Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, February 21, 2011

REVOLUSI BERMULA

بسم الله الرحمن الرحيم

Masturah, calon Pro-M Universiti Malaya hilang telah dijumpai.

Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar yang dikatakan hilang ditemui selepas berapa siri kempen pilihan raya kampus di universiti itu.Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarga dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut.

UNIVERSITI MALAYA: Kempen hari terakhir Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (PRK UM) digemparkan dengan kehilangan seorang calon umum daripada Pro-Mahasiswa iaitu saudari Masturah Binti Abu Bakar.Kehilangan saudari Masturah di laporkan berlaku petang semalam ketika beliau pergi ke kedai membeli top-up di Pantai Permai bersama seorang junior dan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan.Sebelum ini saudari masturah pernah diugut oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan laporan polis sudah buat berkaitan kehilangan beliau.

Saudara Farid Jalpah yang juga merupakan Pengerusi Pro-Mahasiswa mengulas dengan berkata pihak mereka sedang giat mencari Masturah dan telah meminta bantuan daripada rakan-rakan yang berada di sekitar Pantai Permai dan sekelilingnya.

Beliau berharap rakan-rakan yang lain dapat turut serta mendoakan keselamatan saudari Masturah dan sama-sama berusaha mencari beliau. Beliau juga berharap pihak pentadbiran Universiti Malaya mengambil berat akan masalah ini kerana ianya melibatkan pelajar Universiti Malaya.

“setakat ini kami sudah membuat laporan polis dan polis sedang berusaha mengesan kehilangan beliau,saya harap kita sama-sama berdoa semoga beliau dapat ditemui secepat yang mungkin”.

Satu sidang media akan di buat di Gazebo pada pukul 4 petang ini berkaitan kehilangan saudari Masturah dan semua mahasiswa dijemput hadir bagi memberikan sokongan kepada keluarga Masturah berkaitan kehilangan beliau. - umkini.com


UNIVERSITI MALAYA: Ugutan demi ugutan diterima oleh calon Pro-Mahasiswa sejak hari pertama kempen Pilihanraya Kampus Universiti Malaya lagi. Sehingga malam ini sudah 4 orang calon umum Pro-Mahasiswa di ugut melalui Mesej Pesanan Ringkas (SMS). Antara calon umum yang mendapat ugutan itu adalah Masturah Bt Abu Bakar (u14),Hawari Zakaria (u15),Nadzirah Bt Majed (u16) dan yang paling terbaru saudari Adawiah (u08).

Taktik kotor pihak yang tidak bertanggung jawab itu dilihat sangat terdesak untuk menjatuhkan moral calon-calon umum yang bertanding. SMS berbaur ugutan dan ancaman kepada calon itu juga dilihat seperti dihantar oleh orang yang sama dan apabila dihubungi panggilan tidak dijawab.

Terdapat ugutan yang mengancam calon akan diapa-apakan sekiranya masih meneruskan kempen di kolej kediaman.

Laporan polis bagi keempat-empat ugutan itu sudah dibuat tetapi pihak polis masih berusaha mencari dalang disebalik ugutan itu. Pengerusi Pro-Mahasiswa ketika ditemui mengulas berkenaan isu ini dengan menegaskan bahawa tindakan kurang bijak seperti itu hanya mengundang padah kepada si penghantar.

“saya harap pihak polis dapat mencari dalang di sebalik ugutan dan ancaman ini secepat mungkin kerana saya tidak mahu lebih ramai lagi calon yang akan di ugut” tegas beliau.

Beliau juga mengesa dengan berkata pihak pentadbiran sepatutnya mengambiil tahu akan masalah ini dan segera mengambil tindakan.tetapi pihak pentadbiran seakan-akan menyepi dan tidak campur tangan langsung dalam hal ini.

Setakat ini di peringkat calon Penggerak Mahasiswa tidak kedengaran langsung berkaitan masalah di ugut ataupun di ancam,ianya hanya berlaku di pihak Pro-Mahasiswa

UNIVERSITI MALAYA 19 Feb: Kempen hari kedua sempena Pilihanraya Kampus Universiti Malaya sesi 2010/2011 tidak sunyi daripada ugutan yang dilemparkan kepada individu yang bertanding. Sebentar tadi UmKini mendapat satu maklumat bahawa calon umum iaitu Saudari Masturah Binti Abu Bakar telah diugut melalui SMS.

Sms itu yang berbaur kata-kata ugutan berbunyi seperti ini ” Woi celaka!! jaga skit perangai kau 2,kami dah lama prhati kau,siapla kau lepas ni.kau ingt kau bagus sngt”. Dan nombor yang tertera adalah daripada rangkaian Maxis.

Sebelum ini, terdapat juga pihak yang tidak bertanggung jawab telah menghantar satu SMS kepada duta Pro-Mahasiswa yang memberi amaran supaya menarik diri daripada bertanding dalam PRK UM kali ini.

Suasana kempen secara ugutan tidak sihat seperti ini sedikit sebanyak merencatkan status Universiti Malaya sebagai Universiti terkemuka di Malaysia.Saudara Masturah turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak yang tidak berani bersemuka dan hanya mengugut melalui sms.

” Saya tidak bimbang dengan ugutan murahan seperti ini, bagi saya kalau dia berani mari bersemuka dan berbincang apa masalah yang dia hadapi” ulas beliau.

Setakat ini Saudari Masturah belum membuat sebarang laporan polis kerana masih sibuk berkempen di kolej-kolej kediaman.UmKini dimaklumkan beliau akan membuat satu laporan polis berkaitan ugutan itu petang nanti.

Prk Universiti Malaya terkenal dengan perlawanan antara dua pihak iaitu Penggerak Mahasiswa dan juga Pro-Mahasiswa sejak dari dahulu lagi. Kedua-dua belah pihak agresif dalam memperjuangkan hak-hak mahasiswa di Universiti Malaya.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: