Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, February 25, 2010

MUSLIMAH TAK GUNA

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Allahu alam… - taman2syurga


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

27 comments:

daun kesum said...

ntry yg sgt4 mmberi ksan,,.,

pakai tudung bknlah nk tutp rmbut rosak dek krana diwrnakan tp x jadi,.

pakai baju bkn nak tutp lema2 semate,.

tuntutan agama yg pling utama,.'
demi kebaikan bersama,.,.

rosnanie said...

salam

pakai tudung tapi lurah ditayang, betis yang gebu juga dibiarkan terbuka, bebas dipandang oleh sesiapa sahaja. Bagi mereka inilah kebebasan berpakaian, tudung hanyalah sekadar hiasan. Dunia dunia... sangat kasihan kerana dihuni oleh manusia yang kononnya paling bertamadun namun sebenarnya masih lagi seperti manusia di zaman jahiliyyah. Tak hairan pn gejala sosial semakin meningkat sekarang...gejala pembuangan anak semakin menjadi2,

mutiaraKU said...

mmg ramai yg mencemuh & melontar pandangan yg kurang baik pd muslimah yg brtudung labuh..

nasihat & pandangan dr ana..
usah peduli pd bisikan2 itu,,
krn fitnah bagai pakaian wanita,,
luruskan niat berbuat hanya krn ALLAH s.w.t,,
jgn mncampurkan halal & haram dlm khidupan krn haram yg akn d menangkn,,
sambut lah seruan jihad (hawa nafsu)..agar syahid d pnghujung jln..

wallahua'lam..^_^

Masturah Idrus said...

saya mmg sedang berusaha untuk memakai tudung labuh...sedang membina kekuatan dan menetapkan hati untuk istiqamah insyallah...

-pertanyaan di luar tajuk : kini ramai yang memakai jersey Man United walau ke mana mereka pergi,even ketika solat. Ingin sy bertanya di sini,adakah lambang devil yang ada di tengah logo Man United itu di situ menyebabkan solat kita tidak sah? harap ada yang respon..terima kasih..

Khairul said...

Nice entry.

Kan bagus kalau anda stick kepada isu agama daripada bicara soal politik yang confirm2 kotor =)

Blogger said...

Aurat bukan kat kepala je..kena reti sikit apa la..bertudung tapi bontok tersembul...tolollllll

greenhall said...

yg bertudung bulat tetapjadi pilihan..

zulkbo said...

salam..pandai abang kita ni
kalau tak tersentuh jiwa yang pompuan tak tahu lah nak jadi apa..tapi itulah realiti wanita sekarang..berpakaian tetapi telanjang...

pemerhati dari jauh said...

salam...
jangan dikesahkan sgt ckp2 orang kat luar sana..manusia xkan pernah berhenti bercakap,menghina dan mengata.inilah akibat bila daulah Islam tidak ditegakkan.suruhan dan perintah Allah,nmpk pelik.
"pandangan Allah lebih perlu kita utamakan"..wallahualam...

mutiaraKU said...

salam buat ukhti mastura idrus:
pendapat dr ana,,
hukum memakai pakaian yg berlogo mmg hrm..khususny lmbang/logo agama lain,,unsur maksiat,,kartun..

bila haram mksd ny ALLAH xsuka,, jd adkh kta snggup brhadapan dgn kekasih HATI (ALLAH)dlm keadaan yg tdk senonoh???..

apa slh ny khas kn baju u solat sebaik2 wrna putih,,krn ad ingatan buat kita..putih 2 suci..putih tnda mengingati mati,,nabi jg mngajar kta u mndpt kn solat yg KHUSYUK solat lah ibarat kamu akn mati sbntar lg..

wallahua'lam,,jka ad pndangan sila kemukakan,,ana fakir ila ALLAH

Masturah Idrus said...

terima kasih atas pendapat yg dikemukakan oleh mutiaraKu..

betulbebas said...

Kepada yang ingin bertudung(Syukur kehadrat Ilahi)dengan niat untuk menutup aurat.Pilih lah kain yang agak tebal(kalau kain nipis buatlah dua lapis,tidak menyebab kaum adam tertarik(tidak bercorak yang melampau),labuhkan hingga ke pinggul,pastikan anak rambut tidak terkeluar,baju berlengan panjang hingga ke pegelangan tangan,pakaian bawah(kain,seluar) tidak ketat mengikut bentuk badan,dan sentiasa bersarong kaki dengan warna bukan warna kulit.

Yang paling penting buatlah kerana ALLAH dan jangan terpengaruh dengan dengan ajakan yang melalaikan.

gummybear said...

saya paling x suka ayat ni "pakai tudung besar x semestinya baik"..kenapa perlu berkata demikian??

sekrg ni pkai tdg sebab fesyen..bukan sebab untuk menutup aurat..kepala tutup, tapi dada terdedah..sama jer kalo x yah pkai..

izuddinrahim said...

entri yang menyentuh ati..kalo sesape tak terasa memang ati chewing gum kena jemur la..haha..

Sya Mimi said...

best2...ia megingtkn diriku.. ttg tudung y da di psrn..situasi mmg prnh sya laluinya shinnga mmpengaruhi diriku..sya ingin kmbli pd diri sya y ktika dulu..
syukran krn menyedrkn diriku.(^_^)

hanan said...

Salam..
jazzakallahu khairan kathira...
this post reflect what's going on nowadays..
as for those who realise about this..we should gain more hard work to get into our Malay's community to make amar ma'ruf and nahi munkar
spread the iman..
enlighten their heart..
clean their mind..
all of these need us from now on..

may Allah bless you..
wallahu a'lam

LangkahTERCIPTA said...

salam..post yg sgt menarik..izinkn sy untuk copy n ltak pd facebook utk kesedaran ramai pihak.

Ain Nabila said...

salam

masyaallah
mnta di beri hidayah

dan mnta izn utk link pd blog dan facebook

Latifah said...

alhamdulillah...
masih ada yang mempertahankan tudung labuh ni.
tapi ada je tudung sarung yang jenis labuh. dan utk lebih selesa boleh pakai tudung biasa as inner supaya tudung tu tak melekat sangat kat badan.
tapi apapun, bertudung labuh memang lebih selesa. rasa lebih terpelihara.
moga dikekalkan hati untuk terus bertudung labuh... insyaAllah

Bintu Qist said...

Kenapa tudung labuh sering dipertikaikan? Janganlah mmmdg org yg pakai tudung labuh ni terlalu sempurna tanpa kesalahan... andaikata kalau tersilap seikit perlakuan dan sikap, pasti dicemuh... mengertilah kalian... org yg mmakai tdng labug tidak sempurna...

"tak ada manusia yang terlahir sempurna"
*D'Masiv-Jangan menyerah...

hayawaanunnatiq said...

walaupun saya tak pakai tudung labuh...tapi saya bangga lihat mereka yg tawaduk pakai tudung labuh... bila pakai tudung apa yg penting tak jarang dan boleh sembunyikan aurat kita...sbb tu di suruh melabuhkan tudung hingga ke dada....tapi kalau dapat pakai yang besar tu lagi baik...xnampak terus

Unknown said...

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang” (QS.al-Ahzab:59)

Pedulikan apa orang nak kata...

Kerana Allah swt

Naqibah Hishamuddin said...

entry yg bagos tok wanita2 zmn skang...
thnx cause share with me...
saya nak pakai tudung laboh...
harap2 byk agi post yg menarik...

khair_umr said...

Assalamu'alaikum wbt

Ana tertarik dengan entry ini. Ana juga tergolong dalam golongan bertudung labuh, memang sakit telinga mendengar sindiran dan kutukan orang kepada si pemakai tudung labuh. Adat dunia akhir zaman, tak akan ada hati yang senang melihat orang yang 'senang'.Bertahan dan bersabarlah untuk seketika, Insya'Allah imbalannya akan kita perolehi di Akhirat kelak! :)

shahjiehan said...

tahniah... menarik kupasan anda...

jom baca dan komen Menutup aurat bukan Membalut aurat. | ! !shahjiehan [dot] com ! !

Kami Bersama.. said...

nak kngsi artikel ni..;)

NoYB said...

ya Allah...,Alhamdulillah... bermakna sungguh n3 ni...sgt2x bermakna utk peringatan bg diri yg penuh kealpaan ni...mintak izin share & sy akn link kan juga ke bLog anda....tQ...^___^