Tidak ada wanita mahu perkahwinan dengan suami tersayang terhenti di tengah jalan, apatah lagi bahtera yang dibina baru berusia beberapa minggu atau bulan.
Namun, isteri mana dapat bertahan jika keupayaan seksual suami sangat luar biasa, dipercayai akibat berdamping dengan makhluk halus, dan akhirnya meminta cerai.
Mungkin ada yang menganggap perkara terbabit kisah karut dalam zaman serba maju sekarang, tetapi hakikatnya ada dua kes perceraian kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpunca daripada kekuatan seksual dimiliki suami.
Dalam kes pertama, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata kes dikendalinya membabitkan pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 30-an.
“Mereka berkahwin tak sampai setahun. Dalam aduannya, si isteri memohon cerai kerana mendakwa kehendak seksual suaminya
sangat kuat, menyebabkan dia tidak mampu melayan nafsu serakahnya.
“Kemusykilan berkaitan kekuatan luar biasa itu akhirnya terjawab apabila ahli keluarga wanita terbabit mendapati suaminya masih ada di rumah walaupun sebelum itu dia dilihat keluar ke tempat kerja,” katanya.
Beliau berkata, beberapa saudara kandung wanita itu terdengar suara lelaki di dalam bilik tidur, sedangkan mereka melihat dia keluar pada awal pagi.
“Mereka bertanya mengenai kehadiran ipar mereka di dalam bilik itu kepada ibu yang kemudian menyatakan menantunya sudah keluar.
“Bagaimanapun, apabila diselidik, didapati individu di dalam bilik itu memang kelihatan seperti si suami,” katanya.
Berikutan itu, kata Musa, si isteri membuat aduan di pejabat agama dan memfail permohonan fasakh kerana tidak tahan lagi melayan kehendak seks suaminya.
“Ketika hadir di mahkamah, lelaki itu setuju menceraikan isterinya. Oleh itu permohonan fasakh berkenaan dibatalkan.
“Anggota keluarga kedua-dua pihak mungkin tahu berkaitan kekuatan luar biasa lelaki terbabit, tetapi ia menjadi rahsia selepas bersetuju menceraikan isterinya. Jika dibicarakan, mungkin mahkamah boleh tahu perkara sebenar,” katanya.
Dalam satu kes lagi, pakar Perubatan Islam Mustajab, Nazri Md Isa, mendedahkan seorang isteri yang baru berusia 18 tahun memohon cerai fasakh kerana tidak tahan melakukan hubungan seks dengan suami hingga berbelas kali setiap hari.
Bagaimanapun, menurutnya, dalam kes terbabit, lelaki itu mempunyai ritual tersendiri sebelum meniduri isterinya, iaitu dengan masuk ke bilik air seketika.
“Semuanya bermula apabila isteri muda itu menikahi lelaki berkenaan pada pertengahan 2008. Suaminya menunjukkan kehebatan seorang lelaki pada malam pertama perkahwinan dengan memberi nafkah batin hingga 17 kali,” katanya.
Mulanya, si isteri tidak menyangka apa-apa kerana beranggapan lelaki terbabit hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
Selepas keadaan itu berlarutan setiap hari, wanita itu mula terasa letih, selain hairan dengan kehebatan ditunjukkan suami.
“Wanita terbabit akhirnya membuka mulut dengan menceritakan kepada ibu mentuanya, namun terkejut apabila ibu mentuanya berkata itu perkara biasa,” katanya.
Selepas gagal mendapatkan kepastian daripada keluarga mentua, wanita itu memaklumkan ibu kandungnya yang membawanya membuat aduan di jabatan agama bagi mendapatkan nasihat kerana beranggapan ada kaitan kes deraan seks.
Nazri berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit bertabiat pelik apabila keluar masuk bilik air sebelum meniduri isterinya.
“Apabila diselidiki, dua ‘pihak’ dengan wajah saling tidak tumpah keluar masuk bilik air itu. Si suami kemudian diminta hadir ke pejabat agama sebelum merungkai misteri kekuatan luar biasa dimilikinya,” katanya.
Permohonan fasakh wanita itu dipenuhi mahkamah dan kini pasangan terbabit sudah bercerai.
BS: Ni kes bela hantu raya la ni.. Manusia yg diperdaya syitan untuk menuntut ilmu sesat. Sesat dunia akhirat. Menduakan Allah adalah syirik. Allah kata syirik ni confirm x masuk syurga. Antara dosa yg x diampuni Allah. Terhapus semua amalan yg kita buat.. satu pun x tinggal.
Firman Allah.
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang lalim itu seorang penolong pun.” (QS Al-Ma’idah [5] : 72)
Dan barangsiapa berbuat syirik, maka kemusyrikannya akan menghancurkan semua ibadahnya, shalatnya, puasanya, hajinya, jihadnya dan sedekahnya.
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (QS Az-Zumar [39] : 65)
Bela hantu raya untuk menjaga rumah dan harta kononnya. Padahal harta pun xder.. barang2 pun semua hutang. At last bini dia pun hantu jagakan sekali. Yer laa kan.. klau dah namanya syitan dan jin ni.. klau hari2 dia dok sekodeng laki bini tu berasrama dana (saja aku terbalikan) lama2 dia pun x tahan. Tu yg bila suami kluar, jap lagi dia pun take over tu.. Tu yang siang malam x berhenti kena bedal. bukan kata perempuan, robot pun terbarai klau hari2 kena buat macam2 aksi. Untuk perempuan2 yg belum kawin tu jaga baik skit.. jangan kerana cinta nnt badan binasa... wallahualam.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
KAH.. KOH..KEH.. VIAGRA PUN LEH JADI GAK.
ntah lerr.. aku pun x kawin lg..
suami kuat
atau isteri tak mampu?
Lelaki camni kena bagi kat Pelacur nie..baru lepas tu diaorang insaf tak nak melacur lagi kot...
Mana nak mampu joe.. klau siang malam kena gasak jerr.. jangan kata org.. kereta pun terbarai klau asyik kena tukar gear jer.. kejap slow, kejap laju kejap jalan mengiring, kejap jalan gostan, kejap jalan sebelah tayar, kejap tayar kat atas... rosak ooo...
Yer ke kak .. dia tu ada bela la kak.. bela jin. malangnya jin tu lagi kuat plak dari suami dia.. perghhh... rugi tu... tp nak bgtau sikit kat sini.. yg sebenarnya saya pun ada bela kak...
bela ikan... wakakakkakaka...
kak zai dah buang windows roaming tu lom? takut nak bukak laa.. pc ni asyik hang jer klau bukak blog akak..
Post a Comment