Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, July 10, 2009

Mahathir Pelopor Kemusnahan Anak Bangsa



oleh Faisal Tehrani

"Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut," kata Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri di blognya. Beliau adalah ahli nujum yang bertanggungjawab membawa dasar dan polisi kotor ini ke sekolah-sekolah.

Polisi dan dasar comot ini sungguh memualkan kerana setiap kali saya ke sekolah-sekolah untuk memenuhi undangan memberi ceramah KOMSAS (cerpen Kerana Manisnya Epal tersisip dalam KOMSAS) saya tidak pernah mendengar kata-kata yang baik tentang PPSMI.

Ia bukan sahaja menyusahkan para pelajar, ia malah menimbulkan pergeseran yang serius antara guru-guru (siapa tidak iri hati dengan elaun dan komputer riba 'yang selalu hilang tetapi tidak dilaporkan itu?').

Ketika Pesta Buku Kuala Lumpur baru ini, dari lebih lima puluh guru yang datang berkunjung ke gerai Ameen dan berbual-bual dengan saya, hanya seorang guru (yang tidak silap saya dari Cheras) memberitahu dasar PPSMI amat baik buat para pelajarnya (menurut teman saya yang duduk di sisi waktu itu, mungkin guru ini gembira dengan elaun dan komputer riba).

Sebahagian besar guru yang saya temui baik ketika saya merakyat turun padang ke sekolah-sekolah mahupun yang saya temui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tersebut - menolak total dasar ini.

Malah seorang guru matematik yang masih muda dan terpelajar dari Kelana Jaya memaklumkan, "Dasar ini memang menyusahkan kerana murid saya di Kelana Jaya bahasa Inggeris adalah bahasa ketiga mereka!

Oleh kerana kebanyakan pelajar saya berbangsa Tionghua yang miskin, bahasa pertama mereka ialah

bahasa Cina, keduanya mereka memahami bahasa Melayu dek hasil pergaulan, yang ketiga itulah bahasa Inggeris. Dan mereka memang tidak faham apa yang saya ajarkan."

Sewaktu saya ke Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan kurang tiga minggu lalu, saya bertemu dengan guru-guru dari wilayah Timur (Kelantan, Trengganu dan Pahang) yang sebulat suara menggambarkan dasar PPSMI ini hancur lebur dan merosakkan anak bangsa kita. Malahan saya dikejutkan dengan pelbagai masalah yang timbul ekoran perlaksanaan dasar yang amat tergesa-gesa ini. Carilah blog guru-guru ini dan dengar keluhan mereka.

Mereka yang masih menyokong dasar PPSMI ini patut membaca kajian mendalam yang dilakukan oleh PEMBINA, di mana analisis dan pantauan mereka menunjukkan dasar ini bukan sahaja gagal tetapi gagal metah.

Kalau alasan Mahathir masih 'sains dan matematik' maka laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007 dan bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007 wajar dijadikan iktibar.

Saya tidak faham mengapa Mahathir (hanya dia seorang rujukan intelektual untuk PPSMI ini) harus diceramahkan selama tiga jam, sedangkan di luar sana ada ratus malah ribu, rujukan intelektual yang membantah perlaksanaan PPSMI. Mengapa ada sesetengah manusia tidak reti bahasa.

Mereka yang membantah PPSMI datangnya dari manusia seperti Profesor Ungku Aziz sehinggalah ke Dato A. Samad Said, dari nelayan di kampung kepada peon di kota.

Jadi, jika Dr Mahathir masih ingin menegakkan benang basahnya, sementalahan sudah ada beberapa pergeseran antara beliau (misalnya dalam hal pengurusan Petronas) dengan pentadbiran kini, maka kita patut mencadangkan kepada Tun, punca masalah ini -

Ya, keluar saja UMNO. Kami pun senang hati.
bypass308.blogspot.com

0 comments: