Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 11, 2010

PERWAKILAN MIC KECAM PERKASA

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas MCA dan Pemuda Umno, hari ini perwakilan MIC di perhimpunan agung parti itu pula mengecam presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Perwakilan tersebut - S Pulligesi dari Batu Gajah - berkata PERKASA sepatutnya diharamkan sejak awal lagi.

Beliau turut menyalahkan Ibrahim yang didakwanya bertanggungjawab menimbulkan ketegangan kaum di negara ini. Ibrahim, dakwanya, sering mempertikaikan kerakyatan individu yang menimbulkan isu tertentu.

"Tapi siapakah dia untuk menuntut perkara ini?," soalnya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

"Dia boleh cakap apa yang dia mahu (kerana) ada wakil daripada kerajaan yang menyokongnya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu di dalam kerajaan yang didakwa mendukung PERKASA.

Pulligesi seterusnya meminta presiden Datuk Seri S Samy Vellu supaya masuk campur. Beliau memberi amaran, negara akan diancam bahaya sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki. Dalam pada itu, seorang lagi perwakilan menuntut supaya pemimpin yang menyebabkan perpecahan kaum, ditahan bawah ISA.

Wakil Labuan, R Ramasamy berkata perdana menteri perlu segera menahan pemimpin "berlidah tajam" itu - termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan.-mkini


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: