Di bawah ini adalah email yg saya terima dari sahabat yg pernah mengikut rombongan gang saya sewaktu membeli baju raya utk anak2 yatim pada hari raya tahun lepas. Sila baca seterusnya & klu brminat nk menolong, bantu lh setakat termampu ya...
---------- Forwarded message ----------From: aina ahmad <ainaahmad@rocketmai l.com>
Date: 2009/7/27
Subject: kisah ibu tunggal - Puan Maimunah
To: atieyluv@gmail. com
Cc: suzanaghazali@ yahoo.com
Assalamualaikum kak atiey, Pertama sekali saya kenalkan diri. Saya Ina antara salah seorang peserta yang mengambil bahagian semasa sama menolong membeli baju anak yatim dari rawang di MAIDIN subang jaya tahun lepas bersama sepupu saya Puan Iza. Saya juga menyertai majlis berbuka puasa bersama-sama anak2 yatim di Kelang tahun lepas. Kalau tak dapat diimbas kembali, tak mengapa, sekadar mengimbau balik memori. Tujuan saya mengirim email ni .. kerana hendak memberitahu satu cerita seorang ibu tunggal iaitu kawan saya sendiri bernama Puan Maimunah. Dan juga memohon sedikit petunjuk atau sedikit bantuan kalau kawan saya ni layak menerima. Kalau tak silap saya umur nya dalam sekitar 46 tahun. Dia baru sahaja disahkan mengidap kanser tulang. Penyakit kansernya dikira agak teruk sebab sudah merebak ke dalam perut dan juga kaki kirinya. Baru-baru ini telah disahkan oleh Doktor agar menjalani pembedahan kaki kiri dan disarankan digantikan dengan besi. Kos pembedahan sekitar RM16,000.00. Dia juga dicadangkan melakukan kimoterapi tiap2 bulan. Oleh kerana Doktor tidak dapat mempastikan status beliau samada sudah menopaus atau belum. Mereka hanya akan dapat menjalankan kimoterapi tersebut selepas 6 bulan bermula dari bulan Julai ini. Untuk makluman kimoterapi untuk orang yang belum menopaus dan sesudah menopaus adalah berbeza. Dalam tempoh 6 bulan tersebut, beliau dikehendaki mengambil satu suntikan tiap-tiap bulan yang berharga RM1000.00. Terkini Puan Maimunah menetap bersama adik perempuannya yang sudah berkahwin, di sebuah banglo berkembar 2 tingkatdi sebuah taman di Cheras. Kerana beliau tidak mampu untuk menaiki tangga untuk menaiki ke rumahnya sendiri. Makluman: Rumahnya sendiri berada di paras 5, di sebuah flat di Bandar Baru Ampang. Puan Maimunah memberitahu saya, suaminya telah meninggal dunia pada bulan 3 yang lalu. Dan hakikat yang lebih perit, beliau sebenarnya telah diceraikan pada 18 hari sebelum kematian suaminya itu. Dan katanya, oleh kerana suami nya tidak menamakan pewaris, maka dia tidak dapat menuntut apa2 harta kepunyaan suaminya seperti EPF dan rumah. Dan lebih malang lagi, keluarga suaminya sekarang menuntut akan harta2 tersebut kerana mereka yakin Puan Maimunah tidak layak menerimanya akibat telah diceraikan. Dan rasanya mereka(keluarga suami) sedang mencari jalan untuk menuntut semua harta sepeninggalan suaminya. Puan Maimunah mempunyai seorang anak perempuan berumur 10-11 tahun (saya kurang pasti). Jikalau lah EPF suaminya itu automatik menjadikan anaknya itu pewaris, ianya hanya boleh dikeluarkan selepas dia berusia 18 tahun. Puan Maimunah telah berhenti dari bekerja setelah beliau disahkan mengidap kanser. Dan kini hanya adik2 sahaja yang membantu menghulurkan sumbangan. Namun tidak tahu sampai bila. Kerana sedia maklum, penyakit kanser adalah antara memerlukan rawatan kos yang mahal. Sekian sahaja cerita ini, kalau kak atiey merasakan Puan Maimunah ini boleh dibantu. Di sini saya sertakan no telefon saya, 017-3978231 Ina atau menerusi email ini ainaahmad@rocketmai l.com Terima kasih |
0 comments:
Post a Comment