Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, October 8, 2009

MARKAS PAS DICEROBOH, PETUGAS DITETAK

Bismillahirahmannirahim..

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak




Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

KEMASKINI: BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.


Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut. Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.
"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.
"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.
"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.
"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini. Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan. _harakahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

15 comments:

Mr K said...

Bodoh betul kan BN.
Nak pukul orang dan buat salah pakai baju ada lambang BN.

M. Ali said...

Langsung tak pernah nak insaf pemuda BN ni Dulu Kini dan Selama lamanya bertindak kasar dalam pilihanraya.
Inilah politik ala nasional Malaysia. Hari hari kempen melalui akhbar dan TV masih tak cukup lagi. Berpolotik selama 365 hari. Tak pernah satupun berita baik yang disebut tentang parti lawan.
Kita yang berpegang kepada Islam harus berhati hati. Jangan mulakan serangan, tetapi jika mereka menjual kita harus membeli. Begitu murah diri pemuda BN ni. Dapat seringgit dua sanggup menumpahkan darah seagama dan sebangsa.

Anakkhas said...

assalammualaikom...

zalimnya.
kenapa kes ni tak diutamakan oleh polis..
rakyat dah jadi hamba sekarang. demokurapsi....

waklu said...

Kawan-kawan seperjuangan semua,jom kita ramai2 membantu petugas disana.InsyaAllah,kalau tiada aral melintang.kawan akan datang kesana dengan blogger.doakan keselamatan mereka2 yang berjuang di jalan yang benar.

turr punya UMNGOK said...

Mr K... bila masa plak ada orang Bn yang pandai... Dah namanya pun Bodoh Nakmampus (BN).. Koh..koh..koh..koh...

Bahauddin Amyasi said...

Hancurkan orang-orang dzalim itu...

nisa said...

olalla n salam buat penulis..
sedih..
sedih bila dapat tawu hal niyh..
tapi knp hal niyh xd kuar paper pun? hurm..
sume bukti dah ade..
tkpe la, da akhir2 zaman ni, mmg org yg benar ditindas..
anywy, sy yakin dgn pemuda2 pas..
sy doakn semua baik2 saja..
daaaa~

JOHN DOE said...

dio ingat negagho nie pakai undang2 ghimbo ko, kok menyampah, tak suko, sonang2 yo buleh libeh dongan podang, puak2 umngok nie memang bangang melantun-lantun...

tinta kasturi said...

huh..

Anonymous said...

erm..ksiannyer

Editor SIMAAS said...

salam Bujang,

Nak tanya, kenapa setiap kali buka blog saya akan kluar banner mcmnie..'error:Not Implemented at line 179 in http://www.simaas.blogspot.com'..

mcm nak buang tu..penatlah nak padam setiap kali buka.

zac said...

pemuda BN memang kurang ajaq, tak dak otak,siapa ganas? tak bertamadun langsung,jguh kampung ja,bila dah tak dak iman,agama pun tak mbik tau jadi camtu lah

eska said...

Dah lama dah perangai "awak2" BN memang begitu, mereka saja menimbulkan kacaubilau dan huruhara, kemudian laporan media pro kononya kekecohan dimulakan oleh pihak pembangkang...Seantero dah tahu...ada lebih bermenafaat dan lebih baik pru13 kita pakat tukar kerajaan. Wallahualam.

LanaBulu said...

Bersabarlah wahai pejuang2 sekelian...
Nak buat lagu mana..dah terjadi..
Bukan kes pertama pun..
Bahkan dah berulang banyak kali dah...tapi biasalah parti pembangkang yg kena..mana ada depa nak bising2..
Pihak berkuasa pun lagu tak nampak sahaja hal2 begini..
Dah mangli teman lihat..dahnaik meluat dgn tragedi2 yg lagu ni...
Seolah2 tak bertamadun pulak lagaknya..

good product said...

takbir....