بسم الله الرحمن الرحيم
Amalan Sial Pegawai Polis Menjadi-Jadi !!!
"SANDAKAN: Anggota Polis hari ini di dakwa sebagai dalang bertanggungjawab disebalik kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mendapatkan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya yang diadakan di negeri Sabah.
Demikian beritahu Presiden Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah [SAKAG] Sabah, Haji Masmin Kadad, ketika mendedahkan kepada media dalam satu lawatan beliau ke Kalabakan baru-baru ini.
“Saya mendapat laporan daripada orang awam yang mengadu kepada saya bahawa PATI dari Pulau Sebatik dihantar oleh anggota keselamatan ke Kalabakan dengan membayar pihak anggota keselamatan sebanyak RM350 untuk menjamin mereka masuk dengan selamat ke Sabah,” beritahu Haji Masmin.
Dakwanya lagi, selain menjadikan daerah Tawau sebagai tempat operasi, mereka turut menjadikan Kalabakan dan Lahad Datu sebagai pintu masuk PATI sehingga mencecah 1,000 orang PATI setiap bulan.
Pegawai polis mampu kaut beratus ribu sebulan
“PATI ini sanggup membayar kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa.
“Berdasarkan jumlah PATI yang masuk ke Sabah melalui Kalabakan dan Lahad Datu seramai antara 500 sehingga 1,000 orang sebulan saya percaya pegawai kanan polis yang terlibat mampu mendapat untung beratus ribu ringgit sebulan,” katanya lagi.
Beliau yang sudah lama membuat pemantauan terhadap keadaan ini turut memberitahu sebelum ini beliau turut menerima panggilan berbaur ugutan agar tidak menghebohkan kepada media dan melaporkan kepada pihak berkuasa.
Beliau turut memberitahu, terdapat agen yang akan mengaturkan bagi mendapatkan pekerjaan di ladang kelapa sawit, pembalakan, kontraktor dan juga pembantu rumah atau bekerja di kedai-kedai dengan gaji serendah RM6.00 sehari dan selepas tiga bulan kemudian mereka boleh memilih kerja sendiri.
Tambah memburukkan keadaan apabila kejadian yang telah berlaku semenjak tahun 1980an lagi ini turut membabitkan pihak yang membantu mereka untuk mendapatkan kad pengenalan dengan harga antara RM2,500 hingga RM5,000 seorang.
PATI bantu BN menang pilihan raya
Beliau juga percaya langkah tersebut merupakan satu modus operandi pihak tertentu bagi membantu parti kerajaan bagi memperolehi undi yang tinggi dalam setiap pilihan raya umum.
“Beginilah cara PATI masuk ke Sabah dan begitu mudah mendapat warganegara Malaysia khususnya dari PATI yang mendapat taraf Bumiputera kelas pertama dan mengundi parti kerajaan dalam pilihan raya,” ujar beliau lagi.
Haji Masmin turut menjelaskan pada 2003, mengikut data tidak rasmi, terdapat lebih 1.7 juta PATI yang telah mendapat Mykad dan menjadi rakyat Malaysia untuk mengundi parti kerajaan dalam pilihanraya umum. - tranungkite
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, February 8, 2011
PUNCA KEBANJIRAN PATI DAN PENINGKATAN JENAYAH
KANDUNGAN MI SEGERA
بسم الله الرحمن الرحيم
Klik pada image untuk besarkan.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, February 7, 2011
KELDAI LEBIH LAYAK JADI MENTERI
بسم الله الرحمن الرحيم
'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'
Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.
Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.
Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.
Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.
"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.
Note: Kah..kah..kah..kah.. hidup umno..!!! hidup melayu..!!! Tentera Laut Diraja New Zealand beli kapal yang sama dengan harga RM (Ringgit Malaysia) 210 juta setiap satu. Tapi Malaysia beli dengan harga RM (Ringgit Malaysia) 1 Billion. Bermakna dengan duit sebanyak RM6 billion Kerajaan New Zealand boleh dapatkan kapal ni hampir 30 buah.. tapi Malaysia keluar duit RM6 billion cuma dapat 6 buah kapal je... Kah..kah..kah..kah.. Pandainya menteri-menteri Malaysia ni buat kira-kira.. Kah..kah..kah..kah.. Menteri di Malaysia ni semuanya setaraf dengan KELDAI...!!! Kah..kah..kah..kah... Kalau menterinya pun dah bertaraf keldai cuba kita renungkan taraf apakah yang lebih layak untuk para penyokongnya...? Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
MAKSIAT DI LEBUH RAYA
بسم الله الرحمن الرحيم
Kereta dipandu bergerak terhoyong-hayang akibat pemandu hilang tumpuan asyik layan nafsu
PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.
Ada sesetengah pasangan turut dipercayai melakukan aksi maksiat itu di dalam kereta yang dipandu perlahan dan sering kali membahayakan pemandu lain kerana dipandu ke kiri dan ke kanan.
Penduduk mendakwa, corak pemanduan berbahaya itu berikutan pemandu terbabit sedang asyik melayan nafsu sehingga tidak dapat memberikan tumpuan ketika memandu.
Aktiviti mereka itu dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa, yang melakukan rondaan keselamatan setiap malam di kawasan taman berkenaan.
Timbalan Pengerusi SRS, Azizul Rahman Mohd Yusof, 40, berkata pihaknya menemui sekurang-kurangnya empat pasangan memandu kasih di kawasan itu setiap malam antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.
Beliau berkata, dalam rondaan terbaru kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu, pihaknya berjaya mengesan dua pasangan remaja sedang memadu kasih dalam dua kereta berasingan.
"Kegiatan itu dikesan empat anggota SRS yang menunggang dua motosikal lalu mengekori pergerakan kenderaan terbabit. Namun, selepas pasangan itu menyedari diekori, mereka terus memecut laju menghala ke laluan Seremban-Kuala Pilah.
"Kami percaya mereka memilih untuk melakukan kegiatan maksiat itu kerana kawasan berkenaan agak sunyi pada tengah malam dan awal pagi kerana kenderaan agak kurang melalui lebuh raya itu pada waktu berkenaan," katanya.
Bagaimanapun, katanya mereka seolah-olah tidak memikirkan kesannya kerana tindakan itu boleh mengundang bahaya dilanggar kenderaan lain kerana banyak kes membabitkan kemalangan di lebuh raya termasuk mereka yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan.
Azizul Rahman berkata, pihaknya tidak boleh bertindak menahan kenderaan terbabit kerana ia di luar bidang kuasa mereka, tetapi sekadar memantau bagi memastikan imej taman tidak terjejas selain kegiatan itu dapat dibanteras.
"Kami akan terus memantau kegiatan ini supaya pasangan remaja terbabit tidak terus menjadikan kawasan ini sebagai `port' untuk melakukan maksiat demi kepentingan bersama.
“Ini penting kerana sebelum ini pernah berlaku kes yang mana pasangan remaja terbabit hampir melanggar anggota SRS ketika dikejar," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
"Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya. -Bhairan
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
ANAK GADIS IKUT BAPA SERBU, IBU KANTOI SEDANG DOGGY
بسم الله الرحمن الرحيم
Note: Sebelum cerita ni keluar kat hMetro mungkin ramai yang anggap cerita ni dongeng. Cerita yang diemailkan ni telah hamba postingkan bermula 2 febuari yang lepas.
1: TANGKAP ISTERI SEDANG DOGGY
2: AKU DAH BAYAR KAT ISNPEKTOR BUKIT PUCUNG
3: GAMBAR TANPA SEURAT BENANG KETIKA SEDANG
Note: Satu yang hMetro ni lupa nak bagi tahu... Yang terlibat dalam kes ni semua orang kuat UMNO... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
MINYAK NAIK HARGA LAGI!!!!!!!!!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
BERA, 6 Feb. Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah USD$100 setong.
Sabri dan anaknya Dafi dikelilingi oleh "muslimah" semasa parti menyambut hari kelahiran Dafi. Kerana kesusahannya menjadi menteri yang adil dan mementingkan kesusahan rakyat jelata, dia hanya menyambut "kenduri" ini secara kecil-kecilan.. Kah..kah..kah..kah..
Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut.
"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini, Ahad.
Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau.
"Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah," katanya.
Katanya sepanjang tahun lepas, memperuntukkan subsidi berjumlah RM6.3 bilion tahun lepas untuk petrol dan diesel.
"Sebanyak RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON 95 dan bakinya subsidi diesel," katanya. - Bernama
Note: Kah..kah..kah..kah.. Jangan kita buat-buat tak tahu... Ni namanya semboyan nak naikkan harga minyak.. Kah..kah..kah.. apa la yg si kaldai ni merepek ni.. sejak bila pula dalam pemerintahan UMNo nak naikkan harga minyak nak kena bincang di kabinet dulu? Kah..kah..kah..kah.. Memang rasa senak bila kaldai buat lawak... Kah..kah..kah..kah.. "Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah," . Memang bersyukur la ni. Bersyukur bila kaldai jadi menteri... Kah..kah..kah..kah..
Note: Ayat kaldai yang jangan pernah kita lupa setiap kali harga minyak naik.. "harga minyak mentah dunia semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.", "rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau.", dan "Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah,". Kah..kah..kah..kah.. Ayat ni memang tak pernah tukar dari dulu, kini dan selamanya... Kah..kah..kah..kah.. Hidup umno...!!! hidup melayu...!!! Padan muka aku...!!!Kah..kah..kah..kah...
Note: Bila harga barang keperluan naik mendadak kesan dari kenaikkan harga minyak menteri kaldai ni akan berkata pula "Kerajaan akan memantau kenaikkan harga barang". Kah..kah..kah..kah.. Hakikatnya habuk pun tak ada.. Sekadar pantau tanpa buat apa-apa tindakan pun... seperti melepaskan kahak di tangga.. Kah..kah..kah..kah.. semuanya akan naik dan terus naik termasuklah kadar jenayah.. kadar orang yang bakal menjadi gila pun akan naik.. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Sunday, February 6, 2011
RAJA PEROMPAK DI SARAWAK
بسم الله الرحمن الرحيم
ATM(Abdul Taib Mahmud) telah memegang kuasa selama 30 tahun di Sarawak, dan hasil daripada itu, Sarawak menjadi negeri yang paling miskin sedangkan dia sendiri telah menjadi orang yang paling kaya di Malaysia. Video ini akan membongkarkan muslihat Taib, yang memperalatkan rakyat Sarawak dan merampas harta negeri Sarawak selama ini untuk kepentingannya sendiri.
Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.
Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.
Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.
Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.
Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.
Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng. - arus perjuangan
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
ADUN PULAU BENTONG MERANGKUL ANUGERAH ATMI
بسم الله الرحمن الرحيم
RISALAH HINA MELAYU: LIM MAHU ADUN MINTA MAAF
Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad (foto) agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."
Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.
"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.
Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."
Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."
ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."
Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu." – mkini
Note: Kah..kah..kah..kah.. terdesak sangat... ketandusan isu.. akhirnya risalah yang geng dia keluarkan sendiri pun dia ingatkan kerajaan negeri yang keluarkan.. Kah..kah..kah..kah.. Jadi Anugerah Adun Terbangang Minggu Ini (AATMI) disandang oleh ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad .. Kita sama-sama tunggu siapa pula yang bakal merampas anugerah ini nanti.. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
ENCIK DATANG DARI UMNO BAHAGIAN MANA?
بسم الله الرحمن الرحيم
SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.
Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.
Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.
“Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.
“Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar,” katanya dalam kenyataan kepada Media.
Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.
“Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.
“Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini,” katanya.
Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.
Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.
“Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. “Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576,” katanya. - Harakahdaily
Note: Petugas Wisma Putra... Kah..kah..kah..kah.. Tanya kat orang mengalahkan president umno 1 malaysia je.. Kah..kah..kah.. Apa ko fikir duit rakyat ni umno punya ke?
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
AKU TELAH MENYAMPAIKAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Dr Mahathir seorang yang bijak - Nik Aziz
KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.
"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."
Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.
"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.
Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.
Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir
Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.
Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24
Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.
Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.
Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?
Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.
Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)
Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?
Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.
Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?
Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?
Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.
Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.
Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.
Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.
Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?
Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
-Harakahdaily
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.