Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 27, 2010

KICKDEFELLA BARU PERASAN UTUSAN NI PENIPU

بسم الله الرحمن الرحيم

Utusan Malaysia Penipu Besar: kickdefella

Hari ini sewaktu sedang membuat kajian arkib berita, saya menemui rencana bertajuk “Cakap Tak Serupa Bikin” bertarikh 12 Mei 2010, Dua perenggan pertama tertulis sedemikian,

“Dulu semasa Dr. Mahathir Mohamad menerajui Malaysia, beliau dicap sebagai Mahafiraun. Beliau dituduh sebagai orang yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan macam-macam lagi. Beliau dicap acap kali oleh penulis upahan seperti Kickdefella dan blogger-blogger lain, yang kemudiannya ada yang dipilih bertanding pilihan raya, baik mewakili PKR mahupun DAP.”

Ini merupakan satu penipuan besar oleh Utusan Malaysia kerana tidak pernah di dalam blog saya ataupun secara peribadi saya mengkeji Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Walaupun sewaktu berkhidmat selama tiga tahun di Kelantan pun saya tidak pernah mengkeji Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Ternyata penulis rencana, Zaini Hassan adalah seorang yang amat cetek akalnya dan pemalas dalam membuat kajian.

Saya berharap Utusan Malaysia sedar bahawa pembohongan dan kesalahan fakta sebegini menunjukkan kedangkalan akhbar ini.

Tun Dr Mahathir adalah pemimpin agung yang amat saya banggakan sebagai rakyat Malaysia. Sepanjang saya berkhidmat dengan PAS Kelantan pun, YB Dato’ Haji Husam akan sentiasa memperkenalkan saya sebagai, ‘Penyokong kuat Tun Dr. Mahathir’. Saya juga menjadi saluran untuk pihak bekas majikan saya menghubungi pihak Tun Dr. Mahathir sama ada bagi tugasan rasmi atau berkaitan politik.

Saya juga berdiri teguh mempertahankan polisi Tun Dr. Mahathir walaupun ianya bertentangan dengan pendirian bekas Majikan saya termasuklah di dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. - kickdefella

Note: Eh.. baru sekarang ke kick di felda ni sedar bahawa utusan meloya tu penipu besar? kick di felda ni kata penulis utusan meloya tu si "Zaini Hassan adalah seorang yang amat cetek akalnya dan pemalas dalam membuat kajian"... hehehe.. kick di felda ni kot yg pendek akal dan bukan sekadar malas tapi langsung selama ni x pernah buat kajian bahawa utusan ni mmg penbohong.. hehehe

Dia kata lagi "Tun Dr Mahathir adalah pemimpin agung yang amat saya banggakan... Saya juga berdiri teguh mempertahankan polisi Tun Dr. Mahathir walaupun ianya bertentangan dengan pendirian bekas Majikan saya (PAS) ... hehehe.. yer la syekh.. awak sembah jer la bapa judi tu..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

puteri said...

utusan meloya
berita hairan

adik beradik je

puteri said...

sy cba msuk nk check artikel mr.kick tu.. nmpk gayanya dh dlete kot

SearchForHeaven said...

urm... kick dah tak laku.. hehe..
kesian...

Anonymous said...

ya ka?ka hangpa takut dgn kick,banyak belit yg geng2 hangpa buat wooo