
Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan. Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara bergotong-royong. Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter.
Seorang pekerja terlibat, Ramli Rahim, 48, berkata, seramai enam kakitangan dari kumpulan fasiliti, DLO Green Tech terlibat melakukan kerja berkenaan. Menurutnya, mereka mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan kerja berkenaan dengan menggunakan simen.
“Kita terpaksa lakukan sendiri selepas masalah ini langsung tidak diambil peduli oleh mereka bertanggungjawab. “Kami semua tidak tahan kerana asyik mendengar rungutan daripada rakan-rakan termasuk daripada perkeja kilang lain yang pernah menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa melakukan kerja berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini, ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja ratusan ringgit untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat melanggar lubang berkenaan. Malah, katanya, dia sendiri pernah menjadi mangsa apabila rim keretanya bengkok.
“Paling ditakuti apabila hari hujan dan lubang berkenaan akan dipenuhi air. Sudah pasti pengguna kenderaan tidak sedar wujudnya lubang berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan terbabit juga mendapati masih terdapat beberapa lubang yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan perlu diperbaiki segera. - Sinar Harian 21 Feb 2011
Note: Kah..kah..kah..kah.. Macam ni rupanya negeri maju. Jalan raya pun kena gotong royong tampal sendiri.. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
1 comments:
patut dorang buat solat hajat kat atas jalan mijntak adun di ikut bekas adun merlimau baru jalan tu akan di perbaiki
Post a Comment