Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.
Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja
Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-yang ditekan oleh technician tersebut.
1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.
2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.
3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.
4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.
5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar รข€˜refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.
Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.
Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.
Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.
Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.
Beringat-ingatlah. .
Bagi mereka yang berminat untuk menonton gelagat penipu komputer, SILA BUKA DI LINK BERIKUT . Ia disiarkan di beirta utama channel Five TV, United Kingdom .
BS: Lain kali hantar kat aku jer.. aku tipu sikit2 jer... wakakakaka... huh.. x baik aku nih.. Ya Allah.. Kau hindarkan aku dari sifat2 technician yg mcm tu.. amin..
3 comments:
wakaka,..
salam incik bujang,..
tipu sikit2,.. hah!! niat dh ade tuh,..
ekekeke
Owh!. mcm2 cara peniaga untuk menambahkan keuntungan dan meningkatkan jualan. Tapi apalah makna semua itu jika dilakukan secara haram dan menipu org ramai. Tak akan berkat hasil yang didapati, dan saya percaya, mereka yg menjalankan kerja2 penipuan seperti ini, hati mereka tak akan tenang dan segala duit yg mereka dapat juga akan mudah "lenyap".
Ayinn..wakakaka... niat jer lom dikira dosa lagi.. hehehe gurau jer laa.. insyaAllah setakat ni x mcm tu laa.. siap bagi tutor free of charge lagi.. tp kita x boleh takbur.. esok lusa Allah yg lebih tahu. Semoga dijaga dari dari dosa2.. wallahualam.
Cik Skaf.. yer.. betul tu...
Post a Comment