Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, January 3, 2011

PERKASA DAN GAPS NAK LETAK MUKA KAT MANA?

بسم الله الرحمن الرحيم


TAHNIAH RAKYAT SELANGOR!!!

Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.

Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang ‘mercy’ kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.

Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara membidas tindakkan UMNO ‘menderhaka’ kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.

Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.

Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?

Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.

Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu. Didalam sidang khas itu wakil-wakil UMNO wajar memberikan sokongan kepada usul pindaan itu jika UMNO benar-benar telah berubah dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu seperti sebelum pindaan pada tahun 1993 itu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian. - Aspan Alias

Note: Mana PERKASA dan GAPs nak letak muka ni? Kah..kah..kah..kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

NGO YANG KURANG KERJA DAN AKAL

بسم الله الرحمن الرحيم



Dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuahn Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

"Kenyataannya adalah biadap dan tidak beradab. Ia mengandungi fitnah dan perbuatan khianat terhadap institusi raja di Selangor. Saya percaya kenyataannya itu juga berbaur hasutan,” kata pengerusi Gaps, Hamidzun Harun kepada wartawan selepas membuat laporan di ibu pejabat polis di Shah Alam.

Dalam laporan polis itu, kedua-dua NGO berkenaan mahu Shuhaimi diheret atas dakwaan mengkhianati mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah yang membawa hukuman bunuh.

Penjara seumur hidup

Pertuduhan alternatif, mereka mahu Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 121(1B)kerana cuba menghasut atau berusaha mengulingkan ketua negeri yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

PERKASA diwakili oleh pengerusi Selangor, Abdullah Mansur.

Menurut pengadu, Shuhaimi membuat kesalahan berkenaan di blog ketika mengulas isu berkenaan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru pada 30 Disember lalu.

Kedua-dua NGO itu mengugut akan membuat laporan polis setiap hari di seluruh negara sehingga Shuhaimi diheret ke muka pengadilan. - Mkini


Note: Tiap-hari nak buat report... Kah..kah..kah..kah.. Korang dah tak ada kerja lain ke selain kerja buat report? Ni NGO melayu kan? Setakat ini saja ke minda NGO melayu? Berguna apa korang ni semua untuk kemajuan orang Melayu islam? Satu sen haram pun x berguna...!!! Apa barang yang korang perjuangkan untuk Melayu islam ni? Dah tua-tua perangai macam budak-budak. Minyak gula naik harga korang tak nak pulak buat report.. SIS yang terang-terang menyesatkan islam tu tak nak pula korang buat report... Apa punya singkat akal korang ni...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BERITA BAIK UNTUK NAJIB

بسم الله الرحمن الرحيم

Sultan Selangor Akui Tiada Kuasa Halang Perlantikan SUK. DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

NONE“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.


Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

NONESehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.

Note: Kah..kah..kah..kah... Kita tengok apa si lahabau ni nak buat pula selepas ni... Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

INGATKAN DAH HABIS PUPUS ORANG BIJAK DALAM UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu SS Selangor - Hormati semangat Persekutuan.

Isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum reda. Apa kesudahan terhadap isu ini belum lagi kita dapat jangkakan. Tetapi saya percaya isu itu akan dapat diselesaikan apabila setiap pihak yang terbabit itu kembali kepada kepangkal jalan dan selesaikan masalah itu dengan cara dan tata-cara perlantikkan dengan baik dan ikut cara dan semangat serta sistem bernegara yang lazim kita praktikkan.

Kita mesti kembali kepada asas, iaitu mengakui bahawa negara ini adalah negara Persekutuan (Federation) dan negara kita bukannya negara ‘unitary’ seperti Thailand dan negara jiran yang lain. Kita ada perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 2hb Februari 1948 dahulu semasa perjanjian ini ditanda tangani diantara negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu. Perjanjian Persekutuan itu adalah untuk menggantikan Malayan Union (MU), dan Persekutuan itu diwujudkan untuk menggantikan usaha keparat British mewujudkan sebuah negara ‘unitary’ disemenanjung ini.

Jika kewujuddan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang hendak mentadbir negara ala MU itu? Kita sepatutnya memperkayakan semangat Persekutuan itu kerana terbukti dalam banyak negara Persekutuan yang benar-benar mengamalkan semangat itu telah mencapai kejayaan untuk memajukan negara dan rakyatnya.

Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini Negeri Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain mempunyai Lagislatifnya sendiri, kerana Selangor ada Dewan Undangan Negerinya sendiri. Selangor ada kerajaannya sendiri dan ada ketua kepada kerajaan negeri itu dan dianya dinamakan Menteri Besar yang dipilih diantara ahli-ahli Lagislatif yang dipilih oleh rakyat Selangor. DAN Menteri Besar itu ialah Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Ijok.

Bagi seorang rakyat yang menjunjung semangat Persekutuan ini, kerajaan persekutuan mesti mempunyai perhubungan dengan Selangor berlandaskan kepada semangat persekutuan dengan negeri Selangor, sebuah negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan mesti berhubung dengan Selangor dalam semangat itu dan kerajaan persekutuan mesti menghormati negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Jika kerajaan persekutuan tidak menghormati pandangan kerajaan negeri Selangor ianya bermakna persekutuan tidak menghormati rakyat negeri Selangor. Ini adalah ‘basic’. DiPutrajaya itu adalah Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan Pusat. Kedaulatan kerajaan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri yang berada didalam Persekutuan ini.

Sepatutnya kerajaan pusat mesti bertanya kepada rakyat Selangor dalam isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan ini. Cara untuk bertanya rakyat Selangor itu ialah bertanyakan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya yang mewakili rakyat Selangor seperti yang dipilih oleh mereka didalam pilihanraya yang lalu. Itu caranya yang patut dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin persekutuan jika benar menghormati rakyat yang telah membuat pilihan secara demokrasi.

Yang sepatutnya mengadap Kebawah Duli Tuanku Selangor itu ialah TS Abdul Khalid Ibrahim kerana Khalidlah yang sepatutnya menasihati DYMM Tuanku, bukannya dari sesiapa yang datang dari Persekutuan. Jika ada usaha dari kerajaan Persekutuan untuk menasihati DYMM Tuanku Selangor itu merupakan usaha yang cuba untuk memecah belahkan Raja dan kerajaan Selangor yang berdaulat.

Ketua Setiausaha Negara (Sidek Hasan) wajib menjaga dan menghormati kedaulatan Negeri Selangor dan mesti mengakui yang Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri yang berdaulat yang menganggotai Persekutuan ini. Hormatilah diri kita sebagai seorang rakyat negara Persekutuan. Ikut cara dan semangat Persekutuan itu. Negara kita bukan negara kominis.

TETAPI kenapa agaknya isu seperti ini berlaku? Pastinya kerana politik kepartian. Kalau itu sebabnya betullah kata banyak pihak ini merupakan usaha pemimpin parti yang berkuasa dari Putrajaya untuk memcahkan keutuhan kerajaan Negeri Selangor sebab pilihanraya akan tiba dan BN sedang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor, negeri yang terkaya dalam Persekutuan ini.

Kalau itulah sebabnya saya tidak mahu melanjutkan komen ini. Perkara yang sama telah dilakukan diPerak dan hasilnya memudharatkan rakyat Perak. Bolehlah mendapat kuasa dengan ‘arm-twisting’ seperti ini tetapi ramai menjangkakan yang rakyat Perak akan memberikan pengajaran kepada pihak yang sudah hilang hidayah ini. Kata mereka yang PR akan kembali mentadbir dibangunan Setiausaha Kerajaan diIpoh.

Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang ‘gentleman’. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya.

Tetapi siapa pula yang aka menerajui kerajaan Selangor jika BN menang?? Noh Omar? Khir Toyo? Atau siapa? Oh! Ezam Mohd Nor? Kalau inilah nama-nama yang tersenarai ramai rakyat Selangor berkata biarkanlah negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat sepenggal lagi, sehingga BN boleh mencari pemimpin yang ‘viable’.

Buat masa sekarang BN, bagi pendapat mereka belum lagi berjaya mencari pemimpin yang diyakini rakyat Selangor. Jika permainan seperti ini diteruskan juga maka percayalah rakyat akan lebih menyampah kepada kita. Apabila rakyat menyampah dan menolak kita, kita juga yang terloncat kesana kemari macam cacing dalam kepanasan. Lepas itu salahkan orang lain pula.

“Tak payah nak ganti-ganti!” kata mereka. - ASPAN ALIAS

Note: Ada lagi rupanya orang yang nampak sedikit cerdik dalam UMNO ni.. Itu pun kalau dilihat dari artikal-artikal dalam blognya macam dia dah tak ada hati dengan umno ni...Tapi penyokong UMNo yang lain semuanya masih lagi buta kayu... Kah..kah..kah..kah... Benda ni sebenarnya common sense aje. Dah jelas dalam Perlembagaan atas dasar Semangat Persekutuan. Tapi... Bak kata Aspan, ia adalah kesan politik kepartian yang bodoh. Nak buat macam mana... kalau semua orang bijak bermakna tiadalah umno dalam Malaysia ni.. Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

بسم الله الرحمن الرحيم

MENTERI BESAR SELANGOR HADIR MAJLIS KESYUKURAN DI TAMAN BAKTI : SABOTAJ KAIN RENTANG TIADA KESAN.

Majlis kesyukuran di surau kawasan rumah teres Taman Bakti tengah hari tadi telah dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim. Penduduk dan pejabat saya telah menganjurkan majlis tersebut kerana bersyukur Lebuhraya Besraya tidak akan melalui taman itu dan 81 buah rumah terselamat dari perobohan. Penduduk telah membantah laluan asal yang dibuat di zaman BN dan saya telah membawa kes ini ke Mesyuarat Exco. Exco telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia membentangkan laluan alternatif kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor. Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan lebuhraya itu mengikut laluan yang tidak melibatkan perobohan rumah. Majlis tadi telah berjalan lancar walaupun 2 kain rentang telah dibakar dan dikoyak. Agaknya siapa yang dengki? - Iskandar A. Samad








Note:Beruntunglah rakyat negeri selangor.. Bila Menteri Besarnya mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mencari laluan altenatif supaya pembenaan lebuhraya itu tidak melibatkan perobohan rumah penduduk. Ini barulah namanya kerajaan yang mendengar keluhan rakyat. Bodohnya rakyat Melaka bila nak buat jalan Ketua Menterinya suruh robohkan surau serta rumah penduduk disekitarnya... Ini barulah namanya kerajaan menjahanamkan rakyat Kah..kah...kah..kah... Hidup umno... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BEKALAN MINYAK MASAK DAN GULA DIJANGKA BERKURANGAN - meloya

بسم الله الرحمن الرحيم

Kah..kah..kah..kah...Malaysia antara negara pengeluar minyak masak terbesar di dunia tapi bekalan minyak masak boleh putus.. pek minyak 3kg skrg dah dijual dgn harga pek 5kg .. Kah..kah..kah..kah..



Tiba-tiba gula pun turut menghilangkan diri... Kah..kah..kah..kah..



Tak kan tak faham-faham lagi.. kan dah selalu kena tipu macam ni.. Kah..kah..kah..kah.. Sudah tentu manusia yang paling gembira menerima berita ini ialah penyokong UMNO... Kah..kah..kah..kah.. Hidup umno.. Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KARAM SINGH WALIA MABUK DAN HAMPIR DIBELASAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Siapa yang tak kenal dengan Karam Singh Walia..? Wartawan "TV3 suku" yang ditugaskan untuk mencari serta membongkar isu kemiskinan di negeri yang diperintah oleh PR seperti di Kelantan. Tapi tak pernah langsung membongkar kemiskinan rakyat yang diperintah oleh kerajaan BN seperti di negeri Johor, Melaka dan lain-lain yang hakikatnya jauh lebih miskin.

Ceritanya... Ketidakpuashatian (dalam video diatas) timbul bila si Karam ni dah mabuk. Dia telah meracau mengatakan yang orang Melayu juga adalah kaum pendatang. (Memang betul pun apa yang dikatakan tu sebenarnya.. Kah..kah..kah..kah ..). Seperti juga macam kes pembantu peribadi Najib mengatakan orang cina datang ke Tanah Melayu sebagai pelacur dan orang india sebagai hamba. Yang buatkan orang melayu kat kedai tu marah sebab dah la dia kata Melayu ni pendatang, siap kata melayu ni sakai dan lancau.... kah..kah..kah..kah.. Lantak korang laa..

p/s: Aku akan tersenyum gembira kalau ada orang kata aku ni orang asli... Dah tentu orang yang kata aku tu mesti orang tiruan... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DITANGKAP BERSAMA BANGLA DI HOTEL

بسم الله الرحمن الرحيم

Kemaruk dan Berahi dengan Bangla yang Baru Dikenali

KUALA LUMPUR: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, perbuatan maksiat wanita berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan teman lelakinya warga Bangladesh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika menjalankan operasi cegah maksiat sempena sambutan tahun baru.

Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat dan mengaku berkahwin beberapa tahun lalu.

Katanya, wanita itu mendakwa mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kepenatan selepas bersiar-siar di Dataran Merdeka.

“Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengikut Seksyen 27 Akta 559 (a) (b) Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki berkhalwat...-Suraya Roslan [HM]

Note: Baru kenal beberapa jam dah boleh pakai... untung la mat bangla dapat duduk kat Malaysia macam ni.. Kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MAYAT WANITA BOGEL DITEMUI

بسم الله الرحمن الرحيم

Mayat Bogel Hampir Reput Ditemui Dalam Belukar Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Mayat wanita dalam keadaan bogel dan hampir reput dipercayai dibunuh ditemui di kawasan belukar berhampiran ladang kelapa sawit di Berapit, di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Zahruddin Abddullah berkata mayat wanita dipercayai berbangsa Cina itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 10.30 pagi.

"Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam dan menemui mayat berkenaan dalam keadaan tertiarap," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata polis percaya mangsa dibunuh dalam sebuah pondok milik Perbadanan Bekalan Air (PBA) yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan mayat ditemui berdasarkan terdapat kesan darah di situ sebelum mayatnya diseret dan dibuang di kawasan belukar.

Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti identitinya ekoran tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat terbabit, katanya.

Zahruddin berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan motif pembunuhan serta siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya mangsa meninggal dunia sejak seminggu lepas.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ASP S. Subramaniam di talian 019-6351119 bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga dalam tempoh terdekat juga diminta menghubungi balai polis berdekatan.
-Bernama-

Note: Gambar hiasan


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, January 2, 2011

IBU BERTUTUP ANAK BERKEMBAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh Artis: (Gossip) Si Ibu cantekkk tutup, si anak alahai berkemban je...ish!



Holla! macam dah biasa dah...kat negaraku ni kan, kau orang bukan tak penah tengok benda2 macam ni...cumanya mungkin kita tak penah amik pusing nak pikior benda2 camni, ala dah jenuh sangat jumpanya dari pepasor malam sampai la kat gedung-gedung berkualitas hi kelas gitu ya tak...kalau korang xnak ngaku jugak yang korang penah terserempak ngan adegan adegan panasss cam ni aku cabar la korang pegi je pasarmalam yang berada di kejiranan anda malam ni jugakkk...atau lepas baca entri ni korang terus capai wallet, amik kunci motor buruk korang tu dan pi laaa mana2 supermarket atau mall yang dekat ngan umah korang...PASTI, korang mesti uumpa aksi-aksi camni kan...tapi aksi ni lagi baaaaik punya la di bawa khas utk anda dari izyan dot cam heeee3 korang baca apo kato penulis tersebut yer...yang pompuan yang terbaca n3 ni dan tergolong lam saiz ni korang jangan marah aku pulak, tu si izyan yang kata ki3

petikan dari izyan dot com

Tak tahu lah nak kata apa dah kalau bab-bab fesyen ni. Ini adalah gambar yang diambil ketika ASK 2010 baru-baru ni. Nak dijadikan isu adalah pemakaian. Memang masa itu artis mempunyai fesyen tersendiri ketika datang. Tapi yang ni dibawanya emak kesayangan dengan fesyen yang berlainan yang sukar untuk dikomen. Hehe. Mungkin emak mereka ni 'open mind', sebab tu len macam jerk. Ni kalau emak penulis, penulis wat macam ini dah sah kena lempang pisang goreng hangus dah. - kraiutara

Note: Malaysiaku Negara islam.. Kah..kah..kah..kah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...