Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 16, 2009

Mahkamah batal penggantungan Zamry dan exco

(malaysiakini)
Apr 16, 09 12:15pm
Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.

Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panal lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara.

Manakala, Zambry berkata, notis untuk mengadakan sidang DUN akan dikeluarkan Jumaat ini atau minggu depan.

Bujang susah said: Ni hakim belajar kat gua mana la agaknya.. malu aku jadi rakyat malaysia. memaparkan kebodohan mahkamah dan hakim di malaysia ni. Aku dah rasa mcm hidup kat zaman batu jer dah skrg ni. Zaman manusia belum bertamadun. Zaman fir'aun. Siapa berkuasa dia boleh jadi tuhan. Perghhhh.... rasa nak menjerit kuat2 jer...

0 comments: