بسم الله الرحمن الرحيم
Tergelak besar saya dengan gelagat Umno yang akhir-akhir ini cuba mempromosikan dirinya sebagai juara rakyat, tapi bila dicabar ke hadapan, kecut habis dari hujung hingga ke pangkalnya! Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.
Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan Pemuda PR yang dianggap sebagai 'kuda tunggangan' Guan Eng.
Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu? Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?
Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA. Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!
Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!-
Pendikar Gunung Kriang
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
umm..xpaham ag..bgtau details skit ag bley x...huhu
salam.
pendedahan begini amat penting kpd bangsa melayu agar mereka sedar dan tak terus tertipu dgn propaganda membodoh dan menipu bangsa melayu..
aku rasa yg bacul adalah pemuda pakatan kerana yg mengharamkan maulidul rasul adalah cina melaka yg jd hero kat penang. mana pi cina pinang noo...
pemuda pakatan terlalu bacul, kata org, tak dak teloq - utk melawan cina melaka (yg berlagak bak hang tuah. tp kat penang tu, kebanyakkannya pun jenis sorok teloq gak ... tu pasal org lain jaga negeri depa ... kalau dah bacul tu kekadang kita kena tutup gak, nanti org lain tau, jd kita buat macam org lain yg bacul utk tutup kebaculan kita .... lg pun takut melayu kena tipu, tp kat penang majoriti mana ada melayu, mamak ada laaaaa
Post a Comment