Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 26, 2010

"FULAMAK..." MENGAPA KAMI MASUK UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم



Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi. Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah. Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya.

Note: Mula2 sekali kami syorkan kamu "fulamak" semua suruh najib tarbiyahkan bini dia suruh tutup aurat. lepas tu suruh dia terbiyahkan anak2 dia jgn buat pesta maksiat. lepas tu jangan halalkan judi. Kamu semua mengaku ulama kan..? fuulamakkk... apa hukumnya negara yang dicanang sebagai negara islam tapi x melaksanakan hudud, kisas dan takzir? xkan fulamak x boleh nak jawab kan... jgn pusing2 kot lain plak nnt.. ok.. suruh la menteri perdana korang tu laksanakan. itu hukum islam tu bukan hukum PAS. jangan jadi setan bisu plak nanti..

Dan sedikit renungan buat para ulama muda dari hamba yg bukan ulama ini.

Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." [TMQ Fathir (35) : 5-6].

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.”- Riwayat Hakim.

Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla.- Riwayat Thabrani dan Hakim.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat).- Riwayat Bukhari dan Nasae’i.

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. - Riwayat Ibnu ‘Adi.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram.”- Riwayat An Nasa’i.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Surah al-ahzab.
66. pada masa muka mereka dibalik-balikkan Dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67. dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar.
68. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka Dengan laknat Yang sebesar-besarnya!". [surah al-ahzab ayat 66,67,68 ]

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”
(Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177).

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan". ( al-An’aam ayat 44).

Wallahualam.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

12 comments:

Anonymous said...

Kenapa baru sekarang baru nak masuk umno n kenapa tak dari dulu lagi mungkin ada apa-apa ni kut

Anonymous said...

Ok fulamak.. dgn pantas ko suruh najib tutup pusat perjudian kat genting tu... amacam.. ada berani ka?

Muara said...

Jangan risau, jangan gundah! Kepada pejuang2 islam biar seratus biar seribu biar sejuta ulama bersama-sama umno, itu tidak menjadi apa-apa kepada gerak-kerja pas kerana posisi ulamak dalam umno lain dan didalam pas lain, jika umno ada ulama tapi duduk tepi dinding, tapi dalam pas atas pentas dan jadi pemimpin... segalanya bergantung kepada pemimpin(kerana dia ulama dialah ketua dalam negeri) maknanya jika nak buat sesuatu akta tak perlu mengadap najib untuk minta izin!
kalau duduk tepi dinding alamak minum air sejuk je la... kalau nak minum milo juga ikut kata bos!

Abuarif said...

Kita berharap mereka yang mengelar diri mereka Ulamak Muda berjaya mengubah landskap UMNO kearah yang benar-benar selari dengan Islam yang syumul.Tiada pelanggaran Hukum Allah,seperti rasuah,penyalahan guna kuasa,aktiviti yang melalaikan ,acara hiburan keterlaluan,judi,pesta arak,riba.

JANGAN jadikan kemasukan dalam UMNO sebagai escapism,mencari tempat berlindung bila buat kesalahan,mendapat habuan dunia(pangkat,harta dan wang ringgit) apa lagi menjadi musuh kepada orang Islam yang lain.

Anonymous said...

mana fulamak2 Amno ni?
xde suara ke?
sonyaf jo...

Anonymous said...

wow! Kelulusan mesir ka? Haha.. Mesir la negara islam yg mcm m'sia, mesir la yg sekat brg2 bantuan ke palestin, mesir la yg tangkap plajar yg bketayap, mesir la ngara yg bskongkol dgn yahudi israel!

Anonymous said...

ops lupe,tp x sume produk kluaran mesir tu x bgus. Ada yg bgus. Yg x bgusnye geng2 yg mnyokong judi,rasuah,arak n apno.

Anonymous said...

wow! Kelulusan mesir ka? Haha.. Mesir la negara islam yg mcm m'sia, mesir la yg sekat brg2 bantuan ke palestin, mesir la yg tangkap plajar yg bketayap, mesir la ngara yg bskongkol dgn yahudi israel!

Anonymous said...

Assalamualaikum...
bersama2lah kita husnul zon..
SAMA2LAH KITA PERJUANGKAN ISLAM!
bukannya perjuangkan parti atau negeri..
wassalam...

Anonymous said...

ulamak PAS dayus dgn DAP..

art said...

Yang sebenar nya Budak budak hingus ni cuma nak gunakan umno sebagai platform untuk menyebarkan fahaman wahabi. SEmua tu muka muka wahabi.

Anonymous said...

Whatever la u all... asalkn ingat Maha Pencipta kita semua.. jgn slahkn pihak lain sj... kalau rasa diri 2 btol.. Alhamdulillah... Umno ke pas ke dap ke kita semua hamba Allah.. x sorg pn akn trlepas dri siksaan di akhirat kelak.. wallahualam....