بسم الله الرحمن الرحيم
Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400
Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.
Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.
“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.
Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.
Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.
Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, August 18, 2010
YANG TIDAK PERNAH UJUD SEMASA BN MEMERINTAH
MELAYU OMNO JADI KUDA TUNGGANGAN MCA KE?
بسم الله الرحمن الرحيم
Perkauman: PAS beri amaran pada MCA
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: “Saya memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN,” kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar).
Amaran itu dibuat ekoran resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menggesa kerajaan untuk mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.
Malah, katanya tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi tersebut diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.
Menurutnya, apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian 2/3 kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu.
Manakala Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.
Berdasarkan dasar tersebut, beliau berkata Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.
“Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.
Sebaliknya, dalam konteks hari ini, beliau memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN sehingga ia telah menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MELAYU UMNO MANA... TAKUT KE DENGAN MCA?
بسم الله الرحمن الرحيم
PERKASA mahu presiden MCA disiasat
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".
Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.
"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".
Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.
"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.
Dalam laporan polis itu juga, Syed Hassan mendakwa kenyataan Chua yang tidak bertanggungjawab itu "kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di negara ini".
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kami mahu pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Dr Chua ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.
"Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," kata Syed Hassan.
Sehubungan itu, dalam laporan polis tersebut, Syed Hassan mahu polis menyiasat Chua di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama.
Syed Hassan mendakwa, akta tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum "adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah dan dituduh".
Sementara itu, dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan polis, ahli Majlis Tertinggi PERKASA Amier Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan Chua yang didakwa menyentuh mengenai hak bumiputera.
"Kita membantas sekeras-kerasnya. Dan kita harap polis dapat menyiasat dengan terperinci sebab kesalahan sudah berlaku.
"Kalau kita bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri pun, apa yang diperkatakan oleh Chua Soi lek itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu prejudis, kerajaan mesti bertindak," katanya.
Kira-kira 15 penyokong PERKASA hadir membantah tindakan Chua itu dan mereka mengibarkan beberapa poster antaranya berbunyi "Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar".
note: Ni baru betul MCA kudakan UMNGOK...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PERLUKAN PANDANGAN TERHADAP ARTIKEL INI
بسم الله الرحمن الرحيم
From:orgtanjung@gmail.com
Salam Tuan semoga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.
Saya terbaca sebuah artikel yg disiarkan melalui ruang Forum di Utusan Meloya oppsss, silap taip Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2010. Sangat sedih dengan fikrah penulis ini. Tarawih hanya ada di bulan Ramadhan. Apalah sangat habiskan 1 jam untuk tarawikh?? Soal kerja dan sekolah bukan isu, musim bola piala dunia 1 bulan jugak... boleh bangun jam 2 pagi iktikaf depan tv berjam2, awat tak komplen... esok nk sekolah nak keja ?? Pokoknya ini adalah persoalan iman... Lagi sedih kerana artikel begini boleh diluluskan oleh editor untuk pembacaan orang ramai. Ada ke patut dikatakan pihak masjid/surau syok sendiri dlm mengerjakan solat tarawih? Saya pun bukan pandai sangat dlm hukum hakam Islam ni tapi rasanya dia lagi bodoh dari saya, heheeheee....
Di bawah adalah petikan dari artikel yang dinyatakan tadi.
Tarawih lapan atau 20?
RAMADAN berkunjung lagi dan umat Islam berpuasa lagi di siang hari dan cuba meningkatkan amal ibadah di malam hari seperti mendirikan solat tarawih dan lain-lain solat.
Setelah bertahun mendirikan solat tarawih, ada yang masih berdebat di antara mendirikan lapan rakaat ataupun 20 rakaat. Saya ingin mencadangkan agar umat Islam di Malaysia mendirikan lapan rakaat solat tarawih di masjid dan surau.
Pada pemerhatian saya majoriti rakyat Malaysia mahukan solat lapan rakaat, ini kerana selesai sahaja lapan rakaat, majoriti masjid/Surau akan kosong dengan hanya meninggalkan "hard core & heavy weight" sahaja.
Jadi kenapa pihak masjid/surau syok sendiri melakukan 20 rakaat. Kenapa tidak hanya mendirikan solat lapan rakaat tetapi dipanjangkan sedikit bacaan ayat suci. Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci.
Tetapi yang afdalnya jemaah akan sama-sama mendirikan keseluruhan solat tarawih termasuk solat witir bersama imam yang mana akan menjadikan solat tarawih lebih bersepadu dan anak-anak kecil lebih memahami fadilatnya.
Cadangan ini saya bangkitkan setelah mendengar keluhan anak saya yang berumur 8 tahun semasa solat tarawih bersama di masjid. Semangatnya yang berkobar-kobar diawal solat mulai pudar selepas mendengar ada lagi 10 rakaat untuk diteruskan.
Lagipun majoriti jemaah terpaksa bekerja dan bersekolah keesokan harinya melainkan "heavy weight" yang telah pencen ataupun "hard core" yang memang pekerjaannya di masjid.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Selamat beramal.
AZIR
Keramat - UTUSAN 17/08/2010
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KERAJAAN NEGERI ROSAKKAN TASIK BUKIT KEPONG DI PORT DICKSON
بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk makluman semua. YB Dato' Ahli Parlimen Telok Kemang akan mengadakan lawatan turun padang ke kawasan ini pada: 18/8/2010 (Rabu) 3.00 petang
Lawatan ini akan turut disertai oleh YB Saudara M. Ravi (Ketua PKR Cabang Telok Kemang merangkap ADUN Port Dickson), aktivis-aktivis PKR, aktivis-aktivis alam sekitar dan NGO.
Diharap rakan-rakan media sudi melapangkan masa turut serta dalam lawatan ini.
Sekian, terima kasih
RUJUK GAMBAR-GAMBAR TERKINI DI LAMAN FACEBOOK: AN WIRA DAMAI.
http://www.facebook.com/profile.php?id=1593631683
----------------------------------------------------
KERAJAAN NEGERI ROSAKKAN TASIK BUKIT KEPONG DI PORT DICKSON
PORT DICKSON: Penduduk mukim Pasir Panjang, termasuk yang tinggal di Kampung Bukit Tembok, dekat sini mulai mempertikaikan tindakan kerajaan negeri merobohkan empangan lama yang membenteng air dari Tasik Bukit Kepong ke Sungai Raya.
Ini kerana tindakan itu telah menyebabkan sebahagian tasik semulajadi berkeluasan lebih 1,000 hektar berkenaan semakin kering dan mengancam habitat ikan serta hidupan burung-burung liar seperti belibis dan helang. Malah tasik yang turut menjadi habitat buaya tembaga itu kini dibiarkan tanpa penyenggaraan.
Seorang penduduk, Mat Rahim, mendakwa empangan yang dibina sejak zaman merdeka bertujuan mengalirkan air ke kawasan lebih 1,500 hektar sawah padi suatu ketika dulu tidak wajar dirobohkan. Ini kerana katanya, empangan itu berupaya mengelak air Tasik Bukit Kepong mengalir keluar menerusi Sungai Raya sebelum menganjur ke Sungai Linggi dan memasuki Selat Melaka.
"Ini satu tindakan silap pihak kerajaan kerana merobohkan empangan. Sudahlah tiada apa-apa projek mahu dilakukan, empangan ini pula dirobohkan. Akibatnya air tasik menjadi kering. Banyak ikan dan hidupan lain mati!" katanya.
Mat Rahim memberitahu, tasik semulajadi itu selama ini menjadi bekalan utama air bagi keperluan sawah penduduk tetapi selepas semua tanah sawah di situ dijadikan kebun pisang dan kelapa sawit, tasik berkenaan terbiar sahaja.
"Dulu-dulu ada juga dengar nak buat projek pelancongan. Ada juga dibina lebih kurang 10 chalet atau rumah rehat di tepi tasik ini, tapi projek itu terus terbiar dan terbengkalai. Mungkin terbiar lebih 20 tahun dah," tambahnya.
Kini, berdasarkan kerja merobohkan empangan dan menimbus kesemua parit konkrit yang dibina kerajaan lebih 30 tahun lalu, penduduk sekitar mulai tertanya-tanya. Ini kerana tiada papan tanda yang jelas menceritakan apa sebenar yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri.
Seorang pemancing, Johan Mahmud, 60, pula memberitahu tasik semulajadi itu sebelum ini penuh dengan pelbagai jenis ikan yang tidak kedapatan di tempat lain. Katanya, antara jenis ikan itu ialah Ikan Biji Nangka, Kepar, Bujuk, Belida dan pelbagai jenis yang lain.
Bagaimanapun, katanya sejak empangan dirobohkan dan air semakin kering kebanyakan ikan itu mati. Malah katanya, kehadiran beribu belibis terbang ketika senja juga sukar dilihat dipercayai berpindah ke habitat lain selepas air tasik itu dikeringkan.
"Kerajaan kena buat betul-betul kalau memang ada projek mahu dijalankan di sini. Kalau tidak membazir dan merosakkan alam sekitar sahaja," katanya.
Difahamkan, Tasik Bukit Kepong adalah antara tasik semulajadi terbesar di Negeri Sembilan yang mempunyai kesan bersejarah kerana menjadi tempat berkubunya tentera Inggeri dan Jepun satu ketika dulu. Tasik ini bersempadan sehingga Linggi dan penempatan Orang Asli Kampung Bukit Kepong memang sesuai dijadikan kawasan pelancongan.
Namun apalah yang boleh diharapkan daripada kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan kerana apa yang dilakukan di situ seperti perbuatan tikus mencuri beras di waktu malam. Samalah juga mengharapkan tikus membaiki labu. Habis jahanam alam sekitar!
-----------------------------------------------------------------
RAHSIA TERBONGKAR: TASIK BUKIT KEPONG PORT DICKSON JADI TAPAK LOJI NUKLEAR NEGARA!
RAHSIA KENAPA Tasik Bukit Kepong berdekatan Kampung Bukit Tembok, di Port Dickson sengaja "dirosakkan' oleh kerajaan negeri semakin terbongkar berikutan penemuan beberapa kata kunci dan maklumat yang diperolehi Singalautmetro daripada pihak tertentu di negeri itu.
Semakan dan siasatan yang dilakukan berdasarkan maklumat diperolehi adalah amat mengejutkan kerana tasik berkenaan rupanya telah dilobi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dijadikan tapak loji nuklear pertama negara.
Malah, kenyataan yang dipetik daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Datuk Dr Daud Mohamad, sebelum ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Mohamad Hassan dalam diam membelakangkan kepentingan penduduk dengan melobi tasik itu sebagai tapak 'bom jangka'.
Menurut Dr Daud, memang benar Negeri Sembilan adalah antara negeri yang melobi kepada kerajaan pusat untuk menawarkan tapak bagi pembinaan loji nuklear berkenaan. Untuk rekod, TNB akan dilantik sebagai pihak bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan.
Selain itu, keistimewaan Tasik Bukit Kepong yang berbentuk kawah kira-kira 15 meter di bawah paras tebing, turut mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer serta mampu menyediakan tapak sekurang-kurangnya 80 hektar seperti disyaratkan. Malah keseluruhan tasik itu sahaja melebihi 1,000 hektar, menjadi kawasan yang cukup luas bagi tujuan pembinaan loji nuklear. Semua ciri-ciri yang ada inilah yang dikatakan telah menarik minat Najib berbanding lokasi lain. Kos pembinaan loji itu dikatakan di antara RM6.5 bilion dan RM9.5 bilion. Dan Mohamad Hassan berjaya mengumpan perhatian Najib dengan mengorbankan tasik semulajadi itu tanpa memaklumkannya kepada rakyat!
Menerusi semakan dan siasatan juga, memang tidak boleh ditolak bahawa tasik itu sebenarnya adalah antara lima lokasi yang telah dilobi oleh dua kerajaan negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Perak kepada kerajaan persekutuan untuk diuruskan oleh TNB. Namun kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan. Kehadiran stesen janakuasa itu menepati jarak dan keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina.
Kini walaupun kerajaan negeri masih berahsia, namun bau 'nuklear' itu seolah-olah semakin terhidu. Ia hampir pasti menjadi kenyataan dengan keadaan tasik yang semakin kering airnya. Sudah tentulah kerajaan negeri tidak akan meruntuh dan merobohkan sebuah empangan yang sebegitu besar yang dibina sejak merdeka, kalau tiada tujuan besar di sebaliknya. Bagaimanapun, tindakan Mohamad Hassan yang terlalu berahsia dijangka akan dibalas dengan tindakan luar duga penduduk yang pasti menentang pembinaan loji itu.
Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib pada 2012, pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan satu isu baru di peringkat nasional. Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk menjadi faktor utama kenapa nanti ia akan mendapat tentangan besar-besaran.
Mohamad Hassan dan kroninya pasti tersenyum jika loji itu dibina. Tapi bolehkah dia tidur lena apabila alam sekitar dimusnahkan dan kepentingan penduduk berdekatan langsung tidak diberi perhatian.
Kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 hingga 18,000 MW.
Kini kain semakin terselak dan teka-teki mulai dibeli orang. Tasik Bukit Kepong hanya akan tinggal nostalgia selepas berkhidmat lebih 40 tahun mengalirkan air ke kawasan sawah. Jadilah ia padang jarak, padang terkukur. Pupuslah ikan baung, kepar dan ikan biji nangka serta bujuk. Lenyaplah buaya tembaga yang tak pernah dipedulikan Mohamad Hassan bersama berkuburlah juga habitat sang sawa sebesar anakonda di tasik penuh sejarah itu!
TERIMA KASIH AN WIRA DAMAI KERANA MENGINGATKAN SAYA.
-----------------------------------------------------------
KEPADA YA AKU BUAYA (YAB) MOHAMAD HASAN
APA KHABAR DATUK MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN, MOHAMAD HASSAN? Aku hanya menghantar berita daripada kawan-kawanku yang sedang menggelepar kehausan dan kegatalan seluruh badan. Untuk pengetahuan YAB, rumah kami di Tasik Bukit Kepong, Port Dickson semakin kering. Anak-anak kami yang masih kecil, semakin hilang tempat untuk belajar menyelam dan bergurau senda.
Kenapakah YAB (Ya,Aku Buaya) tidak memaklumkan hasrat untuk mengeringkan tasik ini buat dijadikan loji nuklear berkuasa tinggi terlebih awal kepada kami? Sekurang-kurangnya kami akan membuat persediaan dan tidaklah kami ditinggalkan berlonggok dalam lubuk berlumpur tanpa makanan ini?
Kami faham YAB. Tanah ini milik kerajaan dan kami hanyalah setinggan yang mencuri duduk. Tapi sebagai setinggan kami juga mempunyai perasaan. Peri kebinatangan kami seharusnya YAB fikirkan sekali.
Menitis air mata kami apabila tasik ini mahu dijadikan loji nuklear negara. Kami sedih dan rakan-rakan kami tiada tempat lain untuk mengadu. Kalau benarlah YAB tiada lagi kasihnya kepada kami, biarlah kami membawa diri. Tapi jangan YAB marah, kalau nanti kami bersidai dan membuat rumah di sepanjang pantai di Tanjung Tuan dan Teluk Kemang. Hakikatnya kami mesti meneruskan hidup!
- Kelab Raja Uda KG. BARU
email: kelabraja_uda@yahoo.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Tuesday, August 17, 2010
SOME THINGS TO DO IN RAMADHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
The pious servants of Allaah will welcome this blessed month, awakening from their negligence, beseeching Allaah’s pardon, and repenting to Him. They will take a very pledge that they are, with immense pleasure, going to fully utilize this blessed month of Ramadaan with all of its mercies and the bliss that it brings. Moreover, they will spend their precious time worshipping Allaah, increasing their righteousness and good deeds. Thus, this month is meritorious for special pious deeds in which there are surely many virtues.
1. Read Quraan
learning the translation of the meaning, pondering over its Verses are also recommended and encouraged acts.
And he (peace be upon him) said, "Whoever reads one letter from the Book of Allaah, will receive one Hasanah (reward for a good deed), and one Hasanah comes with ten like it. I do not say that Alif – Lam - Mim is a letter. Indeed Alif is a letter, and Lam is a letter, and Mim is a letter.
2. Make Dua (Supplications)
One should make as much Dua for himself, family and the Muslim Ummah as much as he can during Ramadaan.
3. Strengthen Family ties
Ramadaan is a time where a person who may have problems or disagreements between his family members should clear them. There is great reward for one who upholds kinship.
Narrated Anas bin Maalik (may Allaah be pleased with him): Allaahs Apostle (peace be upon him) said,"Whoever loves that he be granted more wealth and that his lease of life be prolonged then he should keep good relations with his Kith and kin."
4. Praying Qiyaam / Taraweeh/ Tahajjud (the Night Prayer)
Narrated Aboo Hurayrah (may Allaah be pleased with him): I heard Allaahs Apostle (peace be upon him) saying regarding Ramadan, "Whoever prayed at night in it (the month of Ramadan) out of sincere Faith and hoping for a reward from Allaah, then all his previous sins will be forgiven."
5. Making Dawah(Spreading the word of Islam)
Ramadaan is a perfect time for Muslims to make Dawaah to those that are not practicing, as well as non-Muslims.
6. Nawafil /Optional/ Voluntary Prayers
Narrated Aboo Hurayrah (may Allaah be pleased with him): The Prophet (peace be upon him) said:“The first of his deeds for which a person will be brought to account on the Day of Resurrection will be his prayer. If it is sound then he will have succeeded but if it is not sound then he will be lost and doomed. If anything is lacking from his obligatory prayers, the Lord will say: Look and see whether My slave has any voluntary (prayers), and the shortfall from his obligatory prayers will be made up from that.
7. Duha Prayer
The Duha Prayer is a voluntary Salah prayer between the time after Fajr (i.e. Dawn) and the time before the Dhuhr prayer (i.e. forenoon). The minimum Rakahs for Duha prayer are two and the maximum are twelve.
8. Make Dhikr Of Allaah
And He, the Most High, also said: “And remember your Lord by your tongue and within yourself, humbly and with fear without loudness in words in the mornings, and in the afternoons and be not of those who are neglectful.
9. Fasting
Narrated Aboo Saeed(may Allaah be pleased with him): I heard the Prophet (peace be upon him) saying, "Indeed, anyone who fasts for one day for Allaah's Pleasure, Allaah will keep his face away from the (Hell) fire for (a distance covered by a journey of) seventy years.
10. Itikaaf(seclusion In the mosque for ibadat)
Narrated Aaishah (may Allaah be pleased with him): The Prophet (peace be upon him) used to practice Itikaf in the last ten days of Ramadan till he died and then his wives used to practice Itikaf after him.
11. Not Missing the Witr Salah
“Witr” literally means odd number. Witr has two different meanings in the Sunnah: The last one or three Rakahs of the night prayer, or it means all of the night prayers (because in essence they are odd – numbered). This discussion refers to the former meaning. We learn from the following hadith that Witr is not obligatory but desirable. But it would not be correct to show any slackness in performing it because every Muslim should do his best to follow the Sunnah of the Prophet (peace be upon him).
12. Giving Charity
Aboo Dharr (may Allah be pleased with him) reported Allah’s Apostle (peace be upon him) as saying: “In the morning charity is due from every bone in the body of every one of you. Every utterance of Allah’s glorification (SubhanAllaah) is an act of charity. Every utterance of praise of Him (Alhamdulilah) is an act of charity, every utterance of profession of His Oneness (La ilaha illa Allaah) is an act of charity, every utterance of profession of His Greatness (Allaahu Akbar) is an act of charity, enjoining Maruf (good) is an act of charity, forbidding what is Munkar (evil) is an act of charity, and two rakahs which one prays in the forenoon will suffice.”
13. Providing for one to open the fast
The Prophet (peace be upon him) said: “Whoever gives food to a fasting person with which to break his fast, will have a reward equal to his, without it detracting in the slightest from the reward of the fasting person.”
14. Be Consistent and Moderate
Its very easy to have a sudden burst of energy and do a lot in one day and then not do anything during the rest of the month (due to tiredness). It’s Sunnah to be moderate and consistent.
Narrated Aaishah (may Allaah be pleased with her): The Prophet (peace be upon him) was asked, "What deeds are loved most by Allaah?" He said, "The most regular constant deeds even though they may be few."
Oh Allah allow us to make the most of Ramadhan. Oh Allaah, let us meet you with a clean heart, with all our sins erased. Oh Allaah grant us mercy, and make us from those that you have freed from hell fire.
Abu Mas'ud 'Uqba ibn 'Amr al-Ansari al-Badri reported that the Messenger of Allah, (PBUH), said, "Anyone who shows the way to something good has the same reward as the person who does it." [Muslim]
E.g. if you encourage someone to go for Salah, or pay Zakat and the person actually goes ahead and prays or pays Zakat, Allah will reward him for the good deeds and at the same time give you (the one that encouraged them to do good) an equal reward as he has given them- without decreasing what he gave them.
So Encourage Other To Do Good And Refrain From Bad Deeds
From:Ugandan Muslims
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
AWAS..!!! PEWANGI DALAM KERETA BOLEH MELETUP
PEGUAM, HAKIM MALAYSIA KAKI MAKSIAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Sistem Kehakiman Malaysia Penuh Dengan Skandal Memalukan
RPK Bongkar Skandal Peguam Negara Dengan Azailiza Mohd Ahad
Hari ini, Associated Press melaporkan, "Seorang hakim Malaysia berkata pada hari Isnin menganggap tuduhan hubungan di antara peguam pendakwa kerajaan dan lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Anwar Ibrahim liwat adalah benar tetapi hubungan itu tiada kompromi dengan kes."
Okey, isu di sini adalah mahkamah tanpa ragu-ragu bahawa dakwaan bahawa penolong pendakwa raya Farah Azlina Latif mempunyai hubungan dengan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim Sodomy II adalah benar. Mahkamah tidak peduli sama ada hubungan ini akan berterusan atau tidak. Ia hanya peduli bahawa hubungan ini akan menganggu kes perbicaraan.
Dengan kata lain, adakah ada berlakunya ‘perbincangan' berlaku sepanjang hubungan sulit itu? Dan mahkamah meyakini tiada pujuk rayu sebelum tidur, hanya hubungan sulit semata-mata. Jadi tiada kesilapan dalam melaksanakan keadilan dan oleh itu tuduhan terhadap Anwar tidak perlu digugurkan.
Mengapa Peguam Negara tidak mahu mengesahkan atau menafikan dakwaan seorang ahli pasukannya mempunyai hubungan dengan saksi utama? Bukankah mudah jika dia hanya menafikannya dan menyelesaikan keseluruhan masalah itu?
Dia tidak bersedia untuk menjerut lehernya, terutamanya, kerana beliau mengetahui ianya benar dan jika dia cuba untuk menidakkannya, lebih banyak najis akan dilemparkan padanya. Tetapi apa yang lebih penting, dia bimbangkan bahawa jika dia menafikannya, kemudian kami akan mengeluarkan satu lagi dakwaan hubungan, kali ini membabitkannya dan Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.
Ya, semua orang tahu tentang hubungan ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, untuk menyelamatkan sedikit wang cukai, mereka berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan.
Aiyah! Saksi utama pendakwaan Saiful Bukhari Azlan ada hubungan dengan DPP Farah Azlina Latif. Kemudian pembantu Perdana Menteri Najib Tun Razak Khairil Annas Jusoh ada hubungan dengan Saiful Bukhari Azlan. Dan sekarang Peguam Negara pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad.
Kelihatannya banyak hubungan haram yang berlaku dalam Istana Keadilan (Palace of Justice). Dengan Ketua Hakim Negara secara haram mengahwini isteri kedua di Thailand dan kemudian merosakkan bukti untuk lepas daripada pendakwaan, seperti mana seorang ahli Parlimen dari Sabah, ia membuatkan kita merasa takjub bagaimana mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersedia menghadapi kes-kes di mahkamah. - Raja Petra Kamarudin
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TIMBALAN MENTERI TERLIBAT DENGAN PELACURAN DAN PENGEDARAN DADAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Timbalan menteri bakal disiasat terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan
KUALA LUMPUR: Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.
Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.
Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.
Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.
“Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.
“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.
“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan,” katanya.
Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantar seorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuran berkenaan
Bagaimanapun semua perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh menyebabkan pihak polis menyerahkan kes terbabit kepada polis Perak untuk menyiasat kes berkenaan.
Polis turut mengambil keterangan dari ahli politik yang membuat laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Setakat ini kes terbabit akan diserahkan kepada pihak polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk disiasat berikutan kes dilaporkan di negeri itu.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, August 16, 2010
MESTI BACA..!!! GELAP DALAM LIMPAHAN CAHAYA
بسم الله الرحمن الرحيم
“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.
Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”
Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.
“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang menerjahnya.
“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.
“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,” balas saya.
“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”
“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina. Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”
“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”
“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.” jawab saya pendek.
“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.
“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah teladan ikutan kita bersama.”
“Baik-baik. Teruskan…”
“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”
“Ok. Apa maksud awak?”
Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di seminar-seminar di IPT.
“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”
“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.
“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”
“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”
“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”
“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di sinilah, bukan di sana.”
Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya cepat sedar dan hanya mengerling mata.
“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di dunia.”
“Fasal apa pula?”
“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”
“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya agak kasar.
“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”
Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”
“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”
“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuhan yang di luar batas!”
“Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia.”
“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan.”:
“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”
“Saya bimbang… Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi tetapi budaya ‘mukadimah’ zina anehnya terus diperagakan dan dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan apa sahaja produk, budaya bergaul bebas seperti menari bersama, dating dan bergaul bebas itulah yang diiklankan juga.”
“Awak kolot. Itu kan ada nilai komersial?”
“Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal dipersempit dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan dan signifikan.”
“Kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh.”
“Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”
“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina…”
“Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam Al Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, jangan kamu hampiri zina!”
“Awak dah mula emosi. Janganlah emosional.”
“Tuan, jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. Sayang, cintakan umat, membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”
“Islam menyuruh kita membenci?”
“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Pada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah.”
“Kalau iman kita kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem penapis dalam atau ‘self censord’. Kita tidak perlu sekatan mahu pun kawalan.”
“Betul kah iman kita kuat? Betul kah iman remaja kita kuat? Dan satu lagi, betulkah orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”
“Apa awak cakap ni?”
“Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati.”
“Banyak sangat perlambangan!”
“Dan orang yang kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w, manusia yang paling kuat iman, namun semasa menerima bai’ah daripada kaum wanita baginda sendiri tidak bersalaman dengan mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang juga kuat imannya.”
“Itu sejarah.”
“Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah. Untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan. Kita jangan gunakan akal semata-mata, tetapi gunakanlah akal dengan suluhan wahyu dan sunah.”
“Awak sindir saya?”
Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, “saya masih ingat dengan akal fikiranlah, dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internet. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”
“Bagaimana pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?” tiba-tiba dia pula yang mengalih tajuk perbualan.
“Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!”
“Apa maksud awak?”
“Betul, remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya ‘mukadimah’ zina terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat akibat, jika puncanya terus dibiarkan malah diperagakan? ”
“Jadi awak setuju atau tidak?”
“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘sazdus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”
“Ei, ada kempen solat juga?”
“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”
“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”
Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!
Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?
Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!
PETIKAN : Pahrol Mohd Juoi di http://genta-rasa.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..



