Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, July 16, 2010

SOLAT JAMAAH DI MASJID LUAR QARIAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Soalan;

Surau dikawasan rumah saya sering tiada jemaah waktu Zuhur dan Asar...Apakah berdosa jika saya melakukan solat berjemaah di Masjid lain semata mata untuk mendapatkan pahala Jemaah? Saya dah berulang kali menasihatkan qariah termasuk Nazir sendiri untuk berjemaah bersama Zuhur asar..tetapi....hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri ...

Jawapan;

Menurut mazhab as-Syafi’ie; Jika seseorang itu berdekatan rumahnya ada masjid dan berjauhan juga ada masjid, namun masjid jauh lebih ramai bilangan ahli jamaahnya, menunaikan solat di masjid jauh adalah lebih baik (afdhal) dari di masjid dekat kecuali bagi dua keadaan;

1. Jika dikhuatiri akan gagal solat jamaah di masjid dekat tanpa kehadirannya seperti ia adalah imam atau orang ramai hanya akan hadir jika dia hadir, maka ketika itu lebih baik baginya menunaikan solat jamaah di masjid dekat walaupun kurang bilangan ahli jamaahnya berbanding masjid jauh.

2. Jika imam masjid jauh adalah ahli bid’ah atau seorang fasiq atau tidak mengiktiqadkan kewajipan beberapa rukun solat, maka lebih baik ia menunaikan solat di masjid dekat sekalipun bilangan ahli jamaahnya kurang.

Jika masjid berhampiran rumahnya tiada didirikan jamaah (yakni jika dia hadir sekalipun tiada jamaah yang dapat didirikan kerana orang lain tidak hadir), menunaikan solat di masjid yang ada didirikan jamaah adalah lebih baik dengan disepakati para ulamak.

Merujuk kepada soalan saudara, jika benar sebagaimana yang saudara katakan iaitu tiada jamaah ketika dua waktu tersebut, adalah lebih baik bagi saudara untuk pergi ke masjid lain yang ada didirikan solat jamaah. Namun saudara tidak boleh membiarkan keadaan berterusan begitu kerana solat jamaah adalah Syiar yang besar dalam Islam yang dituntut oleh Syarak untuk dihidupkan di tengah masyarakat Islam. Sebahagian ulamak menyatakan; ia adalah wajib (yakni berdosa mana-mana lelaki muslim yang meninggalkan solat berjamaah dengan sengaja). Sebahagian menyatakan; ia adalah fardhu kifayah (yakni jika tidak ada langsung orang yang mendirikan solat jamaah dalam satu kawasan, akan berdosalah semua orang Islam di kawasan tersebut). Paling ringan ialah golongan ulamak yang berpendapat; ia adalah sunat muakkad (yakni yang amat-amat dituntut untuk dikerjakan). Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Kifayatul-Akhyar, Syeikh Taqiyyuddin al-Hisni, Kitab as-Solah.
2. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, Kitab as-Solah, bab Solah al-Jamaah.

- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: