Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, March 27, 2010

HARUN DIN ENGKAR KEPUTUSAN PARTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Harun Din Engkar Keputusan Parti, Dikekalkan Dalam Syura?



Hairan saya. Dato Harun Din telah melanggar keputusan rasmi PAS dalam isu "Kalimah Allah" secara terbuka. Kalau nak tengok bukti dan keterangan boleh klik di sini.

Dato Harun Din secara terang-terang melanggar keputusan parti. Beliau telah melakukan "keengkaran" pada tahap maksima. Namun, parti masih mengekalkan beliau sebagai Ahli Majlis Syura?

Pada waktu yang sama, Ustaz Ahmad Awang, yang mengikut keputusan parti 100%, tidak pernah melanggar apa-apa disiplin parti, telah dibuang dari Majlis Syura.

Ini bermakna:

1.0 Keputusan Parti tidak penting untuk ahli PAS mengikutinya. Sesiapa sahaja boleh melanggarnya kerana tetap akan diberikan jawatan.

2.0 Sesiapa yang mengikut dan menjadi penyokong "Geng Perpaduang" akan terlepas dari apa-apa tindakan disiplin.

3.0 Sesiapa yang menentang "Agenda Perpaduang" akan dibersihkan dari parti

4.0 Presiden PAS tiada maruah apabila keputusan parti yang dibuat atas nama beliau sendiri telah tidak dihormati oleh Dato Harun Din

5.0 Taat kepada disiplin parti tidak akan dipandang oleh kepimpinan parti.

6.0 Penggantungan Khalid Samad adalah salah satu tindakan membersihkan mereka yang menentang agenda Perpaduang dalam PAS.

7.0 Kalau TGNA tidak dilantik Mursyidul Am, usaha membawa PAS kepada UMNO akan lebih rancak lagi selepas ini.


Tulang Besi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

Gaya peneroka said...

saya pun tak tau nak kata apa dalam perkara ini...
kadang-kadang hati ini rasa pedih..yang tak boleh terungkap dengan kata-kata...

Anonymous said...

1.akupun hairan,,,kau orang berjuang utk apa sekarang....Nak kata utk ISLAM...hampes....

2.Kalaula benar puak anta ulama....tak kan sama2 ulamapun nok sondol menyondol....

3.Kalau nok bersama UMNO pun apa susah....yg takunya geng2 nik aziz...puak tu tolak UMNO keran SEKULAR...jadi dok peluk DAP dan PKR tu...APA MACAM....

4.PKR tu ada yg ISALAM...tapi DAP tu jelas KAFIR.....

5.Entahla....Wal HARAM mu....Wal HALAL ku......

layarbiru15@gmail.com

Anonymous said...

apa yg ko mgarut nih Anonymous?
Memanglah setiap sesuatu tuh pasti ada percanggahan pendapat..lebih2 lagi dlm bab hukum nih..

cth dlm mghuraikan hadith pun tokoh-tokoh ulamaq bercanggah pendapat tapi itu bukan maksud bertengkar. Ia lebih kpd perbincangan & penghuraian yg mndlm agar ia lebih tepat..

Oh! buat pengetahuan ko yg aku konfem ko tak tahu.. ulamaq nih bila time dorang berdialog/bermeeting/bermusyawarah/berqias dll.., mereka JAUH LEBIH efisyen dan lebih detail drp perbincangan yg kat parlimen tu..

Anonymous said...

Salam..
Xda masalah dalam memberi pandangan dalam Islam, memang akan ada perbezaan pendapat..Ulamak seperti Qaradawi dll. dah menjelaskan isu kalimah Allah ini..begitu jugak dengan bekerja dengan golongan kafir..

Anonymous said...

Apa salahnya kita bekerja dengan kafir yang mengamalkan integriti yang tinggi ttp bukan yg korupsi walaupun dia Islam (munafik).. sedangkan Allah sendiri mengiktiraf kafir itu lebih drpd org munafik mll kedudukan mrk dlm neraka..Nabi sendiri mengupah org bkn Islam dlm menunjuk arah sms hijrah (xkn Nabi akan mengupah org yg x integriti), nabi Yusuf jugabekerja sbg menteri kewangan bg kerajaan kafir di mesir yg ada integriti, begitu jgk di negara2 bukan Islam mrk jg mengambil ahli parlimen Islam utk memberi ruang dan hak bersuara..yg menjadi masalah skrg ialah golongan elit melayu yg buta ttg Islam dan hanya mementingkan kepeningan masing2 melebihi kepentingan rakyat dan menjadikan isu tertentu utk menyelamatkan kepentingan peribadi dan x menyelesikannya melalui musyawarah terlebih dahulu..

Anonymous said...

Betul ke ni ..ke dah buang tabiat nak mampos...