Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, October 3, 2010

PENGACARA TV DITANGKAP KHALWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Di Cekup Suami - Pengacara TV khalwat isteri orang


Adam

KUALA LUMPUR: Seorang pengacara sebuah rancangan televisyen yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, dekat sini, Rabu lalu.
ADAM...kesal apa yang berlaku

Pengacara berusia 27 tahun itu mengaku menjadi satu kesalahan apabila bersama wanita bukan mahram, tetapi mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama.

Pengacara itu ditahan bersama wanita berusia 27 tahun yang juga isteri orang di sebuah apartmen jam 2 pagi, Rabu lalu.

Jurucakap Jais yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah syariah.

Sebelum itu, suami kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 31, berkata, dia dan isterinya sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu kerana masalah rumah tangga.

“Walaupun kami tidak tinggal sekali namun kami masih menjaga anak perempuan yang berusia tiga tahun secara bergilir-gilir.

“Saya hantar anak saya kepada isteri setiap Jumaat dan menjemputnya semula pada Ahad sehinggalah saya terserempak dengan pengacara itu dalam kereta isteri bersama anak berhampiran kediaman saya di Kelana Jaya,” katanya.

Menurutnya, dia sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, tetapi tidak tahu dengan siapa.

“Saya juga tidak tahu berapa lama mereka berkenalan, tetapi saya syak mereka mengenali satu sama lain menerusi facebook.
“Akhirnya perkara itu terbongkar selepas mereka ditahan. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kerana lelaki itu dikenali orang kerana mengacarakan program televisyen, tetapi kenapa bersikap buruk seperti ini,” katanya. - sumber


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

Amuraria said...

biasa la yg mana kerja dengan media perdana regim penipu & kaki kelentong umno@umco@apco sama spesis yg memang suka benda-benda haram tapi kata halal ,dan yang halal kata haram ,macam duit untuk warga emas di Pulau Pinang la ,umco dah tadak modal jadi nak serang PR tapi lupa semua kilang haram (bir),lesen judi yg berbagai sapa yang lulus ? buat-buat buta atau saja buta !