Bismillahirahmannirahim..
Pernahkah anda sakit dada? Adakah ia teramat sakit sehingga anda tidak mampu untuk bernafas atau bergerak? Bagaimanakah perasaan anda sewaktu mengalami sakit dada?
Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan kesakitan dada anda? Adakah anda panik pada ketika itu? Adakah anda terfikir bahawa apa yang anda alami ketika ini ialah serangan jantung atau penyakit jantung koronari? Sebahagian daripada kita lebih mengenalinya sebagai heart attack.
Pernahkah seseorang mengadu sakit dada kepada anda? Apakah tindakan segera anda?
Simptom sakit dada adalah di antara sebab utama pesakit datang ke hospital (Jabatan Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan.
Di Jabatan Kecemasan, pesakit yang mengadu sakit dada kemungkinan dikategorikan sebagai pesakit zon merah atau zon kuning bergantung kepada tahap teruknya kesakitan yang dialami.
Pesakit zon merah dianggap pesakit kritikal sementara pesakit zon kuning dianggap separuh kritikal.
Ini menunjukkan sakit dada adalah simptom atau penyakit yang serius dan mempunyai potensi menjadi bertambah teruk atau menyebabkan kematian. Doktor akan memeriksa dan merawat pesakit kategori ini dengan segera.
Kategori
Secara mudah, punca sakit dada dibahagikan kepada 2 kategori:
1) kardio-pulmonari (jantung dan paru-paru)
2) bukan kardio-pulmonari (berpunca daripada otot dada, salur penghadaman dan lain-lain).
Sakit dada berpunca daripada masalah kardio-pulmonari adalah lebih serius. Kegagalan untuk mengenal pasti perkara tersebut boleh mengakibatkan organ jantung gagal berfungsi atau berlakunya kematian mengejut.
Oleh itu, telah menjadi kewajipan bagi seorang doktor untuk memastikan bahawa sakit dada anda bukannya berpunca daripada masalah jantung atau secara khususnya bukan berpunca dari penyakit jantung koronari.
Bila seseorang mengalami sakit dada atau mati mengejut, kebarangkalian besar ia berpunca daripada penyakit kardiovaskular atau jantung.
Ia diterjemahkan sedemikian berdasarkan statistik punca utama kematian dan kemasukan hospital di Malaysia dan di dunia.
Kebarangkalian mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi sekiranya pesakit sudah disahkan oleh doktor mempunyai masalah jantung atau mempunyai faktor-faktor risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.
Punca sakit dada disebabkan oleh penyakit kardio-pulmonari yang serius melibatkan:
1. Penyakit jantung koronari atau serangan jantung (heart attack)
2. Salur darah utama terkoyak (aortic dissection)
3. Keradangan jantung (pericarditis/ myocarditis)
4. Pendarahan dalam jantung dan paru-paru (cardiac tamponade/hemothora x)
5. Kegagalan fungsi paru-paru (pneumothorax atau pulmonary embolism)
Koronari
Penyakit jantung koronari secara amnya disebabkan oleh pengurangan atau tiada aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.
Tanpa oksigen yang cukup, otot jantung akan cedera atau mati. Jantung yang cedera atau mati mengakibatkan kematian melalui tiga cara:
1) Kematian mengejut disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal
2) Kegagalan otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan
3) Kegagalan mekanikal disebabkan injap rosak atau dinding jantung terkoyak.
Kajian kes kematian akibat penyakit jantung koronari di Amerika Syarikat (AS) pada 1994 menunjukkan 52 peratus pesakit meninggal dunia di tempat kejadian, lapan peratus meninggal dunia dalam jangka masa 24 jam, 19 peratus meninggal dunia dalam jangka masa 48 jam dan 21 peratus lagi meninggal dunia dalam jangka masa 30 hari.
Apa yang dapat disimpulkan kadar kematian penyakit jantung koronari adalah tinggi dan kebanyakan daripada mangsa meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.
Andai di AS yang terkenal dengan tahap pendidikan dan kemudahan kesihatan yang tinggi dan canggih, apakah kebarangkalian kematian pesakit jantung koronari di negara kita sebelum tiba di hospital?
Ada beberapa postulasi kenapa kadar kematian di luar hospital adalah tinggi. Di antaranya ialah kegagalan mengenal pasti simptom sakit jantung, kelewatan meminta bantuan atau kelewatan memberi rawatan awal seperti rawatan renjatan elektrik (defibrilasi) dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Apakah simptom atau manifestasi awal penyakit jantung koronari? Sakit dada semasa rehat atau ketika menjalankan tugas, riadah atau aktiviti adalah antara manifestasi awal.
Ianya sakit yang teramat dan mencemaskan. Ada di antara para pesakit menyatakan ia seumpama terputus nafas atau hampir mati, dada seperti hampir pecah atau seumpama seekor gajah menghempap dada mereka.
Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada, terbakar dalam dada, ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat di dalam dada selama lebih dua minit.
Sakit dada penyakit jantung koronari bertambah jika pesakit meneruskan aktiviti atau stres dan ianya berkurangan atau hilang bila pesakit berehat atau menggunakan ubat pengembangan salur darah (GTN) di bawah lidah.
Kadang-kala sakit dada ini dapat dirasa pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit juga mungkin berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya, muntah dan berpeluh.
Ianya adalah suatu pengalaman yang mengerikan. Jika anda mengalami sakit dada selama lebih dari 10 minit semasa rehat, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Tindakan pantas
Apakah yang perlu anda lakukan bila saudara atau rakan anda mengadu sakit dada seperti yang diutarakan di atas?
Anda perlu yakin bahawa ianya adalah disebabkan oleh penyakit jantung koronari. Tindakan pantas anda mendail talian kecemasan 999 untuk mendapatkan perkhidmatan hospital atau segera menghantar pesakit ke hospital berhampiran berkemungkinan akan menyelamatkan nyawa atau mencegah kemusnahan otot jantung pesakit.
Buatlah panggilan secara efektif. Bertenang dan bernafas dengan betul. Jangan tergesa-gesa bila bercakap.
Kenalkan diri anda dan terangkan keadaan pesakit. Jangan lupa memberitahu lokasi anda dengan tepat.
Elakkan membuat panggilan sia-sia kepada kaum kerabat atau berbincang dengan doktor persendirian pesakit.
Masa adalah amat penting dalam rawatan penyakit jantung koronari. Kemusnahan otot jantung makin bertambah setiap minit sehingga aliran darah koronari kembali mengalir dengan efektif.
Tenangkan perasaan dan dudukkan pesakit dalam posisi rehat. Ini mungkin akan mengurangkan kesakitan pesakit.
Tunggu bersama pesakit sehingga bantuan tiba. Kemungkinan pesakit akan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas dan anda harus melakukan CPR.
Adalah menjadi harapan penulis di masa hadapan setiap kes sakit dada dinilai dan dirawat oleh kakitangan perubatan terlatih yang membawa peralatan dan ubat-ubatan lengkap ke tempat kejadian. Penulis percaya ianya mampu mengurangkan kadar kematian penyakit jantung koronari.
Setibanya di Jabatan Kecemasan, pesakit akan diperiksa oleh doktor. Elektrokardiografi (ECG) akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit dada dan kategori penyakit jantung koronari.
Hasil keputusan ini membantu doktor memberi rawatan yang tepat kepada pesakit. Ubat-ubatan yang akan diberi kepada pesakit ini termasuk oksigen, aspirin, plavix, GTN, morfin, heparin, streptokinase dan lain-lain.
Pakar jantung akan melakukan Intervensi Jantung Primer (Primary Coronary Intervention) atau pembedahan jika keadaan amat memerlukan.
Kesimpulannya, penyakit jantung koronari adalah pembunuh utama masyarakat Malaysia. Ia mampu dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat – makanan seimbang, melakukan senaman sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali seminggu, tidak merokok atau mengambil alkohol, dan juga selalu berdoa kepada tuhan.
Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada. Bertindaklah sewajarnya kerana anda mampu menyelamatkan nyawa anda sendiri dan mereka yang tersayang. Allahualam.
~ Dr Rashidi Ahmad
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, October 14, 2009
SAKIT DADA - SILA AMBIL PEDULI
ADNAN TUKANG JOLI RAKYAT TUKANG BAYAR
Bismillahirahmannirahim..
Adnan tidak perlu bayar RM63 juta
PUTRAJAYA - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) tidak perlu membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini semalam.
Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, mendapati Menteri Besar itu tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman yang dipohon oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. bagi mendapatkan bayaran itu daripada kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, wang berkenaan masih perlu dibayar kepada syarikat berkenaan kerana keputusan semalam tidak melibatkan keputusan utama (memerintahkan kerajaan Pahang membuat bayaran RM63 juta itu) oleh Mahkamah Tinggi pada 2007. - Bernama
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Tuesday, October 13, 2009
MENANG KERANA BENAR ?
Bismillahirahmannirahim..
karangan ~PakKaramu~ on 10/12/2009
Salam,
Di kalangan UMNO mengatakan mereka menang di Bagan Pinang kerana mereka benar ? Kemudian mereka kata PAS telah kalah kerana PAS tidak benar ? Demikian penilaian yang mereka telah buat, kemudian Pak Karamu kata regim Yahudi itu benar , kerana itu mereka menang dan Palastin itu salah sebab itu mereka kalah, UMNO yang berjuang dengan semangat kebangsaan dan nabi tak mengakui umatnya menang kerana UMNO menang dan PAS yang berjuang dengan dasar islam tidak benar kerana itu PAS kalah ?
UMNO tang telah menang kerana rasuah yang nyata telah menang demikian juga calonnya maka UMNO itu benar dan PAS telah kalah dengan teruknya maka PAS tidak benar kerana tiada rasuah dan kerana tiada rasuah maka PAS kalah, UMNO buat berbagai cara kerana ia hendak menang maka mereka buatlah berbagai cara maka mereka menang, PAS tak buat macam UMNO buat kerana takutkan dosa pahala maka PAS kalah, pengalaman dalam tentera mengajar Pak Karamu erti benar dan salah maka rata-rata yang salah itu menjadi benar dan yang benar itu menjadi salah
Manusia sudah tidak lagi mengenal salah hakiki dan benar hakiki kerana penilaian salah dan benar hakiki ini sudah tidak lagi sesuai buat masa sekarang itulah satu realiti penilaian manusia zaman yang di katakan bertamadun ini, sesiapa yang mahu maju dan menang kena buat bengkok dan siapa yang mahu kalah kenalah buat lurus, dalam sembahyang kita minta Tuhan tunjukkan ke arah jalan yang lurus akan tetapi bengkok juga yang mendorong kita untuk menang walaupun sikap itu munafik, kemudian ada orang berkata " munafik tak apa asalkan jangan kafir " pada hal orang munafik itu tempatnya di bawah neraka orang kafir so macam mana ?
~PakKaramu~
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
PERIKSA BIL JIKA KE GIANT
Bismillahirahmannirahim..
Periksa Bil Jika Ke Giant Kota Damansara
Nukilan M.A.S
Jam 12.30 tadi saya dan 2 anak ke Giant di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Pantas kami membeli beras, ayam, 2 barang permainan , bateri dan shaving foam. Jam 12.51 saya membuat pembayaran di kaunter, RM327.26.
“Senapang, Battle Max-Sceptor ini harganya RM149, bukan RM199,” saya memberitahu juruwang kaunter 24, Farah Yesmin.
“Oh! Saya dah punced, pergi ke Customer Service,” arahnya.
Saya terus berdiri di hadapannya.
“Cubalah check dulu harga sebenar, mungkin saya tersalah tengok,” ujar saya.
Penyelia perempuan berdiri di kaunter berhampiran kemudian memanggil pekerja lelaki berasal dari Jawa, Indonesia tampil kekaunter menggunakan walkie-talkie. Melihat kejadian itu, pengawal keselamatan Giant menghampiri dan memegang tangan saya.
"Don't dare touching me," saya mengingatkan dia sambil menolak tangannya.
Perbuatan bodohnya itu mungkin menggambarkan kepada pelanggan lain saya melakukan kesalahan sedangkan saya hanya menuntut hak sebagai pelanggan.
Setibanya pekerja Indonesia di kaunter, penyelia bertanya kepadanya.
“Berapa harga barang permainan ini?,” tanya juruwang.
“RM199,” katanya yakin.
“Cuba check dulu,” pinta saya.
Pekerja Indonesia itu kemudian berjalan ke arah rak barang permainan, saya mengikutnya rapat dari belakang.
“Mana tulis RM199?,” tanya saya kepada pekerja bermuka masam itu.
“RM149. RM199 harga lama,” ujarnya selamba.
“Tadi kamu kata RM199, kalau saya tak suruh check, saya kena tipu macam tu sajalah?,” saya menegurnya.
Dia langsung tidak menoleh, jauh sekali memohon maaf. Kami bersama berjalan menuju ke kaunter semula. Saya kemudian meminta penyelia memanggil pengurus bertugas.
“Bagi diskaun sahaja dengan dia,” kedengaran suara dari walkie-talkie.
“Hello! Saya bukan nak minta diskaun, saya nak jumpa manager. Tak boleh ke?,” saya bersuara.
Kurang 5 minit, muncul penolong pengurus, Zahir Ishak.
Saya jelaskan kepada Zahir perkara berlaku.
“Awak panggil budak Indon kurang ajar tu balik, datang sini, minta maaf. Jangan suka suka menipu saya. Saya ada duit, bukan nak minta diskaun. Lagipun barang itu saya dah bayar. Usah tunjuk muka haram jadah dengan customer. Kalau silap minta maaf, mudah,” pinta saya.
Zahir kemudian bergegas mencari pekerja Indonesia saya maksudkan. Kurang 10 minit, pekerja itu muncul bersama Zahir dari celah rak dan berjalan kearah saya.
“Kamu jangan kurang ajar dengan customer. Di Indonesia, kamu boleh buat macam itu, bukan di negara saya. Suka hati kamu sahaja bubuh harga, bila tersilap tidak pandai minta maaf, lepas itu tunjuk muka sombong. Kamu fikir saya tidak kenal angka?,” kata saya.
“Saya minta maaf,” ujar pekerja berusia 23 tahun itu.
Zahir kemudian membawa barang permainan saya beli ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Dia kembali semula bertemu saya dan menghulurkan resit berserta wang tunai RM50.
“Terima kasih Zahir,” ucap saya.
Moto Giant, ‘Harga Rendah Tiada Tandingan’. Khusus kepada pihak pengurusan Giant Kota Damansara, jangan rendahkan kualiti perkhidmatan dengan menggajikan pekerja tidak komited sekaligus merugikan pelanggan. Lebih penting, belajarlah memohon maaf dan usah memperkotak katikkan pelanggan jika melakukan kesilapan bodoh. Seperkara lagi, jangan bertindak lembab bak semut berjalan sedangkan mendakwa 'Giant'.
Pesanan saya, jika membeli belah di premis sama, sila periksa bil secara teliti, jika tidak pelanggan mungkin tertipu begitu sahaja.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
MUT'AH UNTUK ISTERI DICERAI
Bismillahirahmannirahim..
Mut’ah bayaran sagu hati untuk isteri dicerai
SAYA diceraikan suami sejak sebulan lalu. Saya dinasihatkan rakan sekerja bahawa selain berhak menuntut nafkah Iddah, saya juga berhak menuntut mut’ah. Saya tidak pernah tahu bahawa seseorang perempuan yang diceraikan boleh menuntut mut’ah. Apakah itu mut’ah dan adakah saya berhak menuntutnya?
Nurbaya
--------
Saya percaya bukan puan saja yang tidak pernah tahu mengenai kewujudan mut’ah, malah ramai lagi wanita masih tidak tahu apakah hak mereka selepas diceraikan terutama hak terhadap Mut’ah. Mut’ah adalah hak pemberian yang diwajibkan oleh hukum syarak selepas isteri diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya. Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 mentafsirkan mut’ah sebagai bayaran sagu hati yang diberi suami kepada isteri dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan.
Tujuan pensyariatan Mut’ah dalam Islam adalah untuk menutup rasa malu yang dialami isteri selepas diceraikan, menghindarkan fitnah dan juga menjadi asas untuk isteri memulakan kehidupan bersendirian tanpa suami selepas diceraikan. Ini kerana seorang isteri pada kebiasaannya akan berdepan kepayahan untuk hidup bersendirian kerana ketika tempoh perkahwinan hidup bergantung kasih kepada suami.
Selain itu, mut’ah disyariatkan bagi menghilangkan prasangka buruk bahawa seseorang isteri itu diceraikan bukanlah kerana keaiban pada dirinya sendiri, maka itulah tujuannya wajibnya mut’ah ke atas suami. Bagaimanapun, asas pemberian mut’ah dan juga kadarnya berdasarkan keredaan kedua-dua pihak suami isteri. Jika kedua-duanya tidak dapat mencapai persetujuan, maka mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan kadar mut’ah berdasarkan ke-mampuan dan pendapatan suami.
Hak mut’ah ini berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Al-Baqarah dalam ayat 241 yang bermaksud; “Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah dengan cara yang patut sebagai satu tanggungan yang wajib bagi orang-orang yang bertaqwa”.
Seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 memperuntukkan bahawa selain haknya untuk menuntut nafkah, seseorang wanita yang diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh menuntut mut’ah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah. Mahkamah boleh, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa isteri diceraikan tanpa sebab yang patut, boleh memerintahkan si suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut hukum syarak.
Oleh yang demikian, puan sebenarnya berhak untuk memohon tuntutan mut’ah. Tuntutan hendaklah dibuat dengan cara memfailkan permohonan puan di Mahkamah Syariah, yang kemudiannya akan mendengar permohonan puan melalui perbicaraan di hadapan hakim dan saksi yang dikemukakan. Dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan ketika perbicaraan bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan yang sewajarnya.
Adalah diingatkan bahawa walaupun puan berhak membuat tuntutan mut’ah, jumlah tuntutan itu dan kelayakan puan untuk menerima mutaah akan ditentukan mahkamah jika terdapat tentangan daripada pihak suami. Mut’ah juga akan ditentukan berdasarkan kadar munasabah mengikut kemampuan dan pendapatan suami puan.
Saya berharap jawapan saya ini dapat membantu puan dan mana-mana pasangan lain yang masih tidak memahami hak terhadap mut’ah. Saya juga menasihatkan puan sebelum membuat permohonan itu, sila puan dapatkan khidmat nasihat peguam Syarie yang bertauliah bagi melancarkan permohonan puan.
Jawapan ini disediakan oleh Exco Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Yusmawati Abllah
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
PENGHALANG DALAM MENUNTUT ILMU
Bismillahirahmannirahim..
Penghalang-Penghalang dalam Menuntut Ilmu
Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.
Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis :
“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak. (1)
Siapa kah orang yang tidak mau di doakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi?? Sungguh hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.
Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi.
Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang :
1. Niat yang rosak
Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rusak maka rusaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantug niatnya, dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…” (2)
Imam Malik bin Dinar (wafat th.130 H) rahimahullah mengatakan,”Barangsi apa mencari ilmu bukan karena Allah Ta’ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya karena Allah.”
2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil
Coba kita ingat mungkin terkadang saat kita belajar terbersit di hati kita “Supaya jadi rangking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang?? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang bisa selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riya. Rasulullah sangat mengkhawatirkan adanya penykit ini pada umatnya. Karena seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sadari, hingga Rasulullah mengibaratkan bahwa penyakit riya itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan?? So, be careful.
Rasulullah bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah kesyirikan dan syahwat tersembunyi.” (3)
Mahmud bin Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin / senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita behati-hati terhadap penyakit ini, karena Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihi Wassallam :
“Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan aibnya. Dan banrangsiapa yang beramal karena riya maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” (4) Naudzubillahi mindzalik.
3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu
Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, niscaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahwa orang yang menghadiri majlis ilmu –insyaAllah- mendapatkan dua keberuntungan, yaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat!
4. Beralasan dengan banyaknya kesibukan
Alasan ini seringkali dijadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu. Coba dihitung, Allah memberikan kita 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirihat, masih ada 8 jam lagi… apa yang selama ini telah kita lakukan untuk memanfaatkan sisa waktu itu?
5. Menyia-nyiakan kesempatan belajar di waktu kecil
Allah Ta’ala berfirman : ”Dan beribadahlah kepada Rabb-mu hingga datangnya kematian.” (QS.Al-Hijr : 99)
Karena itu, mari kita semua para remaja, maupun orang tua, laki-laki maupun wanita, kita bertaubat pada Allah Ta’ala atas apa yang telah luput dan berlalu. Sekarang, kita mulai menuntut ilmu, menghadiri majlis ta’lim, belajar dengan benar dan sungguh-sungguh dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya sebelum ajal tiba.
Ketika ditanya pada Imam Ahmad, ”Sampai kapankah seseorang harus menuntut ilmu?” Beliau pun menjawab ”sampai meninggal dunia.”
6. Bosan dalam menuntut ilmu
Diantara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dengan berkonsentrasi mengikuti peristiwa yang sedang terjadi. Ilmu yang kita cari seharusnya mendorong kita untuk mengetahui keadaan kita sendiri. Kita tidak akan bisa mengatasi berbagai masalah dan musibah yang menimpa kecuali dengan meletakkannya pada timbangan syariat. Seorang penyair mengatakan : ” Syariat adalah timbangan semua permasalahan dan saksi atas akar masalah dan pokoknya” (5)
Bosan itu adalah penyakit. Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan ada obatnya. Tidaklah musibah terjadi melainkan ada penyelesaiannya dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Oleh karena itu, kita harus melawan rasa bosan yang terkadang timbul saat kita belajar. Belajarlah sampai Anda mendapatkan nikmatnya ilmu.
7. Menilai Baik Diri Sendiri
Maksudnya adalah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya. Allah TA’ala berfirman : ”Maka janganlah kamu merasa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm : 32)
8. Tidak Mengamalkan Ilmu
Tidak Mengamalkan Ilmu merupakan salah satu sebab hilangnya keberkahan ilmu. Allah Ta’ala benar-benar mencela orang yang melakukan ini dalam firmanNya : ”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahwa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan (QS.Ash-Shaff : 3)
9. Putus Asa dan Rendah Diri
Allah berfirman : “Dan Allah mengeluarkankamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl : 78)
Putus Asa dan Rendah Diri adalah salah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa. Selain itu menjauhi maksiat adalah sebab paling utama dalam menguatkan hafalan dan memperoleh ilmu.
10. Terbiasa Menunda-Nunda
Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan : ”Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut : ” Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam di hatimu karena ia membuat lesu dan merusak hati. Ia memendekkan umur kita, sedangkan ajal segera tiba… Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu! Ingatlah apa yang telah engkau kerjakan, engkau perlekehkan, engkau sia-siakan, engkau hasilkan dan apa yang telah engkau lakukan. Sungguh semua itu akan dicatat dan dihisab sehingga seolah-olah engkau terkejut dengannya dan engkau sadar dengan apa yang telah engkau lakukan, atau menyesali apa yang telah engkau sia-siakan.” (6)
11. Belajar kepada Ahlul Bid’ah
Seorang penuntut ilmu tidak boleh belajar pada ahlul bid’ah karena ahlul bid’ah merasa ridha terhadap sesuatu yang menyelisishi agama Allah, seolah-olah ia mengatakan bahwa Allah Ta’ala belum menyempurnakan agama ini dan Rasulullah belum menyampaikan seluruh risalah.
12. Tergesa-gesa ingin memetik buah ilmu
Seorang penuntut ilmu tidak boleh tergesa-gesa dalam usahanya memperoleh ilmu, karena belajar adalah proses seumur hidup. Terutama yang berkaitan dalam masalah agama tidak cukup dilakukan dalam waktu satu atau dua tahun belajar.Imam Yahya bin Abi Katsir rahimahullah mengatakan,”Ilmu tidak bisa diperoleh dengan tubuh yang dimanjakan”
Imam Ibnu Madini rahimahullah mengatakan,”Dikataka n kepada Imam As-Sya’bi ’Darimana Anda peroleh semua ilmu ini?’ Beliau menjawab,’Dengan tidak bergantung pada manusia, menjelajahi berbagai negeri, bersabar seperti sabarnya benda mati, dan berpagi-pagi mencarinya seperti pagi-paginya burung gagak.”
Disarikan dari : Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga, karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas (Pustaka At-Takwa : 1428 H)
Catatan Kaki:
Hadist Shahih, diriwayatkan oleh ahmad, abu Dawud, attirmidzi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban [1]
hadist shahih riwayat Al-Bukhari [2]
hadist shahih riwayat Thabrani [3]
HR.Bukhari-shahih [4]
Ishlaahul Masaajid minal Bida’ wal Awaa’id hal.110, karya al-Allamah Muhammad bin Jamaluddin al-Qasimi rahimahullah [5]
dari Iqtida al-Ilmi al’amal [6]
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
ISTIKARAH DALAM MEMILIH JODOH
Bismillahirahmannirahim..
Istikharah Dalam Memilih Jodoh
Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.
Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.
Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang. Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.
Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana
agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati. Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.
Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.
“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.
“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.
Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi. Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.
Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..
Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini.
Saya telah lalu pengalaman ini, ia amat berat dan menyakiti hati saya. Sebab itulah saya membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan abadi. Luka di hati saya sukar untuk sembuh. Kekecewaan sesangat.
Taman2Syurga@yahoogroups.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
AYAH YANG DERHAKA
Bismillahirahmannirahim..
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya ;
1) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri.Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan islam dengan iman dan taqwa.
2) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.
3) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sumber yang diragukan.Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka.Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.
4) Seorang ayah yang terlalu memenuhi keinginan duniawi anak-anaknya secara melampaui batas, segala kemahuan dituruti tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Bila mana anaknya membesar menjadi insan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain hatta keluarganya sendiri.
Renung-renungkanlah saudaraku..
Kadang-kadang bila di dalam hidup kita dirundung masalah yang tidak pernah putus-putus, cuba kita muhasabah diri bagaimanakah hubungan kita dengan Allah selama ini dan bagaimanakah hubungan kita dengan ibu dan ayah kita.
Cubalah koreksi diri sendiri adakah solat kita sempurna, rezeki yang kita perolehi selama ini adakah berkat, dan adakah kita telah mengeluarkan zakat.
Mungkin selama ini hati kita masih lagi kotor dengan dosa yang kita lakukan tanpa pernah bertaubat.Ayuhla semua dirikan solat sunat taubat semoga diri kita, keluarga kita, anak- anak kita dikurniakan hati yang bersih, barulah kebahagiaan akan dapat kita kecapi.
Ahmad Faizal Mohamad.. faizal_ny@yahoo.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
LEFTHANDED TUKAR VOCALIST ..?
Bismillahirahmannirahim..
Dalam kebosanan aku ronda2 kat youtube.. Layan lagu2 lama.. Aku x tau plak lefthanded dah tukar vocalist lain plak skrg ni.. X leh cari mkn la nash mcm ni.. huhuhu.. layan jer laa..
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Monday, October 12, 2009
HARI KEMARAHAN PERTAHAN AI-AQSA
Bismillahirahmannirahim..
BINGKISAN DARI YAMAN
Hari Kemarahan Antarabangsa bagi pertahan al-Aqsa
Oleh: Imran al-Malizi
Hari Jumaat minggu lalu (13 Syawal 1430), adalah Hari Kemarahan Antarabangsa untuk mempertahankan Masjid-Aqsa sebagaimana yang dianjurkan oleh Ketua Majlis Jawatankuasa Yayasan Al-Quds Antarabangsa, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bersempena memperingati tahun ke-9 Intifadhah al-Aqsa (Disember 2000).
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, pemimpin parti Islah di Yaman telah membidas secara keras para pemimpin di negara-negara Arab kerana sikap mereka yang berpura-pura tidak mengetahui kegiatan pencerobohan yang sedang berlaku di Masjid al-Aqsa pada ketika ini.
Beliau berkata demikian dalam khutbah jumaat yang disampaikan pada minggu lalu di Masjid al-Rahman di ibu negara Sana'a, khusus membicarakan isu Palestin dan kehormatan ibu kota al-Quds (Baitul-Maqdis) .
Beliau juga menegaskan bahawa para pemimpin Arab tersebut tidak mempunyai apa-apa kehendak melainkan hanya tunduk menurut segala kemahuan dan arahan pihak musuh (regim Zionis). Tambahnya lagi, "Sesungguhnya mereka itu lemah dalam berhadapan dengan kepungan dan penjajahan negara-negara asing ke atas diri mereka sendiri."
Menurut beliau, kelemahan tersebut berpunca kerana perpecahan di kalangan umat Arab itu sendiri. Katanya, "Ini kerana kita berpecah dan terbahagi kepada negara-negara yang kecil dan lemah."
Syeikh al-Zindani menyarankan agar diwujudkan kesatuan di kalangan bangsa Arab atau kesatuan atas nama Islam. Ini bakal menjadikan isu Palestin ini dipikul secara bersama oleh umat Islam di seluruh dunia.
Setelah solat jumaat, satu demonstrasi secara besar-besaran telah diadakan di Dataran Sab'een. Rakyat dari segenap lapisan telah datang dari seluruh masjid di Sana'a yang mana khutbah jumaat di kesemua masjid pada hari itu menyeru kepada kebangkitan umat untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Dalam perhimpunan rakyat tersebut, Syeikh Sodeq al-Ahmar, presiden sebuah badan bertindak bagi membantu rakyat Palestin, telah berucap dengan menyeru para pemimpin negara-negara Arab agar bersama dengan pendirian rakyat di negara masing-masing. Supaya mereka berada pada satu pendirian dalam menangani isu Palestin.
Beliau menegaskan bahawa hubungan politik beberapa negara Arab dengan Israel tidak akan memberi apa-apa manfaat selain kehinaan dan kelemahan. Oleh itu, beliau menuntut agar segala bentuk hubungan itu dihentikan serta-merta. Usaha yang dilakukan ini bakal meniupkan ruh perjuangan dalam diri umat dan mengarahkan segala kekuatan pada saluran yang tepat.
Kata beliau lagi, "Jika bukan kerana kesungguhan rakyat di seluruh dunia Arab, umat Islam dan ketahanan para perwira Palestin nescaya tidak terlaksana penentangan rakyat Palestin bagi meraih kemenangan, yang mana dicapai dalam situasi yang getir, pengorbanan yang berat, sungai darah yang ditumpahkan mengalir di seluruh bumi Palestin.
Ini menuntut negara-negara Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan regim zionis agar mempertimbangkan semula pendirian mereka dan berpihak kepada kemahuan rakyat dalam menyokong usaha penentangan rakyat Palestin dan membekalkan mereka dengan bantuan kewangan dan senjata sebagai satu-satunya pilihan untuk mendapatkan kembali hak yang telah dirampas."
Umat Islam juga perlu diberikan kesedaran betapa usaha kotor yang sedang dilakukan oleh regim zionis untuk merobohkan Masjid al-Aqsa perlu diberikan perhatian serius. Para khatib juga diseru agar terus-menerus menjadikan isu Palestin dan keutamaan Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam sebagai tajuk utama khutbah di seluruh dunia Islam bagi menyuntik kesedaran ke dalam dada umat.
Para ulama dan pendakwah juga diseru agar memainkan peranan dan menjalankan kewajipan mereka terhadap apa yang sedang berlaku di bumi Palestin yang berada di bawah penjajahan pada ketika ini. Juga mereka perlu memainkan peranan yang penting dalam menangani bahaya yang sedang mengancam umat Islam di negara masing-masing. Segala unsur-unsur yang menyelewengkan dan menjauhkan umat daripada memberikan perhatian kepada isu-isu Islam perlulah diatasi.
Para pembesar dan pemerintah di negara-negara dunia Islam juga perlu mengenepikan segala pertelingkahan dan perbezaan pendapat dengan golongan-golongan berhaluan Islam agar mereka berada pada satu saf dalam menangani masalah-masalah umat Islam.
Majalah berhaluan Islam al-Mujtama'a yang berpusat di Kuwait dalam keluaran 15-21 Ogos 2009 telah menyiarkan gambar pada kulit hadapannya replika Haikal (Kuil) Sulaiman yang ingin didirikan oleh regim zionis setelah dirobohkan Masjid al-Aqsa kelak.
Replika dengan skala yang besar itu dibawa khas ke tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa yang kini dikuasai oleh golongan Yahudi di mana mereka melaksanakan upacara-upacara ibadat mereka di situ.
Tajuk utama pada kulit majalah al-Mujtama'a itu berbunyi; "Wahai orang-orang yang tidur! Berwaspadalah kamu! Haikal Yang Diimpikan (Yahudi) telah pun sampai ke dataran Masjid al-Aqsa."
Pada muka surat 18-19, disiarkan beberapa gambar yang menunjukkan kerja-kerja pemasangan replika tersebut yang sedang dijalankan oleh para pekerja berbangsa Yahudi.
Tertulis kata-kata berikut di halaman 18: "Inilah dia Haikal (kuil) Yang Diimpikan (Yahudi), sesungguhnya orang-orang Yahudi telah membina replika yang berbentuk untuk mengambarkannya.
Gambar-gambar ini menunjukkan kerja-kerja memindahkannya ke Masjid al-Aqsa al-Mubarak, sebagai satu pengisytiharan untuk membinanya di atas bumi al-Aqsa dan di tengah-tengah datarannya, (replika itu) dibuat untuk tujuan pameran bagi orang-orang zionis (Yahudi). Sebagai satu permulaan untuk merobohkan Masjid al-Aqsa itu sendiri setelah mereka dapat menguasai keseluruhannya dan mendirikan Haikal yang Diimpikan.
Allah tidak mengizinkan untuk ia diruntuhkan menurut perancangan dan peraturan mereka, "..mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." (al-Anfal: 30).
Gambar-gambar ini ditujukan kepada orang-orang yang tidur, orang-orang yang lalai, orang-orang yang tertutup (hatinya), orang-orang yang melakukan perdamaian dengan zionis!! Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dari Allah."
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..