Ayooo...Chua Jui Meng Minta Maaf Dengan PAS..??

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.
Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.
“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.
“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.
Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu. - tranungkite
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
2 comments:
Sekarang ni ramai yg bukan Islam telah bersunat selepas kajian sains membuktikan kebaikannya untuk kesihatan.
Org melayu, cina & india malah boleh dikatakan ramai golongan muda sudah tidak mudah ditipu atau ditakut-takutkan dengan Islam. Hanya org meLAYU saja yg masih mudah ditipu.
aaahhh..
dr segi kesihatan mmg bagus kan llki2 tu bersunat n kalu x makan 'bab*' ni lagi ok sbb kureng sikit bala.. x der lee sakit plik2 .. nipah aa, jaappanese ..., isshh apa laa.. ramai doktor dr bangsa mereka tp nape x dapat nak sedar2 kan depa yg makan bab* tu x bagus utk kesihatan...
Post a Comment