Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, February 26, 2010

DENGAN HANYA S$300 JUTA, GUA BOLEH BELI KESELURUHAN UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم


Agenda Perpaduan Adalah Agenda Singapura

Malam kelmarin saya makan malam bersama seorang Professor dari sebuah university di Singapura. Beliau berkata Lee Kuan Yew pernah berkata:
” Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO”.
Lee Kuan Yew dengan selamba membuat kenyataan demikian secara terbuka untuk media-media Singapura membuat liputan. Malangnya, tiada media Malaysia yang melaporkannya.

Kawan saya menambah, sebab lagi satu yang Lee Kuan Yew berani membuat kenyataan begini adalah kerana beliau yakin 100% bahawa setengah dari UMNO sudah pun berada dalam poket beliau. Ramai perwakilan2 UMNO mungkin tidak sedar mereka telah pun dibeli oleh Singapura.

Kalau tidak, mengapa Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO? Ada sesiapa boleh jawab?

Kawan saya menambah, parti yang ditakuti oleh Singapura adalah PAS dan sememangnya dalam majlis-majlis tertutup, kepimpinan Singapura mengakui kehebatan ahli-ahli dan penyokong PAS. Yang lebih mereka takuti adalah kebolehan ahli-ahli dan penyokong PAS melawan godaan wang dan tawaran dunia. Singapura mendapat laporan terus bagaimana wakil-wakil rakyat PAS telah ditawar 3-4 juta tapi mereka masih menolak dan tidak boleh dibeli.

Ada pula kes calon PAS di Johor pada 2004 yang cuba dibeli UMNO bukan sahaja gagal tapi telah ditangkap “red handed”. Semua kisah-kisah ini menyeramkan Singapura di dalam menghadapi situasi politik masa depan.

PENGALAMAN PRIBADI


Sewaktu saya menjadi Pegawai Khas PJ Selangor, saya sering bergaul dan bercakap dengan para wartawan dan penganalisa politik. Wartawan-wartawan tersebut termasuk wartawan antarabangsa. Ke semua wartawan antarabangsa memberitahu saya maklumat mereka dapat dari Singapura adalah Terengganu akan jatuh ke BN semula.

Sedangkan maklumat2 yang kami dapat menunjukkan yang sebaliknya. Kesemua maklumat dalam negeri yang kami dapat menunjukkan Terengganu kekal dengan PAS. Di waktu itu, hanya maklumat dari Singapura sahaja yang menyatakan Terengganu akan jatuh kepada BN semula.

Akhirnya, kesemua maklumat dalaman kami terbukti salah dan hanya maklumat Singapura sahaja yang benar. Ini bererti penembusan Singapura dalam struktur kerajaan kita telah begitu mendalam.

AGENDA PERPADUAN/MUZAKARAH MULANYA UNTUK MENYELAMATKAN PAK LAH

Kenyataan kawan saya itu membuat saya terfikir. Bukankah agenda Muzakarah dan Perpaduang pada mulanya untuk menyelamatkan Pak Lah? Siapa Pak Lah? Siapa di belakang Pak Lah? Bukankah dibelakang Pak LAh itu adalah Khairy Jamaluddin?
Siapa KJ ni? Mengikut kawan saya ini, KJ adalah seorang yang amat rapat dengan kepimpinan Singapura terutamanya dengan pentadbiran Temasik Group.

Dan, baik Muzakarah mahupun Perpaduang, kita sering mendengar yang ianya bertujuan untuk bekerjasama dengan Pak Lah dan mempertahankan Pak Lah.

Jika itulah motivasi utamanya, maka jelaslah kepada kita bahawa agenda Muzakarah dan perpaduang adalah agenda mempertahan proksi Singapura dalam kerajaan Malaysia.

SYUUUUUUKUUUUURRRRRR PAS tidak mengorak langkah menjalin hubungan dengan UMNO kerana bukan sahaja PAS akan berakhir sebagai parti sampingan dalam Kerajaan Malaysia, PAS juga akan berakhir sebagai Parti Tunggangan Lee Kuan Yew.

PENUTUP

Kepada sesiapa yang masih meragui tindakan dan usaha bloggers serta mereka yang digelar sebagai “Erdogan”, saya minta supaya berfikirlah semula.

“Ulamak” yang kamu sokong rupanya membawa kamu menjadi hamba pada PAP dan Singapura.

Tulang Besi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

meza said...

saya rasa anda berjumpa saorang profesor yg hanya berlagak saorang profesor tapi sebenarnya menyamar sebagai demikian.

satu - tidak adakah pemberita-pemberita lain dari pemberita singapore berada di lokasi tsb ketika Lee Kwan Yew membuat kenyataan tsb? klu hanya pemberita dari s'pore shj, maka ianya hanya berlaku di warong mamak aje ....

dua - tahukah anda, di s'pore jika ada pihak pembangkang yg membuat apa jua kenyataan terhadap PAP, mereka akan di saman dan menjadi muflis. belum ada kes mahkamah di s'pore yg membabitkan Lee Kwan Yew anak-beranak yg tewas di mahkamah.
tafsirlah sendiri jika punya akal

tiga - jgn hanya menuduh UMNO kerana dlm Pas, yg menerima 'rasuah
adalah tok guru sendiri. org bawah tak ambik, tapi tok guru Pas kata, org bagi kita ambik je .... klu di fikirkan org yg bagi tu kenapa tak bagi kpd org miskin tapi tok guru Pas sendiri ... ini bukan dlm bentuk wang, tapi rasuah naik haji.
itulah resam dlm Pas. org lain rasuah tapi dlm Pas, ianya di sebut sebagai org bagi kita ambik ... tak salah ... mungkin profesor kurang pengetahuan tentang tok guru dan menantunya kot.

empat - anda juga sebenarnya telah di beli oleh pihak s'pore dan bacul kerana tidak berani berkata yg benar (paling tidak cuba cari bukti nyata) dan menerima aje apa yg di katakan profesor tsb dan menyampaikan kpd org lain.

lima - apakah KJ menang kerusi Ketua Pemuda UMNO pasal semua perwakilan pemuda di bayar oleh Lee Kwan Yew? Mungkin kerana tak leh beli KJ lah maka pihak s'pore cuba buat tomahan. agar UMNO jatuh dan kuncu-kuncu LKY dan pihak-pihak yg sekongkol dgn nya dapat menawan negara ini. itulah cubaan mereka yg bersekongkol dgn zionis dan yahudi termasuk pihak Pas.