panduan. Sudah ke kita praktikkan segalanya yg al-quran suruh? riba yang terang2 pun ramai org yg mengaku islam ni dok bedal semacam jer.. wallahualam.

USTAZ ZAKI said...

salam..

alhamdulillah..teruskan perjuangan hai org muda...

TAKBIR!!!

BUJANG SUSAH said...

Salam ustaz.. terima kasih kerana melawat dan memberi komen pada blog saya. Takbirrr.....!!!!!!!!!!