Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, September 27, 2010

TERKINI: AL-FATEHAH BUAT ADUN GALAS

بسم الله الرحمن الرحيم

TERKINI - jam 5.06

Pada jam 4.30 petang ini
Ahli Dewan Undangan Galas Che Hashim Sulaiman
telah meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia di rumah sakit
Al-Islam Kuala Lumpur.

Beliau dilaporkan mengidap barah usus.

Adun Pas Galas Che Hashim Sulaiman Masuk Hospital, Keadaan Serius

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaiman(gambar) yang menghidap kanser usus telah dimasukkan semula hospital di ibu negara dan keadaannya dikatakan serius.

Wakil rakyat itu pernah dimasukkan ke hospital tempatan dan luar negara pertengahan tahun ini dan 2009.

Beliau berhadapan dengan masalah itu sejak lebih setahun lalu.

Che Hashim dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru minggu lalu.

Pengarah strategi PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dipetik The Star mengesahkan keadaan beliau serius tetapi berharap beliau akan sembuh segera.

Beliau pernah dirawat di Hospital Pakar Perdana di Kota Baru dan di sebuah Hospital di Guangzhou, China tahun lalu.

Wakil rakyat penggal pertama itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN)dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: