Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, August 7, 2009

MICHAEL JACKSON DIBUNUH UNTUK SEKAT ISLAM BERKEMBANG

Bismillahirahmannirahim..


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Dialihbahasa oleh http:​/​/​beautifulnara.​com
Lagu 'Give Thanks to Allah' yang dikatakan telah dinyanyikan oleh Michael Jackson. Namun media barat menafikan dengan mengatakan bahawa pencipta lagu tersebut, Zain Bhika lah orangnya yang telah mengalunkan lagu itu.
Ajijoi ~ Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu.
Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.

Regards,
Amiruddin Mohamad Shariff


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

7 comments:

Na Shari said...

Oh...saya tau pasal MJ masuk Islam. Tapi tak tau pulak conspiracy bunuh MJ sebab nak elakkan lebih ramai orang masuk Islam...Kalau betul la MJ dibunuh sebab ni...Maka neraka lah tempat si pembunuh MJ...

BUJANG SUSAH said...

Ermm.. tu la pasal... thanks coz ziarah.. i luv u full.. ha..ha..ha..ha..

bz the witch said...

xtau nak komen apa...
yg pasti aku sedih bila
dengar lagu jacko...
w/p dah xda...tp jualan
albumnya ttp laris...

bz the witch said...

xtau nak komen apa...
yg pasti aku sedih bila
dengar lagu jacko...
w/p dah xda...tp jualan
albumnya ttp laris...

BUJANG SUSAH said...

wokeh kiki lala.. i luv u full.. ha..ha..ha..ha..

Nina Aziz said...

Salam...

sudah dijangka kematian tokoh itu ada konspirasi disebaliknya...

lagipun lagi Give Thanks To Allah itu memang suara dan nyanyian beliau..

moga-moga kematiannya mendapat pembelaan yang sewajarnya...

Samwan said...

Salam,

Hanya sekadar bercerita, cukuplah sekadar didalam ruangan komen ini. Tak payah dipanjangkan takut terjadi fitnah.

Menurut sumber yang tak tahu kesahihannya, MJ telah memeluk Islam pada tahun 80an lagi. Selepas itulah beliau dikenakan tuduhan liwat (mcm skrip biasa ja ni)supaya imej beliau terus tercalar.

Kononnya, mengikut khabar angin MJ telahpun menunaikan fardu Haji bersama ahli kerabat diraja Bahrain pada tahun lepas. Hanya mereka saja yg bole mengesahkan berita ini.

Dan memang tidak logik seorang superstar membunuh diri setelah mengumumkan konsert jelajah terakhir beliau. Khabar angin mengatakan bahawa MJ akan secara langsung mengistiharkan beliau sudah memeluk Islam sewaktu konsert itu nanti. wallahu'alam

Pembedahan rupa paras plastik beliau memang tidak sepatutnya, tetapi Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Semoga Allah merahmati beliau kalau beliau mati didalam Islam.

Apa pun semua itu memang misteri. Namun, jangan lupa syaitan itu musuh manusia yang nyata. Dan ada syaitan dikalangan manusia juga.

Wassalam