بسم الله الرحمن الرحيم
Doktor rogol pesakit. Aku dapat info ni DI SINI. Parah doktor ni, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, bahaya pesakit kalau dapat doktor yang gila seks ni.





UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Sunday, April 4, 2010
DAH LA SAKIT, KENA ROGOL PULAK
Saturday, April 3, 2010
SIAPA YANG GUNA KERETA PRODUA KELISA DAN PROTON SAVVY SILA AMBIL PERHATIAN...!!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
Pergh.. slumber jer dia org kata kereta ni kereta murah...!!! Macam sampah jer dia org buat kereta nasional kebangaan kita semua ni kan. Kalau kat Malaysia bergolok bergadai cari duit nak bayar bulanan sampai 10 tahun. Tonggang terbalik dalam riba nak rasa pakai kereta ni. Sampai 3-4 kali kena tarik dgn bank. Dekat sana kereta kebangaan kita ni dikira kereta bangsat je. Siap ketawakan lagi plak tu... x patut.. x patut.. hehehehe
Amacam produa dan proton? tak nak saman TOP GEAR ke? hehehe...
"Gunakanlah barangan buatan malaysia, MAHAL dan TIDAK BERKUALITI " hehehe...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU.. LAGI DAN LAGI.. RAKYAT DIBODOHKAN KOCEK MENTERI DIPENUHKAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Cerita ni dah lama dah pun.. dan aku dah pernah postingkan pun. cuma ni kira ulang siar je la untuk mereka-mereka yang belum tahu. Hanya nak bagi tahu pada korang semua bahawa rakyat malaysia adalah rakyat terbodoh di dunia kerana mempunyai kerajaan paling bangang sekali dalam abad ini. Silakan menjamu minda... Org umno kalau terbaca ni sila komen kasi kaw-kaw punya.. agar diri tu nampak lebih bodoh serta bangang...
(Harga kereta malaysia di Arab Saudi. klik pada image untuk besarkan )
NOTA BANDINGAN
Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950
(tengok kereta yang di eksport tu.. siap sport bumper dan spoiler bagai)
1 Saudi Riyal = RM 0.94
Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673
Nak hantar ke Arab Saudi siap kena bayar pengankutan (kapal), tapi murah jer proton jual kereta dgn org Arab. Rakyat Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia !
RM31,126.97 lebih MAHAL dari Arab Saudi! Body pun buat guna tin sardin jer. Asal boleh jalan sudah. Siapa yang bodoh ?
Nak tengok lagi harga kereta malaysia kat luar negara ? korang boleh klik DI SINI dan DI SINUN hehehee
Amacam penyokong kerajaan BN... terasa bodoh x?
RAKYAT MALAYSIA SENTIASA DIDUNGUKAN...!!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MELALUT LAGI SI HARUS SANA SINI NI
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku pening dan keliru dengan kenyataan Harussani Mufti UMNO nih..
Kata Harussani ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.
“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud. Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.
Dan Harussani juga telah berkata “Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir. Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas.Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas. Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.
Harussani berkata hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir tapi dalam masa yang sama dia juga berkata minum arak terletak dibawah hudud.. Jadi kalau minum arak terletak dibawah hudud mengapa takzir yang dikenakan?
Lu kasi wa pening la Ustaz…..
Jadi untuk menghilangkan kekeliruan ini, aku pun referlah isu ini kepada seorang sahabat, ini jawapannya jika Harta dan Kesenangan duniawi tidak dihiraukan…
Di dalam hal pelaksanaan hududullah, Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah belas kasihan (ra’fah) kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah” [TMQ an-Nur (24):2].
Hudud adalah termasuk di dalam kategori hukuman yang tidak boleh ditarik balik atau diberi pengampunan. Jika kesalahannya telah terbukti atau adanya pengakuan, maka had hendaklah dijatuhkan.
Rasulullah SAW sungguh marah atas tuntutan pengampunan yang diajukan oleh Usamah terhadap seorang wanita Makhzumiyah yang mencuri, dengan sabdanya
“Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kalian disebabkan apabila ada orang terhormat mereka mencuri,dibiarkan, akan tetapi apabila pihak yang lemah mencuri, dipotong tangannya. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, seandainya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya”.
Hadis ini menunjukkan bahawa langsung tiada kompromi dalam soal pelaksanaan hudud, malah Rasulullah dengan begitu tegas bersabda bahawa jika anak baginda sendiri mencuri, maka tangannya tetap akan dipotong.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Had yang ditegakkan di muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada turunnya hujan selama 40 hari”.
Hadis yang lebih tegas diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa memberikan pengampunan dengan tidak melaksanakan had dari hududullah
maka ia telah menjadi pembangkang perintah Allah”.
Kesalahan Meminum Arak adalah Kesalahan Had
Kesalahan meminum arak adalah termasuk dalam bab hudud. Kalimah had atau hudud ini bermakna hukuman kepada pelaku maksiat yang melanggar hak Allah. Dalam hudud, tidak ada pemaafan, baik dari hakim mahupun si pendakwa. Malah tidak ada sesiapapun boleh mengampunkannya walau pemerintah sekalipun.
Ini kerana hudud merupakan hak Allah secara mutlak. Oleh itu, siapa pun tidak boleh menguggurkannya dalam apa jua bentuk dan keadaannya [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki,hal 12].
Arak diharamkan berasaskan dalil yang qathi’e di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga Ijmak Sahabat. Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah,adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan...” [TMQ Al-Maidah (5):90].
Adapun uqubat (hukuman) untuk peminum arak juga telah dinyatakan dengan jelas oleh hadis Nabi SAW dan juga Ijmak Sahabat iaitu peminum arak wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan.
Imam Tarmizi mengeluarkan dari Abi Said,
“Bahawa Rasulullah SAW memukul (para peminum khamar) sebanyak 40 kali dengan pelepah kurma”.
Dalam hadis lain dari Abi Said,
“Pada masa Rasulullah SAW (peminum) khamar disebat 40 kali dengan pelepah kurma, ketika masa Umar, pelepah kurma diganti dengan cambuk”.
Dari al-Husain bin al-Mundzir bahawa Ali ra pernah mencambuk Walid bin Uqbah 40 kali kerana telah minum khamar. Kemudian ia berkata,
“Nabi SAW pernah memukul (peminum khamar) 40 kali, Abu Bakar 40 kali, Umar 80 kali, dan kesemuanya itu adalahSunnah, namun ini (40 kali) yang paling aku sukai.” [Sahih Muslim].
Manakala bagi seorang peminum arak tegar dan telah dikenakan had (disebat) pada setiap kali minum, kemudian masih mengulanginya lagi, sekiranya pihak penguasa memandang perlu bahawa ia dibunuh, maka hal itu boleh dilaksanakannya. Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika ada seseorang mabuk (kerana minum arak), maka deralah ia, jika ia mengulangi, maka deralah (lagi) ia, jika mengulangi (lagi), maka deralah (lagi) ia’. Kemudian pada kali keempat, baginda bersabda, ‘Jika ia (masih) mengulangi (lagi), maka hendaklah kalian tebas batang lehernya”[Hasan Sahih: Ibnu Majah & Nasa’i].
Sesungguhnya masih banyak hadis-hadis senada lainnya yang menjelaskan jumlah sebatan sebanyak 40 atau pun 80 kali. Perlu diingat bahawa tidak boleh melakukan sebatan dengan jumlah di antara keduanya (41-79),kerana tidak ada nas yang menjelaskan atau membolehkannya. Justeru, hukuman terhadap peminum arak adalah terlalu jelas iaitu sama ada 40 kali atau 80 kali sebatan. Tidak boleh 6 kali dan tidak ada hukuman denda. Malangnya pemimpin, ulama dan sebahagian besar dari umat Islam kini terperangkap dengan isu 6 kali sebatan.
Walhal sesungguhnya hukuman 6 kali sebatan dan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah langsung tidak syari’e. Inilah isu sebenar yang patut dibincangkan oleh umat Islam (yakni) sama ada hukuman tersebut benar-benar bertepatan dengan hudud atau tidak.
Dalam kes ini, jelas bahawa Mahkamah Syariah telah menjatuhkan hukuman buatan manusia (bukannya hukuman Islam) ke atas Kartika.
Sebatan 6 kali adalah undang-undang ciptaan manusia, bukannya undangundang ciptaan Allah. Jika hukuman sebatan adalah sebanyak 39 kali sekalipun, ini tetap undang-undang kufur dan ia amat jauh sekali dari Islam, kerana tidak ada nas yang menetapkannya sebanyak 39 kali. Kita tidak boleh berhujah bahawa ia menghampiri hudud kerana ia langsung bukan hududullah.
Sama dengan kes zina di mana jika penzina dijatuhkan hukuman sebat 99 kali, maka ini sesungguhnya bukan hukuman Allah dan langsung jauh dari hukuman Allah, malah adalah satu bid’ah jika ia dikatakan dari Islam. Begitu juga dengan denda RM5,000. Ini adalah undang-undang ciptaan akal manusia, bukannya undang-undang yang datang dari wahyu!
Sayang sekali tidak ada seorang pun yang mempertikaikan hukuman denda ini walhal ia sama sahaja statusnya dengan hukuman 6 kali sebatan, kedua-duanya adalah batil kerana bertentangan dengan nas-nas yang qath’ie.
Adapun dari aspek kaifiyat (cara) bagaimana hukuman dijalankan, hudud itu tidak dijatuhkan kecuali bagi orang yang sudah baligh dan berakal, baik lelaki atau wanita, baik muslim mahupun zimmi.
Orang yang dikenakan hudud tidak ditelentang atau ditelanjangkan ketika hukuman dijatuhkan. Hal ini berdasarkan perkataan Ibnu Mas’ud, “Dalam agama kami tidak ada penelentangan, pengikatan, juga tidak ada penelanjangan”.
Tidak diperkeras pukulannya, yakni tidak memperkeras sebatan, sebab yang dimaksud di sini adalah mencegah untuk mencederakannya. Pemukul juga tidak boleh mengangkat tangannya hingga terlihat ketiaknya. Hendaknya berusaha untuk memukul badan.
Wajib menjaga kepala, wajah, kemaluan serta anggota badan yang boleh mematikan (bila dipukul) seperti jantung dan testis. Pemukulan terhadap organ tersebut kadang-kadang boleh mengakibatkan kematian atau melenyapkan fungsi organ tersebut. Kaum wanita diperlakukan sebagaimana lelaki akan tetapi dipukul dengan posisi duduk. Ali ra berkata,
“Perempuan dipukul dengan (posisi) duduk, (sedangkan) lelaki dengan berdiri” [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki].
Demikianlah serba sedikit kaifiyat hukuman yang dapat diterangkan di dalam ruang yang serba terbatas ini.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Tidak menjalankan hududullah merupakan satu kemaksiatan besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau
menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti.
Kartika ini menjadi salah satu dari ribuan bukti bagaimana hukum Allah dicampakkan sewenang-wenangnya oleh pemimpin sekular dan menjadi bukti betapa tidak syariahnya Mahkamah Syariah.
Apakah kita masih mahu membiarkan pemimpin yang rosak dan sistem yang rosak ini terus menaungi kita? Apakah kita masih tetap mahu berpeluk tubuh melihat agama Allah diperkotak-katikkan oleh golongan sekular?
Terima Kasih ya sahabat atas penjelasan.. - Anak Sungai Derhaka
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
GADIS 15 TAHUN TAK TAHAN NAK KAHWIN
بسم الله الرحمن الرحيم
Gadis pintar: 'Tunai janji lepas nikah'
LANGKAWI: “Apa saja yang berlaku, saya mahu Halimaton terus bersekolah,” kata Normah Abd Mutalib, 46, ibu kepada Halimaton Abd Rashid, 15, yang akhirnya dibenarkan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Mohamad Noor Abdullah, 19, apabila keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menikahkan mereka dalam tempoh terdekat ini selepas berbincang selama tiga setengah jam, di sini, awal pagi semalam.
Normah ketika ditemui semalam, turut berpesan kepada bakal menantunya itu supaya menunaikan janjinya iaitu membenarkan Halimaton, antara pelajar terbaik UPSR Kedah 2007, terus bersekolah walaupun sudah bergelar isterinya.
“Saya juga mahu Halimaton ingat ketika saya mendukungnya ketika kecil dan membawanya ke kebun getah ketika saya menoreh... dialah harapan untuk mengubah nasib keluarga kami dan saya tidak mahu hasrat itu terbantut,” katanya.
Normah kelihatan tertekan dan kusut dengan situasi itu, tetapi reda dengan apa yang berlaku.
“Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. Sebelum ini dia anak yang baik dan tidak pernah keluar rumah, tapi tiba-tiba jadi macam ini dan saya langsung tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya.
Perbincangan disertai Normah dan beberapa saudaranya bersama keluarga Mohamad Noor yang diwakili ibunya, Azizah Senapi, 49, dan bapa tirinya, Abd Razak Md Hashim, 51, diadakan di rumah Ketua Pemuda Umno Langkawi, Norsaidi Nanyan, di sini.
Ia berakhir pada jam 2.04 pagi dengan kedua-dua pihak bersetuju pasangan remaja itu dikahwinkan selepas urusan pentadbiran termasuk kebenaran Mahkamah Syariah Baling diperoleh dan turut disertai Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Khairul Azhar Abdullah yang menyaksikan kedua-dua pihak bertolak ansur.
Terdahulu, perbincangan peringkat pertama di hadapan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Ismail Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di antara jam 10.30 malam hingga 11.45 malam kelmarin menemui jalan buntu.
Normah juga dilihat hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas perbincangan peringkat pertama di IPD Langkawi dalam suasana tegang gagal.
Malah, turut berlaku situasi tegang di pekarangan IPD Langkawi ketika Halimaton mahu dibawa ke rumah Norsaidi apabila remaja terbabit menjerit dan memarahi sekumpulan jurugambar media dengan berkata, “Awat, Kodak banyak sangat ke?” Ketika mahu dibawa ke rumah berkenaan, Halimaton juga enggan menaiki kereta bersama ibunya, sebaliknya mahu menaiki kereta lain bersama ibu Mohamad Noor. Bagaimanapun, remaja terbabit akhirnya mengalah apabila diminta saudaranya supaya menemani ibunya.
Halimaton sebelum ini dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 11 hari lalu. Dalam tempoh itu, gadis yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling itu tinggal bersama keluarga Mohamad Noor di Kampung Kisap, di sini.
Halimaton sebelum ini ketika ditemui berkata, dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan Mohamad Noor dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Norsaidi ketika ditemui berkata, perbincangan yang menyaksikan situasi menang-menang itu turut memutuskan supaya Halimaton akan meneruskan persekolahan selepas dikahwinkan dengan pemuda pilihannya dan ia adalah janji dibuatnya sendiri.
“Selain itu, kedua-dua pihak juga masing-masing bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat selain memberi komitmen tinggi untuk memastikan apa yang diputuskan malam ini menjadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Khairul berkata beliau bersyukur kerana perbincangan yang berlangsung dalam suasana tegang pada peringkat awal berakhir elok selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk mengahwinkan pasangan berkenaan.
“Insya-Allah saya akan balik ke Baling dan berbincang lanjut dengan bapa Halimaton selaku wali untuk selesaikan urusan permohonan nikah di Pejabat Agama Daerah Baling kerana dia masih di bawah umur.
“Kalau urusan (memperoleh kebenaran Mahkamah Syariah) selesai hari ini (semalam), rombongan lelaki dari Langkawi akan bertandang ke Baling pada Ahad ini"
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Friday, April 2, 2010
RAKYAT DIUTAMAKAN MATI DAHULU
بسم الله الرحمن الرحيم
Anak dakwa ibu dibiar 30 minit tanpa rawatan.
KUCHING: Seorang wanita mendakwa ibunya yang sedang kritikal dibiarkan hampir 30 minit di lorong Wad Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan tidak dihiraukan kakitangan perubatan yang bertugas ketika itu sehingga meninggal dunia akibat lewat menerima rawatan. Safinah Dinel, 29, dari Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, dekat sini, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari 16 Mac lalu, ibunya, Rakiah Bujang, 66, diarah menjalani pemeriksaan X-ray di hospital berkenaan bagi mengesan jika ada ketumbuhan pada paru-parunya. Beliau berkata, ibunya sebelum itu dimasukkan ke hospital pada 7 Mac kerana paru-paru berair, tetapi kembali stabil sembilan hari kemudian dan mampu bergerak sendiri serta dijangka dibenarkan keluar hospital selepas menjalani pemeriksaan X-ray berkenaan.
“Saya turut mengiringi ibu ke wad kecemasan menaiki ambulans hospital namun jururawat yang sepatutnya bersama kami di belakang, duduk di depan bersama pemandu. Sejurus tiba di wad kecemasan, ibu tiba-tiba sesak nafas dan meminta bantuan alat sokongan pernafasan. “Bagaimanapun Penolong Pegawai Perubatan (MA) yang bertugas sekadar melihat. Ada beberapa MA di kaunter wad kecemasan tetapi mereka tidak menghiraukan rayuan saya supaya rawatan segera diberikan kepada ibu,” katanya ketika ditemui, semalam. Safinah berkata, seorang doktor muncul kira-kira 30 minit kemudian dan mengarahkan ibunya segera dibawa mendapatkan rawatan, tetapi Rakiah yang turut menghidap diabetis dan kanser disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari berkenaan dipercayai akibat serangan jantung.
“Doktor bertugas memaklumkan ibu meninggal dunia sebelum sempat dimasukkan ke wad kecemasan. Apa yang saya kesalkan, kakitangan perubatan di wad itu tidak berbuat apa-apa, manakala pemandu ambulans pula menyuruh ibu yang kritikal segera turun dari pengusung kerana tidak mahu menunggu lama.
“Kami reda dengan pemergian ibu namun apa yang mengecewakan adalah cara layanan kakitangan hospital yang membiarkan arwah di lorong kecemasan walaupun keadaannya kritikal,” katanya yang bagaimanapun tidak bercadang mengambil tindakan lanjut kerana menerima kejadian itu sebagai takdir.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zulkifli Jantan, ketika dihubungi meminta Safinah membuat laporan kepada pihaknya agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan.
"Kita memerlukan laporan mengenai kejadian ini dan saya jamin ia akan disiasat sebelum sebarang tindakan dapat diambil. Berdasarkan maklumat awal daripada media, dakwaan ini agak mengejutkan kerana HUS mempunyai kakitangan secukupnya bagi mengendalikan kes kecemasan," katanya.
Sumber : Berita Harian, 28/03/2010
Inilah Nasib Rakyat Dalam Dunia Kapitalisme
Di dalam dunia Kapitalisme jika anda ingin mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik maka anda perlu ada wang. Jika tidak, mungkin anda akan menerima nasib yang sama seperti kisah warga emas di atas. Pihak hospital tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana ia juga berkaitan dengan bilangan kakitangan dan kemudahan yang diperuntukkan kepada mereka oleh kerajaan Kapitalisme. Jika dibandingkan dengan peruntukkan dan penyelewengan di sektor lain, kerajaan yang memerintah terbukti gagal (atau enggan?) menyalurkan peruntukkan yang lebih wajar untuk rakyat di dalam perkhidmatan kesihatan. Bak kata pepatah: ’sekadar melepas batuk di tangga’.
Cuba bayangkan, apakah perasaan kita jika berada di pihak si anak arwah warga emas di atas? Dalam dunia Kapitalisme segala-galanya berorientasikan untung dan manfaat semata-mata. Kes di atas adalah sebahagian daripada kisah suka dan duka yang dialami oleh warganegara yang hidup di dalam dunia yang menerapkan Kapitalisme sebagai sistem kehidupan. Hatta negara Kapitalisme besar dunia iaitu Amerika sendiri yang kononnya adalah negara yang menjunjung hak asasi manusia juga tidak terlepas dari krisis kesihatan ini. Saat ini di Amerika, perkhidmatan kesihatan tidak dilihat sebagai suatu tanggungjawab yang wajib disediakan secara percuma oleh negara tetapi ianya dilihat sebagai hak istimewa. Rakyat perlu mempunyai insuran kesihatan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Cerita yang hampir sama dapat kita temui di dalam kebanyakan negara Kapitalisme.
Alangkah sengsaranya hidup di dalam dunia Kapitalisme? Keadaan ini tidak akan kita dapati di dalam Daulah Islamiyyah, negara Khilafah. Sejarah kegemilangan Khilafah di dalam mengurusi kehidupan rakyatnya termasuklah di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan telah menjadi bukti yang cukup jelas bahawa Khalifah akan melaksanakan suatu polisi kesihatan yang terbaik untuk rakyatnya kerana ia menyakini bahawa tanggungjawab untuk mengurus urusan umat ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak dan bukan hanya semata-mata untuk menjaga dan melindungi dirinya daripada kritikan rakyat di bawah jagaannya. Catatan sejarah membuktikan semasa kegemilangan Khilafah pada zamannya, Khalifah telah menyediakan banyak hospital kelas satu dan doktor di beberapa bandaraya: Baghdad, Damaskus, Cairo, Jerusalem, Alexandria, Cordova, Samarkand dan banyak lagi. Bandaraya Baghdad sendiri memiliki 60 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalaman dan juga sebagai pesakit luar dan memiliki lebih dari 1000 orang doktor.
Hospital seperti Bimaristan al-Mansuri, yang didirikan di Cairo pada tahun 1283, mampu menampung seramai 8000 orang pesakit dalam satu-satu masa. Ada 2 orang pembantu hospital untuk setiap pesakit yang bertugas untuk membantu pesakit agar mendapatkan layanan yang terbaik dan kemudahan yang secukupnya dan setiap pesakit mendapat ruang tidur dan tempat makan sendiri. Para pesakit yang ditahan di hospital mahupun pesakit luar diberi makanan dan ubat secara percuma.
Di samping hospital, klinik bergerak juga ada disediakan untuk memberikan rawatan perubatan kepada golongan cacat dan penduduk yang tinggal di kampung-kampung. Khalifah Al-Muqtadir Billah, memerintahkan bahwa setiap klinik bergerak mesti melawat setiap kampung dan berada di sana selama beberapa hari sebelum pindah ke kampung berikutnya. Inilah sebahagian dari tinta emas yang tercatat didalam sejarah kegemilangan Khilafah Islam. Maka dengan itu sudah sampai masanya Khilafah itu memimpin dunia.
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
DUA REMAJA ISLAM RENTASI SELAT MELAKA
بسم الله الرحمن الرحيم 
TELUK KEMANG, 28 Mac – Sepasang adik beradik hari ini melakar sejarah manis apabila berjaya melengkapkan renangan tanpa henti merentasi Selat Melaka sekali gus mengukir nama dalam Malaysia Book of Records bagi kategori berasingan. Zahra Ma‘soumah Abdul Halim, 18, dan Salman Ali Shariati Abdul Halim, 12, melengkapkan renangan sejauh 60 kilometer (km) bermula dari Tanjung Medang, Pulau Rupat, Indonesia dan berakhir di pantai Batu 4 dekat sini. Salman yang memulakan renangan kira-kira pukul 1.20 petang semalam itu tiba di sini pada pukul 12.20 tengah hari dengan catatan masa renangan 23 jam. Hasil kejayaan itu, Salman kini memegang rekod sebagai perenang termuda bagi jarak jauh.
Sementara itu, Zahra yang memulakan renangan kira-kira pukul 1.40 petang dari Pulau Rupat berjaya menamatkan renangan dengan masa sama iaitu 23 jam apabila tiba pukul 12.40 tengah hari. Bagi Zahra, kejayaan itu menjadikan dirinya sebagai wanita pertama negara ini untuk berenang jarak jauh.
Menurut Salman yang sudah dua kali mengukir nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), kejayaan tersebut merupakan renangan peringkat antarabangsa yang berjaya ditamatkan olehnya. ‘‘Saya gembira dan bersyukur kerana selamat pulang dan tidak menghadapi sebarang masalah ketika ingin melengkapkan renangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata Zahra pula, walaupun keletihan tetapi kejayaan tersebut amat bermakna bagi dirinya kerana Selat Melaka merupakan salah satu lokasi sasaran dalam ekspedisi renangan samudera ekstrem lima benua (5XOE). ‘‘Selat Melaka merupakan selat yang tersibuk di dunia dan kejayaan ini amat berharga buat saya dan saya mempunyai empat lagi destinasi renangan untuk dilengkapkan,” katanya. Ditanya mengenai cabaran sepanjang mengharungi laut Selat Melaka selama 23 jam, dua beradik itu memberitahu, cuaca menyebelahi mereka tetapi arus kuat membuatkan mereka sedikit tersasar serta melambatkan renangan.
Dalam pada itu, bapa mereka, Dr. Abdul Halim Manaf yang memantau renangan kedua-dua anaknya itu ketika ditemui memberitahu, beliau bersyukur kerana mereka berjaya menamatkan renangan dengan selamat. ‘‘Semalam saya dimaklumkan bahawa cuaca diramalkan hujan dan ribut, bagaimanapun ia tidak berlaku dan saya amat bersyukur .
‘‘Namun, arus laut amat kuat sehingga menyebabkan jarak renangan yang sepatutnya hanya 50km menjadi 60km ekoran tersasar,” jelasnya.
Tambah Abdul Halim, selepas ini, kedua-dua anaknya itu akan cuba mencipta rekod baru dengan berenang merentasi Selat Cookes, New Zealand; Selat Jibrata, Spain- Morocco;
Selat Inggeris dan Lautan Trans Alantik (benua Amerika - benua Eropah). Sementara itu, wakil MBR, Azrene Abd. Manap ketika ditemui mengesahkan keputusan dan catatan masa itu.
Sumber: Utusan Malaysia, 28/3/2010
Rentasan Yang Bermakna dan Yang Tidak Bermakna
Pada tahun 711 Masihi, seorang panglima tentera laut Khilafah Umayyiah, Thariq bin Ziad dengan sejumlah kapal perang dan kelasi-kelasi beliau yang berketurunan Afrika melakukan rentasan menyeberangi Jabal Thariq (Selat Gibraltar) yang menjadi titik permulaan tamadun Islam yang cemerlang dan gemilang di Andalusia (Sepanyol) selama 800 tahun lamanya. Beliau mengarahkan tentera-tentaranya membakar kapal-kapal mereka sebaik sahaja mendarat di bumi Andalusia sebab mereka tidak berhajat untuk berundur balik ke benua Afrika, tetapi mereka telah memberikan diri mereka dua pilihan, sama ada berjuang membuka wilayah Andalusia kepada Islam atau mati syahid di dalam peperangan. Akhirnya mereka menang di dalam peperangan tersebut dan bermulalah sejarah penguasaan Islam di bumi Eropah yang menyaksikan Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang menjadi lampu penyuluh kepada seluruh benua Eropah yang berada di dalam zaman kegelapan sesudah kejatuhan empayar Rom. Sehingga sekarang selat yang direntasi oleh beliau dengan bala tentera lautnya dikenali sebagai Jabal Thariq atau Selat Gibraltar, dan nama Thariq terpahat di dalam sejarah Islam sebagai penglima tentera laut yang amat mahsyur dan ternama.
Perbezaan rentasan yang dibuat oleh Thariq adalah menggunakan kapal perang, sementara rentasan yang dibuat oleh kedua adik beradik tersebut menggunakan kekuatan fizikal mereka. Perbezaan keduanya adalah rentasan yang dibuat oleh Thariq adalah sungguh bermakna di dalam sejarah Islam sebab ia membawa kepada titik permulaan kepada tamadun Islam di benua Eropah. Sementara rentasan yang dibuat oleh kedua adik-beradik tersebut hanya mahu mendapat nama di dalam Malaysian Books of Records. Paling penting sekali ialah untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia yang bersemangatkan “Malaysia Boleh” pun boleh berenang jarak jauh merentas lautan yang luas tetapi sayang, apa yang dilakukan itu di sisi Allah adalah tidak bermakna sebab ia sedikit pun tidak dapat membela atau membawa kepada perlaksanaan hukum Allah di mukabumi ini.
Sesungguhnya generasi muda di dalam Islam adalah golongan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sangat penting di dalam melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini. Pada awal perkembangan Islam di Makkah, sebahagian besar individu-individu yang memeluk Islam seperti Ali Abi Thalib, Jaafar Abi Thalib, Talhah, Arqam, Zubair, Abdullah Mas’ud dan Saad Abi Waqqas berumur hanya belasan tahun atau kurang dari belasan tahun, dan merekalah pemuda-pemuda yang telah menggerakkan dakwah sehingga Daulah Islam yang pertama tertegak di Madinah.
Generasi muda juga menjadi sasaran Barat untuk melemahkan Islam, sebab Barat mengetahui bahawa sebahagian besar penduduk di negara umat Islam terdiri daripada golongan ini. Oleh itu, golongan tersebut selalu disibukkan dengan perkara-perkara yang mengasyikkan seperti hiburan, muzik, filem yang tidak mendatangkan faedah dan jauh sekali daripada perjuangan untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini.
Wa Allahu A’lam.
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PEKASAM IKAN PUYU
بسم الله الرحمن الرحيم 
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (boleh pelbagai jenis ikan).
CARA-CARA
1)Ikan disiang serta di cuci sebersi-bersihnya dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.
7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.
*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.
Tambahan:
Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 'SELAMAT MENCUBA' - Sumber
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
YB HAMIDAH YANG BANGANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Hamidah "Menipu" Anak Yatim?
MERIAH Program Sukaneka Surau Al-Falah tetap meriah dan mendapat sambutan hangat dari penduduk walaupun tanpa sumbangan dari YB Hamidah.
Taman Song Choon, Ipoh - Sama ada disengajakan atau tidak, tindakan Umno Gopeng berserta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman (gambar kiri) meminta anak-anak yatim dari rumah Darussalam Simpang Pulai untuk datang ke program yang dibatalkan amat dikesali.
Kejadian tersebut berlaku semasa program "Moh Ke Surau" anjuran Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Song Choon yang diadakan pada 28 Mac yang lepas. Kehadiran anak-anak yatim tersebut walaupun tanpa jemputan rasmi telah menyebabkan AJK surau dan AJK pelaksana program tidak mampu menyediakan persiapan sepatutnya kepada anak-anak yatim tersebut.
" Kami agak kesal kerana tidak mampu menyediakan jamuan istimewa kepada anak-anak ini kerana tiada siapa yang memaklumkan tentang kehadiran mereka" Kata En. Zulkifli Tafsiron, Pengerusi Surau Al-Falah Taman Song Choon.
Persoalan siapa yang menjemput mereka akhirnya terjawab apabila wakil dari Rumah Anak Yatim Darussalam memberitahu mereka diminta hadir oleh wakil YB Hamidah ke program anjuran Umno dan mereka tidak dimaklumkan tentang pembatalan program tersebut. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana tindakan tidak wajar dari umno.
" Kami amat mengalu-alukan kedatangan anak-anak ini, tetapi kami agak kasihan kepada mereka kerana tiada jamuan istimewa kerana pihak kami tidak dimaklumkan awal tentang kehadiran mereka " Kata En. Nazmi, Timbalan Pengarah program tersebut. Beliau menambah lagi akibat dari tindakan umno tersebut ada di kalangan anak-anak yatim tidak mendapat makanan kerana kehadiran di luar jangka dari penduduk tempatan.
Walaubagaimanapun, pihak AJK surau Al-Falah telah mengambil keputusan untuk menyiapkan lauk bagi jamuan malam anak-anak yatim tersebut. Beberapa orang wakil surau telah bertemu pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut untuk menyerahkan sumbangan dan juga memohon maaf atas kekurangan layanan kepada anak-anak yatim pada program tersebut akibat tindakan tidak wajar dari YB Hamidah. - dppgopeng
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Thursday, April 1, 2010
SKANDAL SEKS GEREJA DIBONGKAR
بسم الله الرحمن الرحيم .jpg)
WASHINGTON 25 Mac - Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times. Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan. Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan tersebut. ''Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi bermaruah,'' kata Murphy kepada bakal pope itu. ''Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.
''Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih menjadi paderi,'' kata akhbar itu. Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974.
Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada akhbar berkenaan. Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan Switzerland sedang sibuk diperkatakan. Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri. Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi. Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani skandal yang semakin menular itu. Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. - AFP
Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah menzalimi kanak-kanak malang. Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes berkenaan dan menolaknya.
Sumber : Utusan Malaysia, 26/03/2010
Ajaran Yang Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Jika kita mengikut perkembangan isu yang melibatkan perlakuan seks luar tabii paderi-paderi itu, kita dapati seolah-olah ia hanya suatu kesalahan individu dan tiada yang silapnya pada agama Kristien. Ajaran agama Kristien yang menetapkan bahawa para rahib mereka tidak dibolehkan berkahwin dengan alasan untuk mengabdikan diri kepada Allah adalah jelas bertentangan dengan fitrah penciptaan manusia.
Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan khasiat yang sempurna. Khasiat tersebut adalah ketetapan pada setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT. Khasiat tersebut termasuklah seperti keperluan jasmani dan naluri (gharizah). Kesemua khasiat ini mempunyai potensi yang akan menggerakkan manusia. Justeru ia memerlukan pemenuhan dan jika tidak dipenuhi, ia bertentangan dengan fitrah penciptaan Allah. Jadi, peraturan yang ditetapkan oleh ajaran Kristien itu sebenarnya adalah aturan yang diadakan-adakan oleh para rahib mereka dan bukannya perintah daripada Allah SWT firman Allah SWT:
“Kemudian Kami iringi (sesudah mereka) Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan) ‘rahbaniyyah’ merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik - derhaka". [TMQ Al-Hadid (57):27]
Sedangkan Islam diturunkan bukan bersifat mengekang kemahuan manusia, bahkan ia ada menetapkan sebilangan hukum-hukum berkaitan sistem pergaulan (Nidhamul Ijtima’e) yang menjelaskan tentang tatacara hubungan lelaki dan wanita, perkahwinan, kekeluargaan dan penjagaan anak. Kesemuanya itu bertujuan untuk mengatur pemenuhan naluri yang berhubungan dengan naluri seksual dan kekeluargaan (gharizatul nau’) seseorang manusia. Bukan itu sahaja, ia merupakan perintah yang mesti diikuti dan jika enggan, itu akan menyebabkan kehidupan manusia rosak, bahkan akan mendapat balasan daripada Allah SWT di hari akhirat kelak.
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..