Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, January 3, 2011

MAYAT WANITA BOGEL DITEMUI

بسم الله الرحمن الرحيم

Mayat Bogel Hampir Reput Ditemui Dalam Belukar Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Mayat wanita dalam keadaan bogel dan hampir reput dipercayai dibunuh ditemui di kawasan belukar berhampiran ladang kelapa sawit di Berapit, di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Zahruddin Abddullah berkata mayat wanita dipercayai berbangsa Cina itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 10.30 pagi.

"Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam dan menemui mayat berkenaan dalam keadaan tertiarap," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata polis percaya mangsa dibunuh dalam sebuah pondok milik Perbadanan Bekalan Air (PBA) yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan mayat ditemui berdasarkan terdapat kesan darah di situ sebelum mayatnya diseret dan dibuang di kawasan belukar.

Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti identitinya ekoran tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat terbabit, katanya.

Zahruddin berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan motif pembunuhan serta siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya mangsa meninggal dunia sejak seminggu lepas.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ASP S. Subramaniam di talian 019-6351119 bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga dalam tempoh terdekat juga diminta menghubungi balai polis berdekatan.
-Bernama-

Note: Gambar hiasan


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: