بسم الله الرحمن الرحيم
K'jaan mansuh diesel super subsidy 9 kategori kenderaan.
Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun depan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan akhbar hari ini, memaklumkan bahawa berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 sen seliter.
Walau bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter.
Kategori kenderaan yang terlibat adalah Penggerak Utama, Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.
Menurut kenyataan itu, rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober tahun lepas yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.
"Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.
Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta," menurut kenyataan KPDNKK itu.
Sementara itu, KPDNKK memaklumkan bahawa diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.
Menurut KPDNKK, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.
Dalam pada itu, KPDNKK berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.
Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 sen seliter.
- Bernama
Note: K'jaan mansuh diesel super subsidy 9 kategori kenderaan dan akibatnya segala barang keperluan akan ikut naik harga lagi.. kah kah kah kah.. padan muka rakyat malaysia.. kah kah kah kah.. terima kasih kerajaan najis tong nazak.. kah kah kah kah.. paling pandai sekali adalah penyokong2 umno.. kah kahkah kah.. tiap2 hari kena kencing berak pun masih lagi undi umno.. kah kah kah.. mampos ko kat situ...!!!! kah kah kah kah
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, May 18, 2011
HARGA BARANG KEPERLUAN AKAN NAIK LAGI !!!!
UNTUK SEBARAN UMUM...(VIRUS SEMUT)
بسم الله الرحمن الرحيم
Apa Koobface itu (Virus Semut) ?
Koobface juga disebut sebagai Facebook worm, Myspace worm atau Facebook virus adalah sejenis worm yang menyebar melalui pesanan-pesanan di social networking seperti Facebook dan MySpace. Worm ini mampu menyusup ke PC kita dan kemudian mereplikasi dan menjangkiti semua f...ile yang ada dalam harddisk. Beza antara worm dan virus, jika virus biasanya akan menempel di file-file yang ada dalam computer kita, sedangkan worm akan menghapus file yang ada dan membuat file tiruan yang sudah terinfeksi. Hebatnya lagi worm ini mampu mengirim email automatik dari PC yang sudah terinfeksi ke PC lainnya untuk menyebar.
Bagaimana Virus bertindak?
Biasanya virus ini menyebar melalui message menggunakan account teman kita di facebook, seolah-olah teman kita sedang mengirimkan sebuah link foto atau video. Kadang-kadang disertai ayat-ayat yang memerangkap seperti “you look funny in this video” atau “you look so stupid in this pic“. Atau berisi nama dan isu-isu oang terkenal yang lagi hangat. Misalnya yang terbaru adalah menyebar melalui link video bernama Obama atau yang berbau fornografi. Dan jika kita klik link untuk membuka video yang kita sangka dikirim oleh teman kita, sebuah player video akan muncul tapi video yang ada tidak akan berjalan dan kita diminta untuk mendownload sebuah codec atau harus melakukan update video player agar bisa memainkan video yang ada. Ketika kita mengikuti perintah yang ada dan mengklik link update video/flash player, sepertinya kita sedang mendownload sebuah file flash_player.exe, padahal sebetulnya kita sedang mendownload sebuah file worm atau Trojan yang bernama codecsetup.exe atau tinyproxy.exe. File inilah yang akan menyerang dan mengjangkiti seluruh file dan system di komputer kita.
Cara Remove Koobface.
Incase komputer kita sudah ditembusi koobface, cara paling mudah untuk me-removekan worm ini adalah dengan menggunakan software antispyware. Dan kalau kita menggunakan anti spyware ataupun anti virus jangan lupa untuk selalu melakukan update, karana worm ini juga sering di update oleh syarikat anti-virus tersebut.
.......................................................................................................................
KEBERKESANAN JUGA BERGANTUNG KEPADA SEJAUH MANA VIRUS ITU SUDAH MENYERANG....SEMOGA IN4 INI BERGUNA KEPADA SEMUA...TERIMA KASIH
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
PETUA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.90 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen… mula2 mmg aku tak percaya... tapi... ...
1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la...
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0' , '1' , '9' , '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang
"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka tersipu-sipu isi jer la minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.90 seliter... - jom borak
Note: kah kah kah kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Tuesday, May 17, 2011
KISAH BENAR: DATUKKU SEORANG PEMBAWA HIV!
بسم الله الرحمن الرحيم
TOLONG SEBAR-SEBARKAN ENTRY INI JIKA ANDA BERSETUJU BAHAWA IANYA MUNGKIN BERKESAN MENENTANG SALAH FAHAM TENTANG HIV, AIDS, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGMENTAL DAN MALPRACTICE! IANYA BOLEH DICETAK DAN DILEKATKAN DI NOTICE BOARD PEJABAT, SEKOLAH, MASJID, SURAU, KOLEJ, IPTA/ IPTS DAN DI MANA SAHAJA YANG DIFIKIRKAN SESUAI. IANYA JUGA BOLEH DISEBARKAN MELALUI APA JUGA WEBSITES, E-MAIL, TWITTER, FACEBOOK DAN BLOG UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN.
Pada suatu petang seorang datuk melayan cucu lelakinya yang bernama Iman, berumur 15 tahun memancing di sebuah boathouse di Tasik Kenyir. Keindahan pemandangan alam semulajadi ciptaan Allah memukau dan menenangkan jiwa sesiapa sahaja. Mereka sekeluarga bercuti sambil mengadakan sambutan hari keluarga di sana. Ahli keluarga yang lain pergi menjalani aktiviti jungle trekking di Pulau herba yang berdekatan.
Datuk tersebut sebenarnya seorang pembawa HIV dan menikmati sisa-sisa hidupnya sebagai seorang pesara dan ahli jawatankuasa masjid. Hubungan datuk dengan cucunya itu sangat rapat kerana dialah satu-satunya cucu lelaki kepada lelaki tua tersebut.
Iman: “Atuk, Iman nak tanya sikit boleh tak?”
Atuk: “Ada apa pulak kali ni Iman…?, tanyalah.”
Iman: “HIV tu apa Atuk?”
Atuk: “HIV tu akronim kepada virus yang melemahkan sistem pertahanan badan…”
Iman: “Ooo… AIDS pulak tuk?”
Atuk: “AIDS pun akronim kepada sekumpulan penyakit yang biasa menjangkiti pembawa HIV apabila sistem pertahanan badannya menjadi terlalu lemah atau tiada lagi. Macam negara kita juga, tak ada polis dan askar ramailah yang nak menceroboh”.
Iman: “Contoh?”
Atuk: “Kanser, boleh kena pada sesiapa pun tetapi kalau kena pada pembawa HIV yang lemah imunisasi badan, mereka panggil AIDS…”
Iman: “Maknanya HIV dan AIDS bukan penyakitlah?”
Atuk: “Bukan... Kenapa, apa sebenarnya Iman nak tanya ni?”
Iman: “Hehehe… atuk ada HIV kan?”
Atuk: “Iya…!”
Atuk buat-buat bodoh menunggu soalan seterusnya daripada Iman.
Iman: “Teruk ke tuk?”
Atuk: “Tak adalah biasa-biasa je, sama macam penyakit-penyakit kronik lain tapi orang luar ajelah selalu salah sangka. Selalunya mereka takut-takut untuk bergaul dengan atuk kalau tahu atuk ada HIV, kononnya mereka takut berjangkit…!”
Iman: “Kenapa tuk?” Iman kelihatan teruja.
Atuk: “Mereka tak betul-betul faham HIV dengan cara jangkitannya. Pastu selalu orang kaitkan HIV dengan gejala negatif seperti hubungan seks bebas dan dadah. Kononnya HIV ni penyakit orang-orang jahat. Itu tidak semestinya. Dulu-dulu doktor dan kakitangan hospital pun ramai yang anggap begitu.”
Iman: “Eh, memanglah. Iman belajar pun begitu tuk… Iman tanya cikgu kaunseling, cikgu kaunseling pun cakap begitu…. HIV kan berjangkit melalui seks bebas dan dadah.”
Atuk: “Bukan kerana perbuatannya tetapi kerana punca jangkitannya. Contoh, kalau seseorang buat hubungan seks dengan ramai pasangan tetapi semua pasangannya bebas HIV, dia pun tak kena HIV…”
Iman: “Dadah?” Tanya Iman seperti tidak puas hati.
Atuk: “ Samalah, suntik atau telanlah 50 ribu kilo dadah sehari dan selagi tak kongsi jarum suntikan dengan pembawa HIV, HIV takkan terjangkit. Tetapi dapatlah penyakit lain pula…” Atuk tergelak.
Iman nampaknya makin keliru berbanding dengan pengetahuan sedia adanya.
Iman: “Habis, bolehlah buat sesuka hati kita tuk? Tak kena HIV ya?”
Atuk: ”Isskh… lain macam bunyi soalan Iman ni… Maksud atuk, antara fakta dengan anggapan adalah berbeza. Antara dosa dan punca jangkitan tak sama…”
“Walaupun sekali berkongsi jarum suntikan dengan pembawa HIV tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti. Sebab tu Iman tak boleh cuba-cuba buat benda haram. Tak kiralah dengan perlindungan ataupun tidak kerana agama kita menghalangnya”
“Mula-mula dulu atuk pun tak faham kenapa kempen cegah HIV agihkan jarum suntikan, bekalkan methadone dan kondom percuma. Macam menggalakkan pula. Bila fikir betul-betul baru atuk faham. Kalau tak buat gitu lagi teruk jangkitannya. Sekurang-kurangnya kita dah mendekati golongan berisiko untuk dibantu dan dirawat.”
Iman: “Tangkap dan hukum sahajalah semuanya tuk…!”
Atuk tersenyum memandang Iman dan berkata: “Tangkap, hukum dan penjara memang mudah. Mungkin boleh menyekat seketika tetapi takkan mampu menghapuskannya. Contoh, dadah akan ada selagi berlakunya rasuah. Pelacuran, gay dan homoseksual wujud sepanjang sejarah kehidupan manusia sama ada secara terbuka atau tersembunyi termasuk di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita kena ubah keseluruhan sistem”
Iman:”Sistem?, tak fahamlah tuk..!”
Atuk: ”Macam ni, kemajuan sesebuah negara bukan diukur dengan fizikal sahaja. Mesti seimbangkan dengan pembangunan rohani tanpa mengira agama. Bersungguh-sungguh menghalang hedonism. Pendidikan dan usaha berterusan menggalakkan nilai-nilai positif secara serius”
Iman: ”Ooo… kalau buat begitu selesailah masalah atuk ya?”
Atuk: ”Masalah tetap ada tetapi dapat kita minimakan. Islam lebih menekankan aspek pencegahan daripada rawatan tetapi masalahnya kita terlalu cepat menghukum kerana miskin minda.”
Iman: ”Habis kenapa tak ubah tuk?”
Atuk: ”Nantilah atuk terangkan, ianya tak semudah tu. Sekarang ni kita jangan pergi terlalu jauh. Kita fikirkan apa yang kita boleh buat untuk bantu.”
Iman kelihatan berfikir untuk cuba memahami maklumat tersebut sebelum atuk menyambung kembali.
“Iman kan tahu, ada juga yang dijangkiti melalui ibu kepada anak, melalui pemindahan darah atau pun organ dan isteri-isteri yang tidak mengetahui suami mereka pembawa HIV. Mereka tidak bersalah, jadi tidak adil kita katakan HIV ni masalah orang-orang tertentu sahaja.”
Sinar mata Iman mula menunjukkan beliau semakin memahami kekeliruan tersebut.
Iman: “Betul tuk… kasihan merekakan. Lagipun atuk selalu pesan, sejahat manapun manusia, kalau dia dah sakit, kita wajib bimbing dan tolong dia tuk kan?”
“Cikgu kata, virus HIV ni sebenarnya lemah tak seperti virus Influenza dan H1N1 yang boleh tersebar melalui udara. Pembawa HIV patut belajar daripada virus tu sendiri tuk, kan? Lemah tapi tabah, pelan-pelan ‘fotostat’ diri dia sendiri sampai jadi banyak dan susah nak dihapuskan.”
Atuk: “Pandai pun… macam tu lah cucu atuk! Bermakna ianya boleh dirawat. Tak guna menghukum dan mengutuk kerana pembawa HIV pun manusia yang punya hati dan perasaan seperti kita. Perkara yang lepas bukan boleh diubah. Yang penting kita kena belajar daripada kesilapan. Penyakit adalah ujian dan didikan Allah tanda sayang-Nya pada kita.”
Iman terdiam dan kelihatan masih berfikir.
“Ujian kepada pembawa HIV pun ujian kepada kita juga sebab Allah nak tengok kita ambil berat tak pada saudara seagama dan sesama manusia. Jangan ingat kita bebas daripada soalan Allah ini di akhirat nanti. Atuk menyambung lagi dan tiba-tiba Iman merapatkan diri dan memeluk atuknya.
Iman: “Iman sayang atuk, Iman nak minta maaf sebab sebenarnya selama ni Iman ada sedikit salah sangka terhadap atuk”.
Atuk tergelak besar mendengar luahan Iman.
Atuk: “Atuk faham, atuk dah biasa dengan keadaan macam tu,” jawab atuk tenang.
Suasana hening seketika sebelum Iman bertanya kembali.
Iman: “Boleh Iman tahu macamana atuk dapat HIV?”
Atuk: “Haaa… inilah sebenarnya Iman nak tanya daripada tadi kan?”
Iman: “Hehe… mana atuk tau, boleh ke tuk?”
Atuk dan Iman sama-sama ketawa.
Atuk: “Sebenarnya atuk pun tak tahu punca sebenar cuma berkemungkinan besar akibat pemindahan darah di hospital.”
Iman: “Ceritalah tuk…”
Atuk: “Masa tu umur atuk 43 tahun. Atuk ada diabetes. Pesakit diabetes ni imunisasi badan mereka memang lemah. Suatu hari bibir atuk tak berhenti berdarah, pergi ke klinik, dia orang suspek atuk denggi terus suruh pergi hospital dan terpaksa masuk wad.”
Iman: “Lepas tu tuk?” Iman kelihatan tak sabar-sabar.
Atuk: “Lepas tu dia orang tengok platelet darah atuk susah nak stabil, imunisasi pun rendah, dia orang masukkan atuk ke HDW (High Dependency Ward) selama 2 hari. Lepas tu ke wad biasa semula sebelum doktor bagi tahu kemungkinan atuk kena macam-macam penyakit kronik. Kebanyakan mereka doktor pelatih, dia orang diagnos atuk sambil-sambil rujuk buku.”
“Doktor senior dan pakar jarang-jarang jenguk. Habis lebam-lebam lengan atuk kena ambil darah. Dia orang belum mahir, cucuk sana, cucuk sini tak juga jumpa urat.”
“Mula-mula doktor kata kemungkinan neutropenia, baru sahaja atuk cuba belajar terima kenyataan, dikatanya kanser pula, lepas tu multiple myeloma dan dan akhirnya suspek leukemia. Pening atuk dibuatnya.”
“Sebenarnya bibir berdarah tu memanglah sebab sel darah menjadi cair akibat denggi.”
Iman: “Eeee… dahsyatnya tuk, itulah yang orang kata malpractice tu tuk kan? Nama penyakit tu pelik-pelik, Iman tak faham tuk…” Iman berterus terang mengaku kalah.
Atuk: ”Atuk pun tak faham. Agaknya jenis-jenis penyakit berkaitan sel darah. Nanti Iman boleh search info di internet”.
Keadaan kecoh seketika apabila atuk berjaya menaikkan patin buah seberat 5 kilogram.
“Lagi tuk, ceritalah…“ Iman memujuk selepas melihat atuknya kembali menjatuhkan mata kail.
Atuk: ”Mereka pun buat BMA (Bone Marrow Aspiration), tebuk tulang punggung atuk untuk ambil sample”.
Iman: ”Fuyyooo… ngeri tu tuk, sakit tak?”
Atuk: ”Mahu tak sakit, melolong atuk dibuatnya. Mereka kata cuma satu tebukan tetapi jadi tiga sekaligus. Janji doktor pakar dan cuma 15 minit tapi semua M.O muda-muda dan dekat sejam.”
“Kalau tak salah atuk tiga orang doktor pelatih perempuan, seorang doktor muda perempuan banyak jerawat, dan seorang doktor muda lelaki Cina over confident. Atuk tengok muka doktor pelatih tu lagi takut daripada atuk…hahaha…!” “Dia orang gilir-gilir cuba tebuk tulang punggung atuk”, sambung atuk.
Iman: “Alamak, apa lagi tuk?”
Atuk: ”Masa tulah berkampit-kampit plaletet dan plasma dimasukkkan ke badan atuk. Nenek Iman kata, dia nampak darah bersepah di lantai. Di hujung prosedur tu semua doktor dan Pegawai Makmal Darah yang selia prosedur tu senyap.”
Iman:”Kenapa tuk? Kat OT ya?”
Atuk: ”Tak tahulah tapi bukan kat OT. Di bilik khas sebelah wad atuk tu aje. Habis semua pesakit lain dengar atuk meraung semasa tebukan kedua dan ketiga tu.”
Iman: “Kasihannya atuk… lepas tu?”
Iman seperti gagal mengawal naluri ingin tahunya.
Atuk:”Atuk dimasukkan ke wad semula selama 2 hari sebelum dipindahkan ke Isolation Room selama seminggu. Katanya bimbang ada jangkitan kuman sedangkan atuk rasa sihat je cuma sakit tempat tebuk tu.”
Iman: “Kenapa pula kena asing tuk?”
Atuk: “Entahlah sayang. Katanya bimbang berlaku jangkitan kuman tetapi yang atuk pelik doktor selepas tu macam takut-takut jumpa atuk kecuali seorang doktor pelatih perempuan India yang jaga atuk. Yang lain pandang dan bincang tentang atuk di sebalik cermin bilik aje.”
“Yang atuk terasa hati sangat tu, dia orang mengelak-ngelak dan tak mahu berterus terang dengan atuk."
"Kebersihan bilik tu pun teruk. Atuk berkali-kali mengadu kepada doktor ada banyak kapas dan tisu penuh darah dan nanah dalam satu tray di tandas tu, tak ada siapa pun peduli. Doktor kata itu tugas cleaner, cleaner kata itu tugas nurse, nurse kata itu tugas cleaner. Tension punya pasal atuk campak sendiri tray tersebut dalam tong sampah.”
“Sepatutnya Isolation room, mesti bersihlah kan? Selain tu atuk ada nampak seorang nurse pancutkan sahaja darah lebihan dalam jarum suntikan ke tepi kepala katil atuk tempat atuk solat dan makan. Terpaksalah atuk terkedek-kedek cari cleaner minta tolong bersihkan”.
Iman: ”Oii… itu tak professional, tak betul tu tuk!!”
Atuk: ”Memang pun… tapi sikap begini ada kat mana-mana jabatan pun di Malaysia ni Iman. Di sebalik semua tu ada ramai doktor dan jururawat yang bagus-bagus tetapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Iman belajar tinggi-tinggi, jadi khalifah, pimpin negara kita. Ubah kepada sistem yang sepatutnya.”
Iman: ”Insya-Allah tuk. Nanti keluar berita bertajuk, CUCU PEMBAWA HIV KINI PERDANA MENTERI… best tuk kan? Kenapa dia orang letak nila dalam susu tuk?” Iman betul-betul hairan.
Atuk: “Iskhh… kau ni sama macam nenek-nenek kaulah Iman, kadang-kadang lurus tak bertempat”. Atuk ketawa sambil memandang Iman.
“Maksudnya sebab kelemahan seorang dua habis rosak nama baik orang-orang lain!”
Iman: ”Ooo… sori!” Jawab Iman tersipu-sipu. “Lepas tu tuk?”
Atuk: “Setelah beberapa hari dia orang buat ujian HIV dan hepatitis kepada atuk. Alhamdulillah dua kali test HIV, dua kali negative. Ujian x-ray, buah pinggang, paru-paru, jantung dan semuanya masih bagus ketika itu kecuali diabetes atuk sajalah. Itu pun terkawal…”
Iman: ”Habis begitu sahaja ke tuk?”
Atuk: ”Taklah, kemudian mereka beri atuk cuti. Kena datang 3 minggu kemudian dan lebih kurang sebulan selepas tu kes atuk dirujuk ke Hospital Ampang. Semua yang uruskan kes atuk pun doktor pelatih."
"Doktor pakar yang sepatutnya review penyakit atuk entah ke mana. Semasa nak review penyakit atuk tu lah, mereka kata beberapa perkara penting dalam Fail Rawatan atuk hilang. Bahkan sejak nak keluar hospital lagi doctor pelatih India tu pening cari Fail Rawatan atuk..”
Iman: “Habis macamana atuk dapat HIV?”
Atuk: "Sebab itulah atuk kata atuk tak tahu… sampai di Hospital Ampang, doktor sana minta fail rawatan atuk tetapi hospital yang atuk masuk sebelum tu tadi kata Fail Rawatan atuk ‘tak ada’.
"Atuk nak claim insuran, hospital tu kata dia, Medical Report refer to Hospital Ampang. Atuk cuma nak claim masuk wad aje, itu hak atuk tapi banyak pula silap matanya."
"Kat Ampang darah atuk diambil lagi sekali dan sebulan pula lepas tu atuk disahkan HIV positif dan ada hepatitis.”
Iman: "Atuk pun ada hepatitis?” Iman terkejut.
Atuk: "Mana ada, atuk tak puas hati. Atuk buat test semula kat Private Medical Centre, tak ada pun. Mana boleh diagnos pesakit suka-suka hati, main agak-agak gitu...”
Iman: "Mana boleh macam tu, tuk kan? Kena batang hidung sendiri baru mereka tahu langit tinggi ke rendah. Habis, result BMA atuk sebelum tu macamana?”
Atuk: "Kena batang hidung dia orang, dia orang relak je. Masa atuk masuk wad tu, ada seorang suami doktor sama taraf dengan atuk duduk wad VVIP sorang-sorang. Layanan memang tip top!”
"Pasal sample tadi tu, Itulah yang atuk rasa cukup teraniaya, senang sahaja doktor cakap sample tak cukup, ianya tak perlu."
"Tiga kali tebuk pun tak cukup lagi? Semudah itu dikatakan tak perlu?? Atuk ni ada rupa tikus makmal ke? Entahlah Iman. Kadang-kadang ada perkara apabila kita makin fikir kita jadi semakin tidak faham.”
Iman: "Ya Allah… kasihannya atuk tapi boleh ke kita dijangkiti secepat itu, bahaya pemindahan darah ni tuk kan?” ”Eh, bukan ke darah tu dah disaring dulu tuk?” Iman menyatakan rasa was-wasnya.
Atuk: ”Itulah, atuk pun tak tahu. Setahu atuk, antibodi terhadap virus boleh dikesan seawal 2 minggu. Purata 25 hari tapi yang konkrit selepas 3 bulan bergantung kepada imunisasi badan seseorang.”
"Pemindahan darah memang bahaya terutama kepada pesakit yang mempunyai sistem imunisasi badan yang rendah seperti pesakit diabetes dan leukemia.”
Iman: "Jadi tak boleh buat pemindahan darah ke tuk? Bukan ke ianya membantu pesakit yang memerlukan?” Iman nampaknya keliru.
Atuk: "Betul… tapi pemindahan darah cuma dilakukan apabila betul-betul perlu sahaja kerana boleh menyebabkan berbagai-bagai kesan sampingan.”
"Darah memang telah disaring tetapi human error dan machine error boleh berlaku di mana-mana terutama jika virus masih baru di dalam darah penderma. Ini dikatakan window period, di mana virus tersebut di peringkat pengeraman. Ketika itu virus belum dapat dikesan.”
Iman: ”Oh, begitu, bahaya rupa-rupanya. Macam belajar sains pulalah tuk. Kemudian tuk?”
Atuk: ”Itu sahajalah. Kalau bukan kat hospital, kat mana? Kenapa Fail Rawatan atuk yang sepenting itu hilang? Atuk nak kata apa lagi?” Atuk seolah-olah mengeluh sendiri.
Iman: ”Kenapa atuk tak saman?”
Atuk: ”Selalu orang tanya soalan tu sayang, dah penat atuk menjawabnya. Ikutkan hati, memanglah atuk pun marah tapi bila fikir betul-betul atuk tak mahu. Saman menyaman akan mengambil masa yang cukup panjang. Tuding menuding, polemik, tuduh menuduh, pusing sana, pusing sini sedangkan keputusan belum tentu menyebelahi kita. Ini mahkamah dunia. Atuk dah tua, atuk dah tengok macam-macam perkara pelik dalam dunia ni”.
“Bagi atuk, ada sesuatu yang lebih bernilai daripada wang ringgit untuk keluarga kita. Tak apalah, atuk rela menghadapinya asalkan Iman sayang atuk, boleh?” Atuk membalas pertanyaan dengan pertanyaan.
Iman: ”Boleh tuk, memang selama ini Iman sayang atuk tanpa syarat...” Iman kelihatan sebak.
“Terukke mula-mula terima kenyataan tu tuk?” Iman bertanya lagi.
Atuk: ”Tuhan sahajalah yang tahu Iman… nasib baiklah Allah, nenek-nenek Iman, ayah Iman dan pak saudara Iman sentiasa sokong atuk ketika itu. Atuk ada doktor yang bagus yang sentiasa bantu atuk dan ramai kawan-kawan yang bagi sokongan. Kalau tak, mahu agaknya atuk panjat pokok taugeh gantung diri dengan tali mee hoon…”
Atuk cuba melawak untuk menceriakan kembali keadaan. Iman dan atuk ketawa ketawa terbahak-bahak.
Iman: ”Atuk cakap betul-betul, atuk ada tak nakal-nakal belakang nenek?”
Kenakalan imaginasi remaja Iman membuatkannya bertanya begitu.
Atuk: ”Haha… kalau bertanya kepada nafsu, mestilah mahu. Semua orang mahu begitu Iman. Cuba bayangkan hari ni atuk tidur dengan Leha, besok dengan Joyah, lusa dengan Kumari, kemudian dengan Mary, kemudian dengan Swee Lan, kemudian dengan Margaret, macam-macam lagilah tapi atuk masih waras...”
“Atuk berfikiran terbuka, akui banyak kelemahan diri tetapi terikat dengan satu sistem hidup yang dinamakan Islam. Ada dunia, ada akhirat. Di sana kehidupan sebenar kita. Kita bukan hidup sekadar seperti lembu, kerbau dan kambing. Itu pun makhluk tersebut ada manafaatnya kepada kita.”
“Mengambil yang haram setelah memiliki yang halal seperti ghairah meratah najis busuk daripada memakan daging bersih. Atuk tak sebodoh dan sekejam itu pada nenek-nenek Iman.” Nada atuk sedikit tegas.
“Lagipun, kalau atuk masuk hospital disebabkan HIV, tentu dua kali ujian awal HIV awal atuk adalah positif. Hampir mustahil nenek-nenek kamu bebas HIV,” kata atuk penuh rahsia sebagai seorang lelaki dewasa.
“Itu pun Alhamdulillah atuk tahu awal dijangkiti, kalau tak kemungkinan nenek-nenek kamu pun menjadi mangsa, bayangkan.” Sambung atuk.
Iman: ”Iman tahu tuk, Iman usik-usik aje. Syukurlah nenek-nenek selamat”.
Atuk: ”Tak mengapa, atuk faham. Bukan nenek-nenek sahaja, kamu semua selamat atuk dah bersyukur sangat. Bayangkan dengan kecuaian manusia hampir pupus keluarga kita dibuatnya. Dah jelas semuanya kan?
“Yang penting, baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Jangan cepat menghukum sesama manusia, kasihanilah pembawa-pembawa HIV yang tidak berdosa atau yang tersilap memilih jalan hidup”.
“Perjalanan kita berbagai cara dan ujian berbeza tetapi sama arah tujuan. Iman pernah dengar tak pembawa HIV bunuh diri atau mati di gereja akibat saudara seagama menghina dan membiarkan mereka? Dosa siapa tu? Dosa kita juga…. Selalunya akibat judgmental terhadap seorang pembawa HIV, kita menganiaya dan mengaibkan seluruh keluarga. Adilkah? Kita telah merasai kepedihannya.“
“Dahlah Iman, dah dekat maghrib ni. Jom kita bersedia pula untuk solat Maghrib dan Isya’ jamak berjemaah. Atuk kepingin Iman pula jadi imam ya. Lepas tu kita boleh makan-makan dan sambung cerita lain pula. Hah, itu pun mereka dah balik.” Kata atuk menunjukkan ahli keluarga yang lain sedang menuju ke boathouse dan menutup perbualan.
Iman: “Baik tuk, terima kasih percayakan Iman”.
Nyanyian cengkerik semakin galak kedengaran dan mentari senja semakin melabuhkan tirainya.
My best doctor. Dr. Iskandar Firzada bin Osman.
AHP: Waaaarghhh… sejak ada HIV ni baru aku tahu aku ada bakat tulis cerpen. Hahaha….
- akuhivpositif
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
BIG DOG DI PIJAK OLEH SAHABAT SENDIRI
بسم الله الرحمن الرحيم
Isu Kristian: Blogger Umno Pakat ramai-ramai tibai bigdog
Ekoran pendedahan provokasi yang didedahkan melalui blog “Bigdog” (gambar), penulis blog itu terus dikecam hebat oleh beberapa blog pro-Umno yang tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan itu.
Malah blog-blog pro-Umno ini juga menyifatkan penulis blogger “Bigdog” sebagai bongkak kerana enggan mengakui kesalahan dan meminta maaf.
Penulis blog “Bigdog” melalui entri bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara.
Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.
Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.
Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.
“Untuk kontroversi terbaru ini bukan orang Melayu, Cina dan India sahaja, malah semua rakyat Malaysia mesti bangun mendesak dia menarik semula kenyataan ‘Kristian Sebagai Agama Rasmi Negara?, yang kononnya didesak oleh sekumpulan paderi dan pemimpin DAP agar Kristian dijadikan agama rami negara.
“Pandangan blogger ini telah dikeluarkan di muka hadapan Utusan Malaysia, tiada bukti, tiada fakta… hanya sekeping gambar dikeluarkan. Mungkin ramai yang keliru dengan status blogger ini,” kata kata blogger “Gelombang-Rakyat”.
Tambah penulis blog itu, tindakan “Bigdog” itu akan menjatuhkan imej dan kepimpinan negara.
“Kenapa perlu nyatakan yang palsu? Tindakan Bigdog ini bukan sahaja menjatuhkan imej kepimpinan negara, malah boleh mencetuskan perpecahan perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama.
“Lebih pelik, ia hanya sekadar rekaan semata-mata. Sebenarnya ini yang dinamakan mainan politik dan tidak mustahil Bigdog akan terus melaksanakan strategi-strategi begini,” katanya.
Sementara itu blogger “Gelombangwangsamaju” bersetuju blogger “Bigdog” ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mencetuskan provokasi yang menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.
“Saya memang bersetuju, ISA sahaja, blogger pro-kerajaan yang memalukan BN dengan membangkitkan isu sehingga menggugat ketenteraman awam dan bakal menyebabkan perbalahan antara agama,” katanya.
Sementara itu blogger “Papa Gomo”, menyifatkan tuduhan palsu yang dilemparkan “Bigdog” bukan sahaja menjatuhkan imej negara tetapi kesannya turut diterima blogger pro-Umno yang lain.
“Kalau sudah salah mengaku sahaja, tidak perlu nak bongkak sangat… akibat dari tindakan anda ini telah mengakibatkan Malaysia jadi kecoh dan ketenteraman awam tergugat malah kesannya turut mencalar imej kami blogger pro-Umno yang lain.
“Kenapa nak bongkak sangat? Kerana dia, semua blogger terima tempias, isu yang dibawa Bigdog ini kesan kecelakaannya amat besar dan tidak ada guna nak simpan blogger macam ini.
“Bukan sekali dia merosakkan kerajaan malah sudah berpuluh-puluh kali… cukup-cukuplah elok anda duduk diam dan keluarkan permohonan maaf, tidak perlu keluarkan kenyataan yang bongkak dan angkuh,” katanya.
Awal pagi tadi The Malaysian Insider melaporkan blogger “Bigdog” mempertahankan tulisannya dan enggan membuat permohonan maaf atas laporan yang disifatkan sebagai fitnah.
“Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf?
“Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan,” kata penulis blog “Bigdog” kepada The Malaysian Insider.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JALAN BARU SIAP DIBINA UNTUK ELAKKAN TOL
بسم الله الرحمن الرحيم
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan ‘jalan rakyat’ khusus kepada penduduk di sekitar bandar ini bagi mengelak mereka membayar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur.
"Pulau Pinang sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya memperkenalkan ‘jalan rakyat’ bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," jelasnya diiringi tepukan hadirin.
Tindakan Kerajaan BN yang membenarkan sebuah syarikat mengutip tol di jalan sedia ada dari Seberang Jaya ke Butterworth tiga tahun lalu dilihat membebankan rakyat apabila pengguna jalan raya Butterworth-Kulim terpaksa membayar RM1.00 untuk pergi dan balik.
Pembinaan ‘jalan rakyat’ ini, tambah Guan Eng adalah bukti bahawa kerajaan negeri mengutamakan kebajikan rakyat.
"Kita buat secara tander terbuka di mana kosnya RM5.7 juta dikeluarkan oleh kerajaan negeri semata-mata untuk melihat rakyat gembira.
"Melalui tender terbuka ini, satu syarikat kontraktor Melayu yang tiada kabel dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya. - Ddaily
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
UMNO KINI SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Persidangan UMNO Sungai Besar
Mana perginya ahli UMNO Di Sungai Besar ni... dah pupus ke? kah kah kah kah.. Nampaknya benar seperti kata Najib.. UMNO semakin kuat dan semakin mendapat sambutan.. Kuat dan mendapat sambutan dari kerusi dan jin kot.. kah kah kah kah
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, May 16, 2011
PAK ITAM KURANG AJAR
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.
Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.
Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.
Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.
Difahamkan, sebaik tiba di taman permainan itu, kumpulan warga asing terbabit mengugut mangsa mahu membelasahnya menyebabkan penduduk di kawasan terbabit yang sudah muak dengan kekecohan Awang Hitam yang mendiami kawasan berkenaan keluar beramai-ramai.
Apabila melihat kehadiran penduduk setempat yang ramai, kumpulan warga asing terbabit semakin kurang ajar dengan mencabar penduduk bertumbuk dengan mereka.
Difahamkan, penduduk yang marah menghalau kumpulan berkenaan beredar dari kawasan itu, bagaimanapun semua suspek enggan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Akibat pergelutan itu, kira-kira 30 penduduk yang berang dengan tindakan biadap warga asing berkenaan membelasah suspek hingga lembik.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis yang mendapat maklumat menghantar unit kereta peronda ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui empat warga Afrika di situ dalam keadaan lemah selepas bergaduh dengan penduduk setempat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.
“Kami juga meletakkan anggota polis di kawasan itu bagi mengelak kejadian itu berulang,” katanya. - Hmetro
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
KALAU TAK BODOH BUKANLAH ISMAIL SABRI YAAKOB NAMANYA
بسم الله الرحمن الرحيم
Menteri bodoh: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95
Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.
Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.
"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.
Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. - Mkini
Note: Tengok apa si bodoh ni kata.. "Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,"
Note: Kah kah kah kah.. padan muka rakyat Malaysia.. kah kah kah kah.. Senangnya jadi menteri kat malaysia ni.. Kerja menteri kat malaysia ni antaranya adalah keluarkan kenyataan suruh rakyat jangan panik.. kah kah kah kah.. Kerja menteri kat Malaysia ni memberitahu rakyat supaya jangan terperanjat .. kah kah kah kah.. Kerja menteri kat malaysia ni suruh rakyat bersabar dari tekanan yg mereka berikan.. kah kah kah kah.. Di Malaysia ni kerja memantau dan membuat kajian agar kenaikkan harga minyak dapat dielakkan adalah kerja pembangkang.. kah kah kah kah.. 1 MALAYSIA RAKYAT DIBANGANGKAN.. Kah kah kah kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Sunday, May 15, 2011
AWAS TREND BARU PECAH RUMAH
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR: Kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri antara ‘hot spot’ terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kegiatan pecah rumah seakan menjadi trend apabila pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk berkenaan.
“Jika dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa,” katanya selepas merasmikan Penubuhan Komuniti Polis atau Community Policing di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima Kepong, di sini, semalam.
Katanya, pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.
Beliau turut menggalakkan suri rumah menyertai KP dan bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa.
“Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam,” katanya.
Penubuhan Komuniti Polis dianggap sebagai pendekatan praktikal polis bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penduduk setempat dan Rela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan masing-masing.
Acara lain diadakan ialah pameran dan pertunjukan aksi anjing mengesan dadah. Hadir sama Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner Ahasrap Khan M Aslam. -Mmetro
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.