Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, September 21, 2010

SINGAPURA ADA GAMBAR NAJIB BERSAMA ALTANTUYA?

بسم الله الرحمن الرحيم

NAJIB MUNGKIN TERUS TUNDUK PADA SINGAPURA – haraklah daily



Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa Singapura akan mendapat lebih banyak manfaat dalam rundingan dengan Malaysia
.
Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat tindakan pentadbiran Najib Razak pada 24 Mei lalu menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar pada republik itu yang baginya merugikan negara.

"Apakah kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib akan kalah dalam rundingan kedua hari ini," ujarnya pagi tadi pada Harakahdaily.

Beliau mengulas lawatan Najib hari ini ke Singapura hari ini bagi meneruskan siri perbincangan seterusnya berhubung beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Najib sebelum ini dikaitkan dengan wanita Mongolia itu biarpun beliau beberapa kali menafikannya.

Altantuya dibunuh menggunakan bahan peledak C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Yang didapati bersalah Koperal Sirul Azhar Umar dan (Cif Inspektor) Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sedangkan motif pembunuhan tidak dikenal pasti.

"Apabila mahkamah membebaskan setiausaha politik (Abdul Razak Abdullah Baginda) Perdana Menteri tanpa terlebih dahulu menjelaskan motif pembunuhan dasyat itu, seolah-olah ada pemimpin politik tertinggi tertentu dilindungi," ujar Mahfuz lagi.
Sebelum ini, penyiasat persendirian, P.Bala Subramaniam dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib ada bersama Altantuya pada pameran intan berlian di Singapura.
Sehubungan itu, ada pihak mendakwa Siangapura mempunyai rakaman tetamu yang menghadiri pameran tersebut.

Mereka juga mendakwa pembahagian 60:40 tanah KTMB di Tanjong Pagar kepada republik itu ada kaitan dengan bukti rakaman tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

nota:
ini adalah kenyataan yang paling jelas kenyataan datang dari seoarang ahli parlimen kenyataan dari naib presiden sebuah parti politik dari kenyataan ini amat jelas bahawa najib sedang di peras ugut oleh singapura.

cerita najib kena peras ugut ini bukan lagi cerita laman web dan blog – kini pasti akan sampai ke parlimen persoalan sekarang apakah negara kita sanggup dipimpin oleh seorang yang akan terus diperas ugut kerana dikatankan terlibat dalam satu kes pembunuhan.

sampai bila 27 juta warga negara ini berlagak buat buat tak faham tentang pembunuhan ganas minah cun dari mongolia.

telah sampai masa muhyiddin yassin yang selalu mimpi mimpi nak jadi pm tampil ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan negara ini - isteri muhyiddin cun dan slim cuma muhyiddin sendri pulak yang gedebab kah kah kah

nota:
desas desus telah kedengaran yang madey juga sependapat dengan mahfuz... kah kah kah -TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

500 MAHASISWA MELAYU CEMERLANG MUNGKIN PULANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?
"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Najib Razak.

"Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa.

"Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya.

Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.

"MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya - melayau

KAH KAH KAH..woit…. INI KES CUKUP SEDIH… kah kah kah.. INI KES CUKUP BODOH… kah kah kah..woit... INI KES CUKUP SENANG SELESAI.... kah kah kah..woit… TANYA GEROMBOLAN KENAPA BAZIR DUIT BELI KAPAL SELAM ?... kah kah kah.. DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM BOLEH TAMPONG SATU UNIVERSITI UNTUK SATU TAHUN… kah kah kah.. TANYA GEROMBOLAN… APA GUNA KAPAL TERBANG RUSIA YANG TAK TERBANG TERBANG…. kah kah kah.. TANYA GEROMBOLAN…. APA GUNA BELI KERETA KEBAL… KITA BUKAN NAK PERANG…. kah kah kah… - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Monday, September 20, 2010

HAIRAN BIN MAJIK

بسم الله الرحمن الرحيم


Ahli Pekida membakar kain pemidang di Ampang hari ini mengecam Majlis Peguam kononnya cuai hingga menyebabkan jutawan Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh. — Foto Bernama


KAH KAH KAH ..woit... MACAM MANA PULAK MAJLIS PEGUAM JADI SALAH.... kah kah kah... BILA PUAK MAJLIS PEGUAM JADI POLIS.... kah kah kah..YANG PATUT MENYIASAT POLIS... BUKAN PEGUAM... kah kah kah.. woit.... MELAYU BANGANG INI.... ADA MACAM MACAM.... kah kah kah...

nota:
atau ini helah nak selamatkan polis kerna banyakk laporan orang hilang di banting satu habukkkkkk taraaak apa apa? apa apa apaeeeee ke? kah kah kah - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MENGAPA KAMI SERONOK BILA UMNO MEMERINTAH?

بسم الله الرحمن الرحيم




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PELABUR BERHATI- HATI APBILA PEMBANGKANG BURUKKAN KERAJAAN : AHMAD HUSNI

بسم الله الرحمن الرحيم

Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.

Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.
"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.

"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi. - berita hairan

KAH KAH KAH..woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. KALAU PM TERLIBAT KES BUNUH… kah kah kah..woit… INI BUKAN KES BUNUH YANG DI TIMBUL PAKATAN RAKYAT… kah kah kah..woit… PELABUR MANA NAK DATANG… RASUAH TINGGI… YANG RASUAH BUKAN PAKATAN RAKYAT…. kah kah kah..woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. BUAT BANGUNAN…. BANGUNAN RUNTUH…. kah kah kah…woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. SEMUA DASAR BELUM MUKTAMAD…. kah kah kah..woit…. PELABUR MANA NAK DATANG… TAKUT DENGAN BERAHENG… kah kah kah…woit… PELABUR TAK NAK DATANG…. KERANA ADA TIGA PERDANA MENTERI DI MALAYSIA…. kah kah kah.. TAK PASTI MAN PM YANG BETUL BOLEH BUAT KERJA.... kah kah kah.. NAK MELABUR KENA RASUAH TIGA PM…. kah kah kah - TT

baca ini lagi :


RASUAH CULAS PUNCA PELABUR TAK MINAT – harakah daily

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan cuba memberi gambaran serba indah tentang ekonomi negara biarpun hakikat adalah sebaliknya.

Beliau merujuk Laporan Bank of America Merill Lynch yang mendapati Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana.

Kedudukan Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke-10, dan kini di kedudukan tercorot.

"Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala kedudukan negara menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara.

"Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembab ini," katanya lagi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
- TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SEPANDAI PANDAI MATADOR MENGELAK

بسم الله الرحمن الرحيم




Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya. Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.
Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.




"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid.



Matador kelahiran Seville , yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan semalam.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BUNUH DIRI TIADA KAITAN KES SOSILAWATI

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengasas kosmetik Aveer bunuh diri tiada kaitan kes Sosilawati, kata anak saudara

BUKIT MERTAJAM, 19 Sept — Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

“Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam pernigaaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

“Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.

“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” kata beliau yang akrab dengan mangsa.

Naimah berkata Sarina sempat menghubunginya sebelum ditemui mati dan berpesan supaya beliau menjaga anak mangsa serta membantu urusan perkahwinan Mohd Azrul Affendi Jakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari depan.

“Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badryah Jakaria, 23, berkata keluarga beliau masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya itu.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, laporan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik sejak lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya. — Bernama

Note:

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Wallahualam.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Sunday, September 19, 2010

BENDER YANG BAIK HATI

بسم الله الرحمن الرحيم


gambar hiasan

“Nak di jadi satu cerita malam semalam lu tau Mat Gorn, gua bawak superbike gua. Alih-alih ada sorang minah ni dia cilok tak lepas. Sekali bergesel lak ngan sorang mamat tu. Apa lagi jatuh terterap la dua-dua ekor. Gua ada betul-betul depan dorang masa dorang sujud sahwi kat atas tar tu. Gua amanahkan la brek brembo gua. Gua percaya brek gua boleh berkhidmat kepada gua. Tak sia-sia gorn. Gua brek sikit punya cengkam dalam speed 180km/j gak gua tekan masa tu...fuhhhh..berapa inci jer dari halkum awek tu. Gua berpeluh tak ingat. Gua ingat cecah dah. Sekali tengok steady lagi.”

Bender bercerita dengan penuh kusyuk dan tawaduk sambil berhenti menghela nafasnya yang terputus-putus. Di teguknya air sirap bandung yang sudah mencair aisnya. Mat Gorn dan mat Piah kusyuk mendengar sebab hari itu karen tiada di taman perumahan mereka. Jadi mereka bertiga mengambil keputusan yang lebih kurang muktamad untuk melepak minum di Bandar Perda. Seperti Biasa, Mat Piah akan dipaksa membayar kesemuanya. Mat Piah Pasrah. Matanya dilihat seakan-akan berkaca ketika didalam kereta.

“Habis tu? Soal Mat Piah

“Ish...tak habis lagi. Panjang lagi nih. Jap-jap ek..........Eh Piah, ari ni ari apa?

“Errr......Rabu.

“Khamis la...apa lak rabu lu ni Piah.” Pintas Mat Gorn membetulkan ralat Mat Piah

“Ari ni ada cerita best lak kat TV ni aii...leh lupa lak aku.”

“Cerita apa?”

“Semanis kurma! Ustazah Siti Norbaiyah tu.....dengan Darling dia!”

“Rumah lu ada genereator Bender?”

“Takde.”

“Kalau takde sambung cerita tadi sampai abis. Nak balik tengok TV konon. Caitt toya mat amin! Mana ada karen!”

“Haaa...sampai mana aku cerita tadi?”

“Sampai brek tayar cecah halkum!” Jawab Mat Gorn dan Mat Piah serentak.

“Brek cecah halkum...Brek cecah halkum....ha ingat dah...gua sambung k. Camni cerita dia. Lepas gua tengok tayar gua nak cecah halkum dia, gua pun apa lagi turun la tengok. Fuhhh..steady lagi. Gua pimpin la dia bangun. Lembut weh tangan dia. Hehehe…tapi tu la orang kita ni Mat Gorn,sorang pun taknak tolong dia. Dok main hon-hon kereta jer. Gua pun apa lagi, sound terus!…

“woi…hon-hon apa! Tak nampak ker orang nak buat CPR nih!” Pastu terus diorang tak berani hon dah. Ada yang menyorok belakang signboard ada, tepi devider jalan pun ada, belakang Public Phone pun ada 2 orang. Tapi gua tak tau la. Dua-dua tu menyorok takut gua ker atau beromen belakang tu entah..tapi gua buat muka ketat gak arr masa tu.

Muka Mat Piah direka seakan-akan poyo. Mat Gorn hendak tergelak. Bukan kerana mendengar cerita Bender. Tetapi kerana melihatkan rupa mat piah yang memang tak boleh blah itu. Sebiji macam Harun Salim Bachik!

“Lepas tu lu buat CPR ker? Soal mat Piah. ”

“Ish...gua melawak jer part tu. Dah dia boleh bangun, CPR apanya lagi. Lu tau pastu gua tengok mamat yang langgar dia tu terus blah tak tunggu dah. ”

“Shial la...gua tak sempat nak kejar sebab tangan gua di rentap erat oleh awek tu.”

“Habis tu? ”

“Habis tu gua bawak dia ke tepi. Tolak motor di kat tepi. Gua tak nampak muka dia sebab tutup visor helmet. Gua tanya la kot-kot ada sakit mana-mana. Gua suruh dia kilas tangan, kaki, tengkok apa ker semua yang patut. Tengok berfungsi ker tak.”

“Lu suruh dia kilas ker…lu yang tolong kilaskan?”

“Dia kilas sendiri la gorn. Gua semayang maghrib cukup lu tau tak! Dosa semua tu!”

“Tapi siyes Gorn. Dia punya body. Fuhhhh....memang mantop gorn! Lu kalau tengok, gua ingat mau lu jilat tiang letrik kat tepi tu atas bawah. Siyes weh…! ”

“Tadi cakap semayang maghrib lu ni..yer la sambung la cepat!”

“Pastu Gua cerita la pasal biodata gua. Pung pang pung pang dekat 15minit jugak la. Budak tu senyap jer. Pastu dia bukak visor. Gua terperanjat Mat Gorn..gua terperanjat nih!”

“Apsal?”

Dia mintak no phone gua plak. Shial laaa....gua terus blah. Tak kalih belakang dah!”

“Apasal lu bengap sangat? Bagi jer la.”

“Bukak-bukak visor tengok bapok doh....kalau tak, gua tak cakap la gua nak langgar halkum dia tadi!”

Bender tergelak puas mengekek. Mat Piah cuba mencari objek tumpul sebagai bahan bukti dalam kes polis jika dia berjaya menghentak bender sampai koma.

- manapiranha.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PENYEMBELIHAN DI SABRA, SHATILA

بسم الله الرحمن الرحيم

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan.

Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.

Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.

Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.

Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.

Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah.

PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. - Harakahdaily

Note: Namun kita di malaysia masih sayang akan meggi, mc donal dan kentucky, masih bangga dengan burger king. masih minum fanta, sprite, coca cola, milo dan nescafe serta segala produk nestle. Kita yg kononnya bersedih bila tahu saudara islam tersiksa tetapi dalam masa yang sama kita laburkan setiap sen kita untuk meningkatkan saham segala produk israel yang sebahagian hasilnya dilaburkan untuk membunuh saudara kita. Kita sedar kita tidak mampu pergi berperang.. kita sedar kita tak mampu menghulur bantuan.. Tidakkah kita sedar kita jualah yang turut membunuh saudara kita? Tepuk dada tanya iman kita.. apa yang telah kita lakukan .. wallahualam.



Klik pada image untuk info produk israel lebih lanjut


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PULAU PINANG DIMINTA PERJELAS SUMBER EHSAN

بسم الله الرحمن الرحيم



Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.

Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.

"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita.

KAH KAH KAH… woit…. EEEEE INI SUDAH GILA…. kah kah kah…. woit… SEMUA GAJI KAKI TANGAN KERAJAAN ADA CAMPUR DUIT HARAM… kah kah kah.. woit… KERAJAAN CUKAI TOTO… CUKAI GENTING…. kah kah.. woit… KERAJAAN CUKAI KEDAI JUAL ARAK… kah kah kah… PEMBUAT ARAK DAN BEER BAYAR LESEN… kah kah kah…. HOTEL ADA JUAL LENDIR CHINA DOLL…. kah kah kah… KEMUDIAN… KERAJAAN BAYAR GAJI DARI HASIL CUKAI… kah kah kah..woit… TAK KAN NAMPAK PULAU PINANG SAJA…. kah kah kah woit... TAK NAMPAK KERAJAAN PERSEKUTUAN... kah kah kah.. - TT

Note: Pemuda UMNGOK xnak suruh kerajaan pusat perjelaskan ke mana pergi semua duit dari kutipan cukai judi, pelacuran, arak, riba disco dan sebagainya ke? kakitangan kerajaan yang islam x makan duit tu semua ke? Apa punya bangang pemuda umno ni??? pemuda umno sebangang bangang manusia yg ujud dalam dunia ni..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...