Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 23, 2009

Tun PakLah Bakal Kosongkan Parlimen Kepala Batas - malaysiakini



Mengikut sejarah, Pak Lah mula menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 menjadikannya antara Ahli Dewan Rakyat paling lama berkhidmat iaitu selama lapan penggal berturut-turut.

Karier Pak Lah melepasi zaman gerhana selepas memenangi pertandingan Naib Presiden Umno pada 1990 menyebabkan Tun Dr Mahathir tiada pilihan dan terpaksa melantik beliau ke Kabinet sebagai Menteri Luar.

Sejak daripada itu bintang beliau terus bersinar sehingga akhirnya dilantik ke jawatan tertinggi negara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 selama lima tahun, lima bulan dan tiga hari

Menurut sumber terbaru yang aku dengar dan boleh rujuk disini juga klik SabahDaily, Tun PakLah akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kepala Batas selewatnya pada awal Jun 2009 iaitu menjelang sidang Dewan Rakyat.

Isa: Apa pula komen puak gerombolan dan SPR dengan tindakan Tun PakLah ini, bukankah sama dengan apa yang berlaku di DUN Penanti. Kalau kompom PRK di Kepala Batas baru ngam... sebabnya itu kerusi UBN..., Penanti apa barang.... menang kalah sama jer...

0 comments: