Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 23, 2010

MENTERI MALAYSIA MESTILAH BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

MAAF lah kepala saya jadi panas dengan tiba-tiba bila mendengar Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menyelar Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemberita berhubung Jemaah Islam (JI). Kata Zaid, Anwar tidak sepatutnya memanipulasikan isu berkenaan.

Saya rasa baik Menteri Pertahanan dan juga Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dan juga Menteri Pelajaran tidak berapa masak dalam hal ini. Kalau Anwar tidak masak munasabah, sebab dia ketua pembangkang di mana akan membangkang apa saja tidak kira makanan yang dihidangkan beracun atau lazat.

Kenapa saya kata tidak berapa masak ialah, kenapa mereka mendedahkan isu JI yang kononnya sudah meresap dalam kampus dan mengancam keselamatan negara. Dan seperti mana kata Zahid seorang Profesor Madya terlibat dengan JI.

Saya percaya kalau polis bersama menteri-menteri tidak mendedahkannya, ketua pembangkang tidak akan bercakap. Ketua pembangkang tidak ada modal untuk memanipulasikan isu berkenaan! Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak akan bercakap. Dan rakyat juga tidak akan tahu mengenai hal itu. Bila menteri dan ketua polis dedah baru rakyat tahun yang ada JI di negara ini.

Selalu berlaku demikian. Kerajaan mendedahkan sesuatu tidak sepenuhnya. Dedah sikit-sikit dan samar-samar. Bila pihak pembangkang mempertikaikan mereka akan marah. Kata pembangkang mengambil kesempatan dan jadikan modal politik murahan. Dalam kes JI saya kira baik ketua polis, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan terbaru Menteri Pertahanan tidak payah gatal mulut untuk bercakap. Diamkan saja.

Baru-baru ini polis ada tangkap 10 orang warga asing, kenapa tidak dedahkan identiti mereka dan jelaskan apakah aktiviti dan jenayah yang mereka lalukan. Sejauh manakah penglibatan mereka dalam JI?

Kalau setakat tangkap masuk guni dan tidak ceritakan kepada rakyat ia jadi masalah. Zaman ini zaman segala maklumat tidak boleh disimpan di bawah karpet lagi. Selain polis yang ada kuasa menangkap, rakyat juga ada hak untuk menilai dan menghakimi dengan akal dan otaknya atas prinsip kebebasan. Selalu juga terjadi polis tidak bertindak secara profesional tetapi lebih sedia menjadi lembu mandul dicocok hidung kepada UBN.

Untuk apa Muhyiddin Yassin meminta semua Naib Cencelor jumpa ketua polis negara. Untuk apa pula Zaid sebutkan perkara ini kepada pemberita sambil melanyak bekas ketua kabilahnya? Untuk apa? Untuk apa? Apakah untuk membendungnya atau untuk apa? Apakah dengan cara mendedahkan itu ia boleh dibendung? Atau tiba-tiba saja bila isu JI didedahkan mereka yang cuba menyebarkannya akan berhenti? Begitukah? JI ini bukan calang-calang gerakan. Saya rasa mereka tidak akan berhenti setakat ada menteri mendedahkan kegiatan mereka. Mereka yakin dan komited dengan jihad mereka.

Sebab itu pendedahan menteri dan ketua polis mengenai JI itu tidak begitu jelas dan konkrit. Sebab itulah juga pembangkang membuat andaiannya ia adalah motif dan helah politik. Bahawa kerajaan sengaja menimbulkan itu untuk menakut-nakutkan orang ramai. Menimbulkan kebimbangan. Dan ada benarnya juga kalau ada yang beranggapan kerajaan akan tangkap pemimpin pembangkang atas motif politik.

Kejadian mengkambinghitamkan pihak pembangkang ini bukan baru. Ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam tahun 1986 atau 1987 yang tunjuk perasaan dan menimbulkan isu perkauman para pemuda Umno, yang kena tangkap pemuda Pas. Semua orang masih ingat. Zahid sendiri juga rasanya ada pengalaman mengenai tindakan rakus kerajaan ini tahun 1998 sewaktu reformasi lalu. Apakah pengalaman yang dilalui itu tidak boleh dijadikan iktibar. Jangan munafik?

Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Jangan marahkan orang kalau ada tuduh ada motif di sebalik itu. Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.

Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda Menteri Pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI? Gunalah...

Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malanglah kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib wa nasab.... [wm.kl. 6:00 pm 22/06/10]


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

mannmusa said...

:) ... Malaysia ku sayang, oh Malaysia ku sayang

Hanisham Ab Halim said...

Kesian.. kesian kabinet BN ni. Makin malap tahap memikir....

Anonymous said...

Saya sokong kenyataan mentri Malaysia ramai yang tak cerdik.Cakap ikut sedap mulut,bila orang usik mula nak melenting dan tunjuk kuasa.Yang ada ISA guna ISA.Yang ada kuasa VETO mula memveto dsb.Banyak-banyak kementerian saya rasa sejak tahun 70-an,kementerian pelajaran dan pengangkutan paling TAK CERDIK.Menteri pelajaran dari dulu hingga sekaran tak pernah ada yang cerdik.Pelajaran hasilnya adalah jangka panjang.Bila asyik ubah dasar dan metod,yang huru haranya adalah pelajar dan mak bapak.Tahun 60 an,tak ada UPSR,70 an ada penilaian darjah lima,lepas tu UPSR dan sekarang(dah lama dengar) nak hapus pulak jadi kita balik ke tahun 70 an.Mentang-mentang menteri palajaran tu TPM,jadi dia keiru ini arahan TPM ke arahan Menteri Pelajaran.Para pembodek akan setuju kerana mereka ingat ini arahan TPM.

Dah mula kedengaran suara pembodek-pembodek mengiyakan.Kalau batal pula atas desakan rakyat,maka pembodek ini akan setuju juga.

Menteri Pelajaran dengan segala pengumuman dasar dan kaedah baru menyebabkan sebahagian guru dan ramai murid sekolah tertekan dek arahan untuk mencapai cita-cita jadi Sekolah berprestasi Tinggi lah,Sekolah Contoh lah dan macam-macam lagi.Mana pergi sekolah Wawasan....hanyut....

Kita tunggu Menteri Pelajaran Lain pula apa yang akan diumumkan...saya agak murid-murid tak perlu datang sekolah...belajar dari rumah saja.

sonduk solaie ado said...

Bro bujang

aku ni dah lama tau menteri umno ni otak tahap sifar kalau yang standard pun tahap tepu...baghalnya ya amat

masuk akal ke meletup-letup cerita pasal apco, setanpol kena liwat tetiba jeh keluar JI nak tibai umah ibadat india dan cina...kah kah kah

buat la cita gempak yang lain bagi rakyat boleh percaya...

vell paria said...

aku rasa pemimpin2 PAS yg tak boleh pakai otaknya,ekonomi pundek,modal insan pundek,tau nye kutuk maki je,betulla kata si pascacamarba:)

Anonymous said...

HEHEHE..KESIAN KAMU..ORANG MALAYSIA ?MESTI INDON SENYUM TENGOK KAMU