Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, May 30, 2010

JUDI BOLA : LIM GUAN ENG SEDIA KE MAHKAMAH

بسم الله الرحمن الرحيم


KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) sedia ke mahkamah sekali lagi jika tindakan beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak memberi kebenaran untuk operasi judi bola sepak bertentangan dengan undang-undang.

"Kalau tindakan saya ini salah, saya rela masuk penjara sekali lagi," kata Setiausaha Agung DAP itu di hadapan puluhan ribu rakyat di Padang Perdana di sini, malam tadi.

Guan Eng mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya ketika melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu ketika berucap dalam cerrtamah perdana di sini.

Turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam yang diadakan di sini.

Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri.

Ekoran kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Kumpulan Berjaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi itu beroperasi.

"Sukan tetap sukan, ia tidak boleh dirosakkan dengan elemen judi. Judi akan jatuhkan kualiti sukan kita. Saya sedia ke mahkamah sekali lagi untuk mempertahankan perkara ini," tegas beliau. Harakahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

Anonymous said...

betul la..sukan tetap sukan..masuk lak judi..tu yng jahanam sukan negara.. ehehee

Anonymous said...

Hidup Guan Eng....
Engkau lebih berani dari Harussani dan Jamil Khir...

Anonymous said...

APA BARANG MEREKA MENGAKU ISLAM JIKA MEREKA SENDIRI LULUSKAN LESEN JUDI, KEMUDIAN ADA YANG BUKAN ISLAM LAWAN JUDI... MEREKA CUBA AMBIL TINDAKAN... BARISAN NERAKA LA TU

Anonymous said...

haprak punya mangkuk yg mana meluluhkan dan mencadangkan judi bola ni..bengong tul..mana dia ustaz2 kera jaan yg sibuk soal kalimah Allah,yg sibuk ttng bnda2 klilaf ni..

judi benda yg tiada khilaf keempat-empat mazhab..semuanya kata haram..malah jelas dinyatakan dlm alquran..wei apesal korang semua diam..ustaz,boleh sy bertanya..apa hukumnya membenarkan dan sama2 menyokong golongan yg membenarkan judi??

bodoh,ini bukan soal politik dh..tp ini soal maruah agama yg makin hr makin tercalar dek kerana musuh2 Allah begini..neraka jahanam lah sesiapa yg kekal menyokong(x smpt taubat)apa yg jelas haram

Nerzhul said...

orang bukan Islam pulak bantah judi. hehehe