Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, April 19, 2009

Nabil Cakap Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara - Kurang Ajar



Posted on Sunday, April 19 @ 15:51:48 MYT by TokAyah
by : ciklee
http://azzlie.blogspot.com

Terima kasih kepada Tv, Radio dan Surat Khabar. Kerana jasa mereka maka negara kita telah berjaya melahirkan pelawak yang dikatakan serba boleh iaitu Nabil. Maka dicanang jualah akan nama Nabil hampir tiap-tiap hari. Maka bintang Nabil semakin cerah selepas berjaya menjadi juara rancangan Raja Lawak Astro. Maka banyaklah slot di tv diisi oleh Nabil.

Saya bukan anti Nabil. Saya tak minat pun Nabil. Tapi ada jugalah dengar ayat-ayat Nabil yang boleh dipakai iaitu " lu fikirlah sendiri". Tapi bila saya tengok rancangan kendalian Nabil tak ada pun rasa yang terlebih istimewa. Rancangan pondok-pondok dan rancangan waktu pagi bersama Raja Azura (minta maaf tak ingat nama rancangan tu) lebih kepada membawa hiburan yang melampau-lampau. Rancangan yang melalaikan orang Melayu dan hiburan semata-mata. Tidak lebih dari itu.

Orang yang menonton dan penonton yang hadir hanya pergi untuk ketawa dan bersantai-santai. Dan bukan untuk berfikir pun tentang masalah negara, ekonomi dan apa sahaja. Dan itulah perancangan tv-tv kita masa sekarang ini. Bukan untuk membentuk masyarakat yang lebih berfikir, berpendidikan dan prihatin tentang nasib bangsa yang semakin mencengkam. Masalah agama dan moral yang semakin membarah dalam masyarakat. Yang penting berhibur la sampai ke tua-tua. Target penonton daripada budak dari buaian sampailah nenek yang hanya menunggu masa dipanggil Illahi.

Minta maaf, saya tak tengok pun Anugerah Berita Harian. Tak tahu pun Nabil terpilih sebagai Bintang Paling Popular Se Malaya. Iyalah, mereka-mereka yang memilih sudah tentu gembira, tapi saya tak campur. Tapi apabila membaca Utusan Meloya dengan kenyataan Nabil yang pada saya menghina agama saya, saya terpaksa campur. Ramai yang kononnya terkejut dengan tindakan spontan Nabil yang spontan memeluk Irma apabila diumumkan sebagai pemenang.

Yalah, mereka biasanya memeluk anak gadis orang semasa berlakon sahaja. Atas nama lakonan dan kerana seni, maka hukum agama dan soal halal haram terpaksa diketepikan. Untuk menghayati lakonan istilah mereka. Tetapi lebih kurang ajar apabila langsung tiada perasaan bersalah daripada Nabil. Jika jahil sekalipun, mintalah maaf. Belajarlah. Janganlah cuba mempertahankan tindakan yang sememangnya dilarang oleh agama.

Artis kita sopan ke? Mimpi lah. Berpelukan perkara biasa. Jika remaja ingin memilih idola, utamakanlah agama bukannya hiburan. Dek kerana kita buta dengan hiburan, maka kita pilihlah idola yang sudah sedia sesat, untuk kita sama-sama sesat bersama mereka. Dan kenyataan Nabil yang paling kurang ajar bagi saya apabila mengucapkan - 'Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara.'

Memang kurang ajar dan sungguh biadap sekali. Langsung tiada perasaan bersalah dan sensitif dengan perasaan umat Islam. Lalu ada ke nanti pemimpin nak tegur. Minta Nabil minta maaf? Jika orang sebiadap ini dijadikan idola remaja kita, maka tidak hairanlah nanti semua remaja kita akan mengatakan memeluk wanita di khalayak ramai itu tiada apa-apa. Nak tahu sejauh mana kurang ajarnya Nabil ? Mari kita ambil intisari temuramah dia dengan Utusan.

i) tak rasa menyesal sedikit pun?
Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.Saya tak kisah apa orang nak cakap.

ii) Adakah Nabil akan minta maaf
Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja

iii)Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?
Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula.

iv)Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?
Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain.

v) Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?
Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

vi)Bila lagi nak kahwin?
Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

Apa kata mufti-mufti? Ustaz -ustaz? Ahli-ahli agama? Tiada yang mahu menegur? Kejahilan yang mengigit orang Islam sehingga ke tahap menghina sebegini tiadakah orang yang sudi melarang. Malang, jika ramai pula nanti di luar sana yang akan menerima pakai hujah-hujah 'alim' dari Nabil ini. Tidak hairan jika Nabil pun boleh jadi mufti pasal dah buat keluar fatwa sendiri.

Beristighfarlah dan jagalah kesucian agama ini. Jika kita tidak tahu, belajarlah. Jika terpesong baliklah ke pangkal jalan. Janganlah sampai membuat kenyataan mengarut yang langsung bercanggah dengan agama Islam. Sesungguhnya kita singgah di dunia ini sementara, akhirat lah destinasi kekal abadi. Orang-orang kampung Nabil tak nak komen ke? Aku tak boleh tulis banyak-banyak pasal darah tengah mengelegak.Korang fikirlah sendiri. Temuramah penuh sila ke sini.

Bujang Susah: Yang beruk seko ni nak buat lawak pun biarlah berpada-pada. Buat kenyataan mcm org dah xder agama jer. Aku pun bknlah alim sgt. Tp belum tergamak aku nak mempermainkan agama aku sampai mcm tu sekali. Ok yg pak2 mufti , ustaz2 dan alim2 ulama xnak komen ke? Sedikit hari yg lepas bila non muslim baca terjemahan ayat Al-Quran korang semua menyalak dlm tv x habis2. ini org islam sendiri yg buat kenyataan mempersendakan hukum xkan korang nak diam jer? ulama jgn jadi uuuu mamak... jgn dok buat semak... jgn dok jaga periuk nasi jer.. jangan semuanya yg terkena pada pehak anda boleh dok main harus sana sini...

0 comments: