Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, February 21, 2010

NUKILAN : PERJALANAN HIDUP

بسم الله الرحمن الرحيم



Hash seorang pemuda, kami bekerja disatu syarikat, cuma dilain department. Hampir dua tahun aku mengenali Nas, sifatnya agak sombong terutama dengan staff lelaki. Memilih untuk berkawan, tidak heranlah ramai yang tidak menyukai pada Hash. Dia lebih suka berkawan dengan bangsa asing. Ada juga staff wanita melayu yang cuba tackle tapi gagal. Dia hanya seorang senior engineer, tapi mampu memakai kereta mewah dan sering bertukar-tukar kereta. Tidak hairanlah kerana bapa Hash yang bergelar tan sri dan punyai syarikat sendiri, cuma Hash tidak mahu bekerja dengan bapanya, yang mahu berdikari.

Hash menjadi perhatian di syarikat, terutama dia kurang mahir berbahasa melayu, walau pun orang melayu, namun dari kecil mendapat didikkan di barat. Jadi tidak hairan segalanya punyai ciri-ciri kebaratan. Telah hampir empat tahun Hash mencari calon isteri, tapi belum temui. Aku sering mengusik Hash, " handsome begini pun belum dapat calon isteri" poor u!. Biasanya bila Hash dapat teman wanita dia akan menunjukkan pada aku yang ada pada hpnya. Hash akan lebih tertarik pada wanita free hair dan punyai rupa paras. Bagi aku semua wanita yang ditunjukan memang cantik. Setiap kali aku menanyakan di mana temui wanita-wanita itu, biasanya melalui teman-teman dan di club.salah satu hobinya clubbing.

Yang terkini Hash menunjukan pada aku pic melalui hp dia bersama seorang wanita dan menanyakan pada aku bagaimana wanita ini. Emmm...cantik, sexy dan bertatoo dilengan, islam ke? dan u kenal kat mana. " yap wanita islam yang i kenal di club. Lantas aku bersuara no wonder laaa.. " why" tanya Nas. Baru kenal berani wanita tu bergambar bersama u seperti ni, persis suami isteri. Nape salah ke jelas Hash... Memang tak salah bergambar begini kiranya dia tu isteri u. Dua minggu lepas kereta Hash dilanggar agak teruk, sambil bergurau aku katakan,,itulah kereta u dah marah kat u sebab u bawa wanita-wanita yang dia tidak suka, Nas hanya tersenyum.

Adakah untuk mencari calon isteri atau suami di "club malam", aku sering mengajak Hash menghadiri kuliah mingguan yang diadakan disyarikat kami, namun berjuta alasan yang diberikan. Bukan hanya Hash sahaja tapi ketua-ketua department tiada seorang pun yang menghadirkan diri. Memanglah cukup baik kerana pehak atasan telah meluluskan kuliah agama dijalankan disyarikat ini, Cuma tiada sambutan dari mereka. Namun aku masih berusaha memberi motivasi bab-bab agama yang aku mampu. Aku pun tidak salahkan Hash sebab dari kecil menerima pendidikan dari keluarga cara barat. Sejak pulang ke Malaysia Nash tidak tinggal bersama keluarga, beliau tinggal di sebuah kondo yang dibelikan oleh bapanya.

Aku cuma fikirkan bila manusia telah kaya-raya (bukan semua) tidak pentingkan nilai kemurnian dan erti perhubungan yang bersih dan suci. Apa yang diamanah oleh ALLAH, kita pinggirkan, adakah tidak tahu atau pun sengaja tidak mahu ambil tahu. Itulah pentingnya ilmu akhirat dicari,hayati dan amalkan dalam kehidupan harian. Muga hasil penat lelah yang kita kejar dan cari di dunia ini hasilnya dapat di tuai diakhirat kelak. Bagi ibu/bapa yang menanam tanaman dan dibiarkan tanaman membesar sendiri untuk dituai nanti. Mereka sendiri akan dapat hasilnya kualiti dan kuantiti, dan dari hasil ini semua akan dihitung diakhirat. Alangkah ruginya kiranya tiada value nanti.

Yang terpenting di dunia ini, bukanlah di mana kita tinggal, tetapi ke mana kita akan pergi. Hidup di dunia hanya sekali, jadi biarkanlah kita berbuat kebaikan yang boleh kita lakukan dan jangan biarkan kita tunda atau pun memungkiri kerana kita tidak melalui jalan ini lagi.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

12 comments:

~UmmU SoLehah~ said...

^^semoGa kiTa sentiasa dalam pimpinan-Nya..dpt membezakan antara kaca dan permaTa. dpt m'bezakan yang baIk dan buruK^^

semoga maTa kiTa tidaK diButaKan oleH dunia

MAM said...

a good story untuk jadikan pengajaran, kaya harta tak menjamin kita kaya pahala, wallahualam. :)

Anonymous said...

salam BS. satu article yg baik untuk dijadikan renungan agar kita tidak termasuk dlam golongan itu.bila dari kecil lagi dah didedahkan kepada cara hidup barat dan kerana kekayaan , begitulah jadinya. kesian ..

kijang said...

SALAM SAHABAT..
N3 YANG MANTOP..
SEMOGA KITA DILINDUNGI OLEH ALLLAH S.W.T..
KAYA HARTA XSEMESTINYA KITA BOLEH BAWA KEKAYAAN KITA INI SAMPAI LUBANG KUBUR..
JADI PERBANYAKKAN AMALAN KEKAYAAN KITA DENGAN AMAL IBADAT KEPADA ALLAH S.W.T..

noorafzan.blogspot.com said...

salam bro..
hmm..
bila dah jadi buluh mmg susah untuk dilentur..
kalau direbuspun akan pecah atau retak..
=)

uminas said...

salam BS..
Amat merugikan bila usia yg Allah berikan ..tidak diisi dengan sesuatu yg Allah redhai sebaliknya dibiarkan tercemar dengan titik titik dosa..

Blogger said...

Salam sahabat...good story la...

piewahid said...

good n3.

nuruldoory said...

janji Allah wanita baek untuk laki2 yg baek dan Allah tidak pernah memungkiri janji Nya :D

Thariq said...

hidup yang berkualitas..i like it...

Aishah Malik said...

nama dia hash ke nas? :P

saharul said...

secebis realiti yg diceritakan...yang kita tak tahu...lagi banyak agaknya..