Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, April 29, 2009

Agama Anak Tanggungan Mufti Cap Ayam



Posted on Tuesday, April 28 @ 20:24:51 MYT by tokayah
Oleh ramziredang

"Kabinet memutuskan agama anak perlu mengikut agama asal bila ibubapa memeluk islam. Ringkasnya kalau dulu bapanya kristian, bila dia masuk islam dia tidak boleh bawak sekali anaknya masuk islam. Maka kononnya marahlah seorang mufti cap ayam. Katanya kabinet perlulah rujuk pada mufti terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Rasa hendak tergelakpun ada bila baca gelagat mufti cap ayam ni. Sejak bila pulak kabinet mengangkat mufti sebagai rujukan bila hendak membuat keputusan?

Aku hendak bertanya satu soalan. Persoalan ini pernah diutarakan oleh mufti cap ayam ni. Dia pernah kata selagi umarak tidak menyuruh kepada keburukan kita wajib sokong. Lebih kurang ayatnya macam tu la,aku pun dah lupa sebab aku bukan menghafal kata kata mufti ni. Sekarang aku hendak tanya masih wajib lagikah sokong kerajaan yang macam ini? Kalau wajib, apakah tidak ditanggung oleh mufti tentang agama anak tersebut?

Adakah kita sedar ini adalah kemenangan pertama apa yang diperjuangkan oleh IFC atau IRC?( suruhanjaya antara agama). Antara yang diperjuangkan oleh IRC adalah agama anak. Sebab itulah dalam kad pengenalan tidak mahu dinyatakan agama. Perjuangan asal IRC tentang agama anak adalah, anak kita sendiripun tidak boleh kita katakan beragama islam selagi belum akhil baligh. Jadi apa yang diputuskan oleh kabinet ini mungkin salah satu kemenangan pertama ke arah langkah tersebut.

Yang paling menghairankan mufti hanya menentang seketika. Dia hanya menentang keputusan. Tetapi dia masih menyokong kerajaan yang membuat keputusan. Ambil contoh kenyataan mufti cap ayam ini dalam temuramah radio pada bulan februari 2005, antara katanya"umat islam perlu lebih pro aktif dalam isu yang melibatkan umat islam. Dalam memberi contoh sure heboh yang jelas haram disisi syarak, umat islam terutama di kalangan pengurusan masjid dan pertubuhan agama islam tidak menyuarakan pandangan untuk menyokong penentangan tersebut"
Apa maksud sokongan dan penentangan yang dinyatakan oleh mufti cap ayam tersebut? Adakah semata mata bantahan suara? Apakah undi tidak dikira cara yang paling berkesan untuk mengembalikan segalanya?

Dengan penukaran kerajaan bukan sahaja masalah agama anak, semua masalah dapat diselesaikan mengikut lunas lunas yang dituntut islam.
Sampai bilakah mufti cap ayam ini masih hendak berpegang 'wajib disokong'? Apakah yang sangat ditakuti oleh mufti cap ayam ini andainya Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan? Apakah yang buruk sangat? Kenapa dulu dia sanggup menangis kerana memikirkan masalah melayu? Kenapa dia tidak menangis teresak esak memikirkan masalah agama islam yang semakin terhakis? Masihkah dia boleh lena tidur malam bila keadaan agama islam berada di jurang bahaya? Saya secara peribadi percaya keadaan yang berlaku ini tidak akan buat dia tidak lena tidur. Kerana hati dan perasaannya telah diulit oleh keduniaan. Dia sendiri telah tertipu dengan keindahan dunia. Nyatalah dia memang benar benar mufti cap ayam".

0 comments: