بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum. .. Wahai jasad yang meminta tolong kepada Allah swt...
Aku masih mampu menaip, yang masih diizinkan oleh Allah untuk menaip. Tapi untuk blog yang ini aku tak huraikan panjang sangat, cukuplah sekadar untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan dan sebelum ini pun sudah ada yang membicarakan apa yang aku nak taip ni, tapi itu mereka, aku dengan cara aku sendiri yang diizinkan oleh Allah (sangka baik kepada Allah). Yakin bahawa Allah sentiasa menolong hamba-Nya samada pertolongan itu secara tidak sedar atau tidak sahaja. Walaupun sahabat aku yang menolong aku sekalipun, tetap aku ingat bahawa pertolongan itu datang dari Allah jua kerana aku ini tiada daya upaya untuk melakukan segalanya. Hanya dengan bantuan Allah sahaja aku dapat menyiapkan kerja-kerja aku seharian.
Aku tak nak taip panjang-panjang nie. Hehehe... Banyak rancangan televisyen yang menunjukkan sikap tolong menolong antara pelakon sendiri. Ada yang berlakon dan ada yang ditayangkan yang nyata berlaku. Apapun, pertolongan yang paling BESAR adalah dari ALLAH swt. Kalian semua akan menjadi saksi sebentar lagi dengan hati kalian yang membaca Firman Allah dalam Surat Al-Faatihaah, ayat 5 :
"5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
Pernahkah kalian tengok atau dengar tentang Rancangan RESCUE 911 di negara Barat? Aku ni jenis yang anti Yahudi, apa yang diorang buat aku akan fikir. Dan aku juga tahu, mungkin juga kalian juga tahu yang bahawasanya Umat Yahudi tahu kewujudan Allah tapi mereka TETAP tidak mahu mengaku yang Allah itu adalah Tuhan Yang Berhak Disembah. Dan apa yang aku nak terangkan kat sini hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Aku hanya mengkaitkan sahaja. Ok. RESCUE 911. Di dalam perkataan RESCUE itu terselindung perkataan SECURE dan juga perkataan 'ESC' yang membawa maksud ESCAPE. Cuba tengok kat keybord komputer/laktop kalian. Hujung atas belah kiri. Apa maksud ESCAPE ek ? Betul ke kalau aku taip 'membebaskan dari kesusahan' yang aku kaitkan dengan RESCUE nie ?
Hehehe.. Aku kurang sikit pandainye dalam English nie, faham sikit-sikit je. Ok, kembali kepada RESCUE 911 tadi. Jadi RESCUE bermaksud "pertolongan, penyelamatan, membebaskan, menyelamatkan" dan SECURE pula bermaksud "aman, sejahtera, selamat". Cuba lihat sekejap cara aku baca ayat nie yang akan menampakkan sesuatu. Begini;
RESCUE 911 is SECURE.
Baca semula ayat di atas dari kanan ke kiri :
SECURE is RESCUE 911.
Baca lagi ayat di atas dari kanan ke kiri :
911 RESCUE is SECURE.
Nampak macam ada sesuatu di dalam ayat itu kan ? Siapakah 911 itu ? Hhmm.. tapi kenapa mereka menggunakan nombor 911? Mengapa mereka tidak menggunakan nombor 999 macam kat Malaysia nie? Rancangan TV gak kan? Yang menunjukkan polis menyelamatkan keamanan dari terus diceroboh oleh anasir-anasir yang kurang sihat dan kurang khasiatnya untuk akhirat. Mari kita lihat dari mana datangnya nombor 911 itu dan bagaimana ianya muncul dalam perkataan RESCUE 911. Rancangan yang dipelopori oleh masyarakat barat nie.
Cuba lihat gambar di sebelah tu. Nama ALLAH yang ditulis dalam tulisan Jawi dari kanan ke kiri, ALIF, LAM, LAM, HAA. Lihat bagaimana licik dan halusnya pemikiran Umat Yahudi nie. Mereka nak guna nama Allah, mereka takut Umat Islam memberontak. Lihat sahaja ketika isu Kartun Nabi Muhammad SAW dulu, satu dunia marah. Tahu takut. Tapi bagus jugak Umat Yahudi nie, menyatukan hati Umat Manusia Alam dalam menjaga imej Islam. Aku faham sangat pemikiran Umat Yahudi nie. Dia asyik kalah je dalam peperangan, jadi nak tak nak terpaksa cari jalan lain untuk terus menyerang Umat Manusia Islam secara serangan minda melalui akal pemikiran mereka yang licik dan yang begitu halus itu. Ok. Lihat 4 anak panah merah itu dan perhatikan perbezaan di dalam kawasan berbulatan garisan kuning itu.
Dari nama Allah yang ditulis dalam tulisan Jawi, mereka pisahkan antara huruf Jawi itu satu demi satu dan akhirnya terbentuklah, 9_1_1, mereka upgrade sikit, jadi 9-1-1, dari segi penglihatan mata memang tak cantiklah, jadi mereka tukar lagi akhirnya wujudlah 911 ! Jadi 911 itu adalah jelmaan dari nama ALLAH. Apakah ini juga ketentuan Allah ? Wollohu a'lam.
Maka aku kembali kepada ayat 911 RESCUE is SECURE, tadi. Aku terjemahkah dalam Bahasa Umat Manusia Melayu yang membawa maksud kepada > 911 PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN. Naahh.. kalian lihatlah sendiri cara mereka menyembunyikan sesuatu itu !! Lihatlah !! Bukankah rancangan RESCUE 911 itu sendiri menjuruskan kepada perkhidmatan pertolongan ? Yang menunjukkan mereka itu adalah penolong kepada orang-orang yang sedang dalam kesusahan ? Rancangan RESCUE 911 bukannya satu rancangan yang tidak elok, ianya adalah rancangan yang menunjukkan satu sikap iaitu SIKAP TOLONG. Jadi, secara terkaitnya, begitulah. Bukankah Allah adalah PENOLONG kita semua ?? Tadi telah aku katakan bahawa nombor 911 ini adalah jelmaan dari nama Allah yang telah dijelmakan oleh Umat Yahudi dan sekarang aku gantikan 911 itu. Lihat 911 ~ ALLAH. ALLAH PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN atau diEnglishkan ;
ALLAH RESCUE IS SECURE !
Nah..!! Apalagi yang mahu dikatakan ?! Kembali kepada tafsir surat Al- Faatihaah tadi, ayat 5 tu, bukankah Allah menyuruh kita meminta tolong kepada-Nya ?
Itulah.. Ok, itu salah satu daripada jelmaan nama Allah yang dijelmakan oleh Umat Yahudi dalam bentuk nombor yang nyata dapat dilihat oleh mata kalian sendiri. Ada lagi yang lebih tersirat, lebih hebat daripada 911 ini yang telah dijelmakan oleh mereka dalam bentuk yang lain. Aku akan publishkan dalam masa terdekat ini kerana aku rasa ianya amat menarik.
Akhir kata dari aku, mintalah tolong kepada Allah swt, jikalau kalian berada dalam kesusahan dan serulah gelaran Allah iaitu Ya Latiff Ya Latiff Ya Latiff jikalau kalian sukar untuk memahami sesuatu perkara yang sulit. Insyaallah dengan izin-Nya kalian dapat memahami sesuatu yang sulit itu dengan mudah dan tenang. Maafkan aku kalian semua, andai ada salah tatabahasa dalam perjalanan jari jemariku ini. Semoga Allah mengampuni dosa aku dan juga dosa kalian semua dan semoga Allah menolong kita semua untuk terus menunjukkan JALAN YANG LURUS kepada kita dalam menuju ke SYURGA.
Nukilan : Kun Musafir Maya
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
Allah itu Maha Mengetahui
ALLAH LAH SEGALANYA.
Subhanallah...
Walaupun secara amnya, deduksi tu hanya sekadar hubungkait pendapat yg diperkukuhkan dgn nas, fakta dan logik tetapi apabila diperhalusi, memang ada asasnya. Pada mereka yg mengambil ringan tentang hal ini, mungkin mereka beranggapan ianya hanya sekadar kebarangkalian yg berlaku secara kebetulan. Tp ketahuilah bahawa musuh2 Islam sangat licik. Mereka akan menggunakan segala macam bentuk percubaan untuk mengelirukan dan melemahkan Islam. Dari itu kita diwajibkan berfikir sebelum menerima apa-apa perkara lebih2 lg daripada mereka. Firman Allah dlm Al-Baqarah [120]:
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamaya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesunggunya petunjuk Allah itulah petunjuk yg benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikut kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al-Quran, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kamu".
Post a Comment