Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 19, 2010

MAHASISWA WAJAR BERPOLITIK

بسم الله الرحمن الرحيم

Keterlibatan mahasiswa dalam mewarnai arena politik dilihat oleh segelintir pihak tidak kena masanya sehingga menimbulkan pelbagai mekanisme berbentuk kekangan dilaksanakan.Mutakhir ini hak kebebasan mahasiswa bersuara bagai dicabuli.Dilemparkan pula tanggapan dan sindiran sinis sehingga suara mahasiswa dilabel bagaikan anjing menyalak bukit.

Secara konfirmasinya sangatlah wajar mahasiswa berpolitk,lebih-lebih lagi individu yang faham agama dan amal islami secara keseluruhannya walhal bukanlah mengikut mentaliti sekular yang berpasakkan agama separuh dan amal separuh.

Sebagai mahasiswa islam yang berkaliber dan berwibawa, kewajipan bersuara dalam mempertahankan hak dan menolak kemungkaran yang berlaku harus dilaksanakan.Apabila dipandang enteng, akan memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat sekaligus negara itu sendiri.

Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan dalam Al Quran, menurut kisahnya baru berumur sembilan belas tahun ketika memimpin angkatannya.
Beliau memimpin angkatan dalam 'siasah perang' dengan melalui berbagai pengajaran bagi seluruh umat manusia yang bukan sekadar umat Islam.

Rasulullah SAW yang dalam keadaan gering setelah Pembukaan Makkah, telah memilih Usamah bin Zaid RA untuk memimpin angkatan Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Sebelum sempat angkatan itu berangkat, Baginda SAW wafat.

Jelas menurut Sunnah SAW terbukti ada berlaku, dan menurut Al Quran juga berlaku, maka seharusnya mana-mana negara yang merasakan mereka keturunan Islam yang mengambil As Sunnah sebagai 'Way of Life' seharusnya mengambil ini sebagai cara yang harus di ikuti.

Senario politik kini sudah berubah.Pelbagai angin sekular diterapkan.Maka jika golongan intelektual ini disekat dalam kebebasan bersuara,ia akan memberi impak yang lebih buruk pada masa hadapan. Memberikan ruang mahasiswa bergiat dalam politik dapat melahirkan masyarakat yang lebih positif. - zhuliana


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

perkongsian yg mntap..kdg2 mahasiswa dijadikan seakan2 robot yg perlu ikut setiap kata,walhal setiap kata2 itu ada yg baik juga x baik..,menjadi modal insan berfikiran kelas pertama sudah semestinya anjakan paradigma pemikiran berubah dan bukan seperti 'robit' ini.. (^_^)

HASRUL NIZAM said...

setuju ngan artikel ni,
kami mahasiswa bukan robot!

Nas said...

setuju... mahasiswa juga diberi kebebasan berpolitik. fikiran lbh berkembang n tbuke...

zhuliana said...

terima kasih atas blogger bujang susah yg sudi mempamerkan penulisan sy.semoge dgn sedikit pnulisan sy ini dapt memberi impak yang semaksimum munkin bhawa golongan intelektual ini harus kedepan dan tiada sebarang jenayah sekatan besuara dilakukan oleh pihak tertentu. jatuh bangun sebuah negara tertakluk kepada pemikiran dan keterbukaan golongan intelektual.. kalau mcm nila cara nye golongan ini disekat bsuara, x pecayala satu hari nnti negara kita akan jatuh di tangan jiwa2 sekular.

Nas said...

thx zhuliana

zhuliana said...

welkam nas