Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, February 27, 2011

MENTERI MALAYSIA SEMAKIN BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerdau: Jerat Ahmad Maslan Bocor

Bodoh jugak kau ni Ahmad Maslan, lebih kurang je dengan Ismail Sabri, bercakap tak rujuk fakta. Kau nak bodohkan siapa ni? Orang umno-apco totok setiap masa angguk-angguk takde masalah. Tapi orang muda generasi baru ni dia orang lebih advance maklumatnya kecuali yang membiarkan dirinya diperkotak katik oleh umno-apco. Malang sungguh negara ada Menteri jiwa kosong macam Ahmad Maslan ni. Layak dah status loyar buruknya sebagai Ketua Penerangan Umno.

Ini dia kelentong Ahmad Maslan antaranya;

JENGKA 23 – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggesa supaya menghentikan penggunaan istilah Pakatan Rakyat (PR) yang digunakan pihak pembangkang selama ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata istilah itu tidak menggambarkan maksud yang positif kerana rakyat sekalipun tidak pernah berpakat menyokong mereka (pembangkang).

“Malah penggunaan istilah PR ini tidak pernah didaftarkan dalam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Jadi saya meminta semua pihak jangan iktiraf pembangkang dengan menggunakan istilah PR,” katanya pada sidang media sempena kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Kerdau, Ahad ini.:

Manakala berikut pula jawapan kepada tohmahan Ahmad Maslan;

1. Bilakah Barisan Nasional diluluskan? Bilakah Barisan Nasional menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang – undang? Buktikan bahawa Barisan Nasional mempunyai rekod di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikenali sebagai Registrar of Society.

2. Gabungan 13 komponen Barisan Nasional tidak pernah ditubuhkan secara rasmi dan Barisan Nasional juga tidak mempunyai perlembagaan sendiri?

3. Mengapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta – mengunakan perkataan Barisan Nasional yang tidak diwujudkan secara sah dan mengikut perundangan di Malaysia?

4. Adakah ini bermaksud, Barisan Nasional juga merupakan pertubuhan yang haram dan penggunaan perkataan Barisan Nasional wajib diharamkan?

5. Bukankah penubuhan Barisan Nasional juga merupakan serpihan – serpihan 13 komponen walaupun hanya UMNO yang dilahirkan di Istana?

Tambanan pula, kami ingin memperingatkan Pemuda UMNO khususnya, Nur Saidi Nayan bahawa dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat telah bertanding dengan namanya sendiri yang sah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).

Manakala, Barisan Nasional, sebaliknya dalam pilihanraya 2008 dan sebelumnya, telah bertanding atas nama Barisan Nasional yang tidak ditubuhkan secara sah mengikut perundangan. Yang ditubuhkan secara rasmi ialah UMNO, MIC, MCA dan komponen – komponen lain dan bukannya Barisan Nasional.

Bukankah UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional perlu bertanding dengan menggunakan nama pertubuhan mereka yang sah? Bukankah mereka perlu bertanding mengunakan logo masing – masing? Mengapa mereka menggunakan perkataan Barisan Nasional dan logo Barisan Nasional yang tidak sah di sisi undang – undang?

Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah. Adakah ini bermaksud Barisan Nasional sedang mentadbir negara kita melalui perlantikan dan pemilihan yang tidak sah?

Kami, menyeru Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu sebelum membahaskan sesuatu perkara. Ini menunjukkan identiti dan pendirian yang bercanggah dengan sejarah dan persefahaman di Malaysia. Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara. Sekian.

Yang Benar,

Manivanan Gowin - wohulu


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

green said...

sangat setuju

Anonymous said...

Jijik la aku tgk muka si Ahmad Mazlan tu. Senyum cam orang tak betul. Bercakap pon macam orang bodoh.

Geli...

Anonymous said...

patut ler peel org-org bn mcm jadah... rupanyer pertubuhan tak der surat beranak

Kak Mahh said...

Bila bercakap kena berhati-hati,rakyat kita semakin BIJAK.

Anonymous said...

huah tkt :(

~UmmU SoLehah~ said...

em ^_^ agak kelakar jugak..

sedih juga sbb kite dipimpin oleh manusia2 spesis ni.. bukan bodoh, tp kurang bijak..

semoga 'orang2' yang lebih baik, bijak & beriman pulak amik tmpt akn datang.. amin

Unknown said...

Simbol besi atau keris sekelian itu dibinasakan Allah(kata-kata Tok Kenali)

Macammana Tok kenali dah boleh tahu ni hehehe

http://ijoks2009.blogspot.com/2011/02/kuasailah-agama-dan-politik-pesanan-tok.html

mahaza said...

Kalau ada yang tak setuju dgn statement tuan rumah cuba lihat fakta ini:
Kes pembuat banner untuk BN telah tidak dapat menuntut sebab BN takde sebagai pertubuhan rasmi dan mereka terpaksa menghantar invoice kepada UMNO sebab yang tukang suruh orang UMNO. Bila bawak mahkamah - UMNO tak perlu bayar sebab banner untuk BN.... tak kesian ke kat dorang tu - berapa juta rugi?
KESIMPULANNYA - Betullah BN sebenarnya bukan sebuah parti atau badan atau apa saja yang SOHIH dan berdaftar

Anonymous said...

Heeee he bile tak dak surat beranak, tentu ler tak sah taraf, kira betol ler anak jadah tuu, bile jer BARANG NAIK terus jer jadi BUDAK NAFSU . akai tak leh paki dahhhh