Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, September 26, 2009

QIYAMULLAIL JALAN ORANG YANG SOLEH

Bismillahirahmannirahim..

Qiamullail ialah mendirikan atau menghidupkan malam dengan ibadat-ibadat sunat samada solat mahupun membaca Al-Quran. Ianya merupakan jalan orang-orang yang soleh, cara mendekatkan diri kepada Allah, penghapus kepada dosa-dosa dan penangkis kepada sifat hasad dengki.
Ibadat ini mengangkat orang yang beriman kepada kemulian dan akan dibangkitkan di sisi Allah pada maqam yang terpuji. Hanya orang yang baik serta bertakwa yang mampu memelihara ibadat yang suci ini. Allah S.W.T memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w supaya menghidupkan malam dengan firmanNya dalam surah Isra' ayat 79.

ومن الليل فتهجد به نافلة عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.

Dalam surah Al-Furqan ayat 64 Allah menjelas sifat hamba-hamba Allah yang diredhaiNya:

والذين يبيتون لربهم سجدا وقياما

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.

Di antara 3 golongan yang dicintai Allah ialah lelaki yang mempunyai isteri yang cantik, tempat tidur yang nyaman, maka dia meninggalkannya seketika untuk melaksanakan solat malam. Allah berfirman kepadanya, "dia meninggalkan syahwatnya, dan mengingatiKu, kalau dia mahu dia boleh meneruskan tidurnya".


Dalam mencari kesempurnaan ibadat qiyamullail beberapa adab yang diajar oleh Rasulullah s.aw. harus dipatuhi:


*
Berniat untuk bangun malam ketika hendak tidur.
*
Menyapu wajahnya ketika bangun malam, bersugi dan melihat ke langit sambil berdoa.
*
Memulakan dengan solat dua rakaat yang ringan.
*
Menggerakkan ahli keluarganya untuk turut sama.
*
Hendaklah dia berhenti daripada solat ketika mengantuk sehingga hilang mengantuknya.
*
Jangan memaksa dirinya. Lakukan mengikut kemampuan sahaja.
*


Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk meneruskan tradisi dan jalan orang yang soleh dan memasukkan dalam golongan yang mulia ini.

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

5 comments:

al-lavendari said...

satu pesanan dan peringatan yang harus diberi perhatian! t. kasih BS.

NuR said...

salam singgah

bagus entry ni..
terima kasih sudi berkongsi
=)

sha said...

terima kasih..semoga diberkati

Munir Ardi said...

qiammul lail langsung berkomunikasi dengan ALLAH ketika orang lain sedang pulas tidur

mamawana said...

Assalam.. dalam qiam terasa begitu sayu, pilu mengharap agar amal solleh diterima Allah. Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga mu... namun tak pula aku sanggup ke neraka mu... ampunkan dosa-dosa ku...