Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, October 22, 2010

MONOREL MELAKA BERHENTI MENGEJUT SELEPAS HANYA 4 JAM DIRASMIKAN

بسم الله الرحمن الرحيم




Ketua Menteri Melaka melancarkan Monorel Sungai Melaka pertama Melaka pada jam 1 petang. Monorel dengan kos RM 16.5 juta menjadi kebangaan Melaka yang hari ini diistiharkan Negeri Maju oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Tetapi tak sampai 4 jam beroperasi monorel tersebut sudah mula bermasalah. Secara tiba-tiba ketika monorel tersebut sedang meluncur di landasan di tepi Sungai Melaka berhenti secara mengejut. Pastinya Ali Rustam terkejut, 20 penumpang di dalamnya juga terkejut dan rakyat Melaka juga terkejut bagaimana projek yang 'belum cukup panas enjin' dah mula menunjukkan masaalah.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Sehingga jam 5.15 petang tadi sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya.

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

Insiden ini sekali lagi mengaibkan rakyat Melaka yang sebelum ini dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang memalukan. Sebagai anak Melaka saya mengharapkan agar monorel Sungai Melaka tidak memasuki senarai koleksi projek gagal, ,membazir dan menghabiskan duit rakyat seperti yang berlaku kepada projek Eye On Malaysia, Litar Go Kart di Ayer Keroh, Projek Pulau Melaka, Perkampungan Artis dan sebagainya.

Note: Ha.. dah betul la tu.. ali ketam ni memang suka mencipta projek. kalau tak macam mana dia nak masyuk. tapi kena ingat la bila banyak kocek nak isi kualiti projek sudah tentu hampeh.. tunggu jer la kot sikit hari kita akan dengar ..20 mati monorel tercabut dari landasan.. kah..kah..kah..kah.. tak percaya ? kalau confirm selamat suruh ali ketem sendiri naik monorel ni... tengok dia nak tak? confirm dia tak nak.. kah..kah..kah..kah...

4 comments:

abid_PM said...

malu2 !

Anonymous said...

my idea....

1st..melaka kn bandar sejarah so...klo di buat bnyak kemajuan dan mende2 canggih ni...hilang lah tapak sejarah di malaysia...

2nd..nmpk nya suma projek ali ketam xleh dipakai...overall idea2 nye..mmg xmasuk dek akal...

R.Hareez said...

Biar projek tak masuk akal asal ongkos masyuk dalam kocek

donk said...

salam
dah begitu pun orang orang melaka tetap dulu kini dan selama lamanya sampai masuk kubur tetap dengan umno bee end nya..dimana diketuai oleh yang dipertua yang tak cerdik..ketua menteri lagi tak cerdik..
kesian orang melaka di tipu sepanjang masa..maju konon..lihat paper metro hari ni..ada satu family melayu tinggal dalam kotak macam reban khinzir..